Feb 24, 2009

Suami Isteri Berlainan Mazhab

suami saya bermahzab hanafi manakala saya bermahzab shafi’ee. disebabkan saya ni biasa pakai stokin keluar rumah (sebelum kahwin) so rasa janggal bila setelah berkahwin, suami cakap tak payah pakai pun takpe kerana menurut mahzab beliau ia bukan dikira aurat. (suami orang kashmir). dan solat mereka sah (wanita) yang tidak pakai stokin. soalan saya, selepas berkahwin saya perlu ikut ‘urf mereka atau tidak? dalam masalah yang lain, saya pernah berimamkan beliau dalam solat subuh dan dia tak baca qunut. bagaimana ya

********************

Protaz THTL Alfikrah.net

Lompat madzhab bukan spt lompat parti (dari PKR kepad UMNO), ini kerana lompat madzhab tidak melibatkan apa-apa prinsip, madzhab fiqih sunni berbeda dari sudut rantingan shj. Lagipun orang awam sebenarnya tidak bermadzhab, bahkan mereka bertaqlid dan tqlid boleh dilakukan kepada mana-mana madzhab yg besar dan established.

Bila anda menikahi lelaki hanafi, maka madzhab anda sekarang ialah Hanafi, kerana bila anda menyintai tubuhnya, maka cintailah madzhabnya juga.

Utk lebih bahgia, jika anda berdua memilih madzhab yg lebih luas, madzhab AQ dan as-Sunnah, kerana anda akan berada dalam alam fiqih yg lebih luas dan anda akan beramal dgn penuh keyakinan.

Jika anda ingin kekal bertaqlid, maka pindahlah madzhab suami anda.
_________________
*Lajnah Fiqh & Penyelidikan Ilmiah AFN*

2 comments:

zahratul jannah said...

berapa lama tempoh pertunangan yang ditentukan oleh syarak??ada dalil tak tentang tempoh pertunanagan ini???

Anonymous said...

Apakah yg dimaksudkan dengan TALFIQ bolehkan ustaz jelaskan?

Post a Comment