Jan 22, 2009

Sunnah Yang Boleh Tidak Diikuti

assalamualaikum...

seperti yg diterangkan sebelum ini oleh panel al-ahkam, sunnah ada yg wajib diikut (solat, zakat, siasah,etcetc), dan ada juga yang tidak, namun lebih kepada tanda mencintai Nabi SAW jika diamalkan (makan minum, pakaian, serban, kenderaan,etcetc).

Soalan saya ialah, sejauh mana seseorang muslimat itu boleh melakukan sunnah yg di bahagian kedua itu? Kalau yg bahagian pertama, sedia maklumlah, cthnya mcm cara memerintah, cara muamalat, etcetc, tapi bagaimana pula dengan sunnah seperti adab- adab seharian? Terdapat beberapa sunnah yang nampak seperti jelas sukar bagi muslimat untuk mengamalkannya.

Adakah persoalan ini pernah dikupas dalam mana2 buku, atau oleh mana-mana ulamak?

Jazakumullahu khairan katheera.
Wassalam.

***************
ziy@d

Salam

Alhamdulillah.

Sunnah terdiri daripada perbuatan (fi'li), ucapan (qauli) dan taqrir (persetujuan).

Sunnah Fi'li, Ahli-Ahli usul mendapat ada 2 bentuk tingkah laku Nabi S.A.W:
1. As-sunnah Al-Huda, dapat digambarkan pada sembahyang jemaah, azan, iqamat, dsbnya. Sesiapa yg mengenepikannya, maka rosaklah perjalanan as-sunnah.

2. As-sunnah Az-Zawa'id yg dapat dilihat pada jenis pakaian nabi, berdiri atau duduknya baginda S.A.W dsbnya termasuk adat atau sesuatu kebiasaan yg dilakukan oleh Rasulullah. Sesiapa yg mengenepikannya tidak akan merosakkan perjalanan as-sunnah.

Manakala perbuatan rasulullah S.A.W telah dibahagikan kpd bbrp bahagian:
1. Perbuatan yg dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dan org lain secara biasa spt gerak badan, makan, minum, tidur dsbnya. Ulamak usul sepakat mengatakan bahawa perbuatan-perbuatan spt ini tidak tertakluk sebarang hukum. Ertinya, harus melakukannya atau meninggalkannya.

2. Perbuatan khusus bagi Rasulullah S.A.W sahaja spt mengharuskan dirinya beristeri lebih drpd empat, tidak menerima wang zakat dll. Ulamak usul sepakat mengatakan bahawa perbuatan tersebut adalah khas utk baginda S.A.W melainkan ada nas yg melibatkan umatnya.

3. Perbuatan rasulullah S.A.W yg dilakukan utk menetapkan hukum yg wajib diikuti oleh umatnya spt memotong tangan pencuri, sembahyang, zakat, puasa, haji, dll.

4. Perbuatan-perbuatan yg tidak jelas, samada utk membayangkan hukum atau mendampingi kpd Allah. Sekiranya perbuatan itu jelas utk mendampingi diri kpd Allah, ulama usul berbeza pendapat samada perbuatan itu menetapkan hukum wajib atau sunat kpd dirinya atau para sahabatnya. Sebaliknya jika perbuatan itu tidak jelas menampakkan sebagai amalan mendampingi diri kpd Allah, maka persoalan menentukan hukum samada sunat atau wajib tidak timbul.

Manakala, sunnah qauli merupakan ucapan baginda S.A.W yg mana ada kalanya perintah nabi kpd kaum lelaki, atau khusus kpd kaum wanita atau kursus kpd sang suami dsb. Dari sudut ini, ini peluang kaum wanita utk mengimplementasikan suruhan baginda S.A.W. Apa2 sahaja yg dilarang baginda S.A.W; maka tinggalkanlah. dan begitu juga sebaliknya. Inilah tanda kecintaan kita kpd Nabi S.A.W.

Manakala taqrir baginda S.A.W terhadap kaum wanita, boleh dilihat kpd tingkah laku isteri2 nabi S.A.W ataupun para sahabah spt Asma' bint Abu Bakr, Umm Ruman dsb yg mana baginda S.A.W tidak pula menegah atau melarang perbuatan mereka.

Click URL di bawah sebagai tambahan:
http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=24414

wallahu taala a'lam.

0 comments:

Post a Comment