Dec 22, 2008

Anak Angkat Dan Minyak Wangi

Assalamu'alaikum,
1.Adakah boleh anak angkat di bin/bintikan dengan nama bapa angkatnya?
2.Sejauh manakah Islam melarang wanita memakai wangi-wangian?
Kalau boleh saya harap Ustaz THTL yang menjawab soalan ini. Saya rindukan jawapan dari Ustaz..:-)
Terima kasih.


Wassalam

Jawab:

Alang2 dah sebut khusus utk thtl dan ada kalimah RINDU pulak tu, maka kena jawab cepat sikitlah...

1. Perihal membin/btekan anak angkat pada ayah angkat itu telah dimansuhkan melalui AQ dan alhadis: antaranya
"panggillah mereka (anak angkat) dgn memakai nama ayah2 mereka.." terjemah (AQ: 33: 4)
"Muhammad itu sekali-kali bukan ayah dari seorang lelaki di antara kamu.." AQ: 33: 40 (Ayat ini membatalkan nasab Zayd bin Harithah kpd Nabi saw)

2. Pefume bagi wanita
Perfume atau wangian itu harus dipakai baik bg lelaki dan wanita. Ia ditegah hanya bila wanita mengenakan perfume utk keluar rumah dan ada niat tabarruj (persolekan ala jahiliyah) yakni utk menarik perhatian orang terutama lelaki.
Dalil: HR Abu Daud (#4173), atTermidhi (#2786, disahihkan olehnya), anNasa'iy (kitab azZinah) dari Abu Musa ra," sesiapa saja wanita yg memakai perfume kemudian keluar rumahnya agar dicium oleh baunya orang, maka ia berzina."
Komen alQardhawi (Malameh), maksud berzina ini ialah seolah-olah berzina. WA

0 comments:

Post a Comment