Dec 22, 2008

Isteri Mengaku Pernah Berzina

assalamualaikum wbt,

Saya ingin bertanya, apakah yang harus dilakukan oleh seorang suami yang isterinya pernah berzina 2 tahun lepas dan baru diketahui baru - baru ini apabila isterinya melakukan kecurangan sekali lagi namun tidak diketahui sampai ke tahap mana kecurangannya.

Namun isterinya pernah melakukan zina 2 tahun lepas dengan pengakuan sendiri oleh isterinya itu.Apakah yang patut dilakukan oleh suaminya sekarang, adakah patut menceraikannya, dan jika tidak, bagaimanakah seharusnya taubat oleh isterinya itu harus dilakukan?Apakah peranan suami jika benar - benar ingin membantu isterinya bertaubat dan menerimanya kembali?

Adakah talak patut dijatuhkan sebagai memberi kesedaran kepada isterinya itu?

Kadangkala suaminya masih teringat akan perlakuan sumbang isterinya itu dan masih tidak dapat terima namun kasihankan anak - anak dan kerana cintakan isterinya , suaminya sanggup menelan segala yang pahit? Bagaimanakan pendapat ustaz akan hal ini? Apakah yang harus dilakukan oleh suaminya? Diketahui bahawa kuasa talak adalah di tangan suami dan suami berhak menjatuhkan talak bila - bila masa.

Diharap jawapan ustaz dapat membantu menjawap persoalan ini insyaAllah. Sekian didahuli dengan ribuan terima kasih, wslm.

Wassalam

Jawab:

Terkedu dibuatnya bila kita mendengar problem yg heavy duty macam ni. Berat sungguh ahli2 Fiqih di AHkam mendengarnya, berat lagi bahu yg memikulnya. Kita pernah menjawab beberapa kali sebelum ini dlm masalah yg hampir sama.

Ini adalah masalah decision making atau seni membuat keputusan. Syara' menetapkan penzina muhsan (sudah kahwin) jika thabit hendaklah di rejam sampai mati. Maka jika mengikut perudangan syara', jika isteri Mr X secara voluntarily mengaku di depan hakim (negara Islam yg menjalankan Hudud), maka menjadi dudalah Mr X.

Dalam keadaan sekarang: Hudud tidak ada. Maka apakah keputusan Mr X terserahlah pada dia menentukan. Jika Mr X tidak melakukan apa-apa, jatuh pula hukum suami Dayus. Suami yg dayus dilaknat oleh syara'. Suami dayus ialah suami yg tidak dapat mengontrol kejahatan isterinya.

Jika Mr X sudi mema'afkannya dgn syarat isteri Mr X menjalani proses taubat, ia juga diterima di sisi syara' (Lihat AQ 3:135)

Proses taubat spt mana yg kita jelaskan banyak kali sebelum ini (browse archive) dan boleh juga membeli buku terbaru Dr Qardhawi, Taubat IlaLlah terjemahan Pustaka Syabab Media, Bangi. Tanda taubat yg besar ini mudah saja: ada penyesalan dan perilaku orang yg berdosa itu bertukar kepada yg lebih baik. WA

0 comments:

Post a Comment