Dec 22, 2008

Hubungan Sejenis

Salam

Tuan-Tuan Panel Fiqh yang dirahmati Allah ,

Saya ada satu persoalan . Sejauh manakah hubungan ukhuwwah di antara sesama jantina ( khasnya kaum hawa ) dibenarkan oleh syariat ? .

Maksud saya , sejauh manakah batas-batas hubungan sesama jantina itu dibenarkan dan dilarang di dalam Islam ? .

Saya harap jawapannya nanti disertakan dengan hujah-hujah syarak yang kemas dan juga secara detail . Guna untuk merungkaikan permasalahan ini di kalangan sesama kaum hawa .

Ribuan terima kasih .

Wassalam

Jawab:
Ukhuwwah atau hubungan persaudaraan Islam itu dituntut oleh agama. Dalilnya: alHujurat: 10

Adapun batas-batas hubungan yg dilarang antara sesama jenis adalah sebagaimana maksud alhadis:

1. HR Ahmad, Muslim, Abu Daud, Termidzi dari Abi Sa'eed alKhudry ra," Lelaki tidak boleh memandang aurat lelaki dan wanita tidak boleh memandang aurat wanita. Lelaki tidak boleh bergesel dgn lelaki dalam satu pakaian dan wanita tidak boleh bergesel dgn sesama wanita dalam satu pakaian (selimut atau cadar)." Nailool Awthor 6/241
b. HR alBaihaqee dari Abi Musa ra," apabila seseorang perempuan bersetubuh (lesbian) dgn seorang perempuan (yg lain) ia adalah (sejenis) zina." (Ibid, Jld 7/287) WA

وعليكم السلام و رحمة الله وبركاتهم
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))

***********************

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Benar apa yang ditegaskan oleh Al-Fadhil Ustaz thtl itu , sememangnya hubungan ukhuwwah ( persaudaraan ) tidaklah dihalang oleh Islam , bahkan itulah dia ajaran Islam. Namun , hubungan ukhuwwah yang diharap daripadanya mendatangkan rahmat Allah Ta’ala hendaklah dijaga dan dibatas dengan batasan-batasannya, agar hubungan itu tidak pula di”ganggu-gugat” oleh sebarang unsur-unsur yang ditaja oleh syaitan-syaitan terlaknat .

Gangguan syaitan itu sendiri ada berbagai rupa dan bentuknya , dan di zaman yang semakin canggih ini , tipu-daya syaitan pun semakin canggih dan sofistikated , hinggakan tidak kurang manusia sanggup melakukan apa sahaja , hatta melakukan hubungan sejenis , sama ada ianya bernama homoseksual ataupun lesbian , dan yang paling dasyat sekali ialah biseksual ( yang boleh “ makan “ lelaki , wanita , pondan dan juga binatang ) ~ Wal’iyadzu Billahi Min Dzalik .

Bukan sedikit juga di kalangan manusia yang jatuh ke lembah zina , ataupun hubungan sejenis ( liwat @ lesbian ) yang tertipu dengan pujuk-rayu syaitan terkutuk , hanya semata-mata tertipu dengan slogan [color=blue] “ DEMI CINTA “ [/color] .

Oleh kerana itulah , Islam sangat menitik-beratkan masalah pendidikan seks ini , agar seks yang sememangnya fitrah manusia itu tidak bertukar lantaran “ disadur “ dengan warna-warni kebinatangan dan keboborokan .

Perkara utama yang menyebabkan seseorang itu hilang pertimbangan , sehingga terjebak ke dalam kancah maksiat ( zina ataupun hubungan sejenis ) ialah tidak [color=blue] “ MENJAGA DIRI “ [/color] ( الإعفاف ), dan itu pula disebabkan tidak menjaga “ pandangan mata “ sehingga ianya menjadi liar .

Bagaimanakah menjaga “ pandangan mata “ ( menjaga diri ) itu ? . Ianya ialah dengan belajar mendidik mata kita agar tidak memandang kepada apa-apa yang ditidak benarkan oleh Tuhan Yang Telah Menganugerahkan mata itu ! . Ertinya ialah tidak memandang ke aurat-aurat yang terbuka , sama ada terhadap kaum sejenis , dan apatah lagi terhadap kaum yang berlainan jantinanya .

Kami akan mengemukakan dua contoh di dalam permasalahan ini yang kami rasa ianya cukup untuk menjawab kegelisahan yang timbul itu :

[color=red] ( 1 ) – ADAB MEMANDANG DI ANTARA WANITA DENGAN WANITA : [/color]

Seseorang wanita tidaklah dibenarkan melihat kepada aurat wanita lain . Aurat yang dimaksudkan di sini ialah “ apa-apa yang ada di antara bahagian pusat hinggalah ke peha “ . Larangan ini mencakupi semua wanita , sama ada yang ada hubungan kekeluargaan , apatah lagi yang tidak mempunyainya . Dan sama ada ianya bagi seseorang wanita muslimah terhadap sesama mereka , dan apatah lagi terhadap wanita-wanita yang bukan Islam .

Asal-usul yang mengharamkan perbuatan tersebut ialah hadis baginda Rasulullah s.a.w:

عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَنْظُرُ الرَّجُلُ إِلَى عَوْرَةِ الرَّجُلِ وَلَا الْمَرْأَةُ إِلَى عَوْرَةِ الْمَرْأَةِ وَلَا يُفْضِي الرَّجُلُ إِلَى الرَّجُلِ فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ وَلَا تُفْضِي الْمَرْأَةُ إِلَى الْمَرْأَةِ فِي الثَّوْبِ الْوَاحِدِ

[color=blue] Ertinya : Daripada Abdur Rahman Bin Sa’id Al-Khudry , daripada bapanya . Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda : “ Tidak boleh seseorang lelaki memandang kepada aurat seseorang lelaki selainnya , dan tidak boleh juga seorang wanita memandang kepada aurat wanita selainnya , dan tidak boleh seseorang lelaki itu bergesel-gesel dengan seseorang lelaki lain di dalam selimut yang sama , dan begitu juga tidak boleh seseorang wanita bergesel-gesel dengan seorang wanita lain di dalam satu selimut “ ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim ( Kitab Al-Haidh ) . [/color]

Perkara seperti hubungan jenis sesama wanita ( lesbian ) sekarang bukanlah satu perkara yang ganjil dan aneh lagi , khasnya bagi mereka yang hidup bebas . Dan di asrama-asrama juga , tidak kurang kejadian seperti ini telah berlaku .

Ada banyak sebab kenapa ianya boleh berlaku walaupun tidak dapat dinafikan sebab utamanya ialah kerana lemahnya iman seseorang . Sebab-sebab lain ialah kerana sikap benci kepada kaum lelaki , mungkin disebabkan dia pernah dikecewakan oleh seorang lelaki ataupun yang seumpamanya .

Apabila gadis yang kecewa itu mendapat teman ( wanita ) yang mengambil berat masalahnya itu , dia pun tertarik untuk rapat ( berkawan ) dengannya . Tapi sayangnya , lama-kelamaan disebabkan hubungan persahabatan ( ukhuwwah ) itu tidak dibatasi dengan batasan-batasan syariat , maka ianya bertukar pula menjadi hubungan sejenis ( lesbian ) . Dan , ada pula wanita yang mengaku mereka lebih tertarik dengan “ layanan “ kaum sejenisnya disebabkan mereka lebih lemah-lembut dan lebih memahami perasaan , berbanding dengan kaum lelaki ! .

Soalannya : Apakah sebabnya perkara seperti ini boleh berlaku dan bagaimanakah pula sesebuah hubungan persahabatan yang baik itu boleh pula menjadi keterlaluan !? .

Sebab utama ( selain yang telah dinyatakan di atas ) ialah sebab [color=blue] “ TIDAK MENJAGA MATA “ [/color] . Benarlah pepatah Melayu : [color=blue] “ Daripada mata , turun ke hati “ [/color] , dan kadang-kadang ianya menjadi : [color=blue] “ Daripada mata , turun ke nafsu “ [/color] .

( 2 ) – ADAB MEMANDANG DI ANTARA LELAKI DENGAN LELAKI : [/color]

Ianya sama juga dengan adab seseorang wanita dengan seorang wanita selainnya . Haram bagi seorang lelaki memandang aurat kaum sejenisnya . Dan haram juga mereka itu duduk di dalam kain selimut yang sama .

Dan selain itu , bagi kaum lelaki , mereka juga haram memandang kepada sesama lelaki , khasnya kepada budak-budak yang baru akil baligh – sekitar usia 10 hingga 15 tahun ( “ Amrod “ الأمرد )–khasnya bagi kaum lelaki yang mudah sangat terangsang hawa-nafsunya .

Memandang kepada “ amrod “ ini lebih besar bahayanya jika dibandingkan dengan kaum wanita . Ini disebabkan sukar untuk disyakki akan berlaku “ hubungan seks sumbang “ di antara sesama lelaki , berbanding dengan seorang lelaki yang “ agak rapat “ dengan kekasihnya ( wanita ) ! .

Perkara ini bukanlah perkara yang main-main , bahkan ianya adalah masalah yang amat perlu dijaga . Lantaran itulah , tidak sedikit kitab-kitab Fiqh yang membahaskan bab seperti ini .

Fenomena seorang abang angkat yang “ memakan “ adik angkatnya ( yang berada di usia amrod ) itu juga bukanlah suatu perkara yang boleh dinafikan , dan tidak ketinggalan, di beberapa buah asrama sekolah , budaya “ seks sejenis “ seperti ini nampaknya membiak dengan subur pula .

Kadang-kadang ianya terjadi disebabkan “ bergurau berlebih-lebihan “ sehinggakan seorang lelaki itu sanggup memegang kemaluan kawannya ( lelaki ) , bahkan ada yang lebih daripada itu . Walaupun ianya bergurau , akan tetapi bergurau seperti ini adalah tidak dibenarkan di dalam Islam . Kalau yang bergurau pun tidak dibenarkan , apatah lagi yang sungguh-sungguh ??? .

Di Pakistan dan India ( sebagai contohnya ) , tidak sedikit guru-guru besar sesebuah ma’ahad ataupun universiti yang melarang ditempatkan kaum lelaki dewasa dengan remaja lelaki ( amrod ) di satu bilik ( bilik yang sama ) . Larangan ini berlaku demi menjaga mata dan hati daripada berlakunya sebarang maksiat , apatah lagi setelah adanya beberapa kes beberapa orang guru yang “ memanjat “ anak-anak murid mereka yang amrod ! ~ Na’uzubillahi Min Dzalik .

Di tanah air kita juga , istilah [color=blue] “ Anak Bilis “[/color]juga telah mula berkembang ( sama dgn perkembangan istilah bohsia, bohjan dan bohtua ) . “ Anak Bilis “ ialah gelaran kepada anak-anak muda ( lelaki ) yang berusia sekitar usia 13 – 16 tahun , yang “ mencari makan “ dengan cara menyediakan perkhidmatan seks kepada lelaki-lelaki dewasa . Perkara ini bukan satu perkara yang main-main , dan buktinya sendiri ada . Contohnya : Di sekitar Jalan Masjid India ( berhampiran Semua House , Mydeen Store dan kedai-kedai di situ ) ! ,

Sebab-sebab gejala seks bebas ini berlaku , samalah dengan apa yang telah dinyatakan sebelum ini . Dan ianya lebih mudah berlaku dan berkembang disebabkan media-massa yang sememangnya suka mensensasikan kisah-kisah berbau seks . Lihatlah sahaja ke dalam negara kita sendiri , berapa banyakkah majalah-majalah berbau lucah yang digantung di kedai-kedai majalah !? . Adakah dengan beralasan [color=blue] “ KISAH BENAR “ [/color] maka boleh dibiarkan majalah-majalah berbau seks itu diterbitkan dan dijual secara meluas !? .

Di kala Malaysia didakwa sebagai “ Negara Islam Contoh “ , rupa-rupanya media-massa penyebar gelaja seks dipelihara dengan sebaik-baiknya . Manakala majalah dan media-massa yang berbau “ Islamic “:diharamkan dan dilarang dengan 1001 dalil ( dalih ? ) .

KESIMPULANNYA : [/color]

Menahan diri( الإعفاف )perlulah disemai semenjak kecil lagi , kerana kecurangan di dalam masalah inilah boleh mengakibatkan berbagai perkara-perkara sumbang itu berlaku .

Semoga Allah Ta’ala menjauhkan kita semua daripada segala gejala sosial yang bermaharaja-lela itu . Amin Ya Rabbal ‘Alamin ! .

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .

**************************************
RUJUKAN [/color]

مسئولية التربية الجنسية TANGGUNG-JAWAB PENDIDIKAN SEKS
Oleh : Almarhum Al’-Allamah Dr. Abdullah Nasih ‘Ulwan .
Terbitan : Darus Salam , Kaherah .

و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

0 comments:

Post a Comment