Assalamualaikum Wmt Wkt
Bolehkah tuan panel jelakan tentang aurat wanita mukhafaah dan mughalazah berdasarkan mazhab Maliki?
Wassalam
Jawab:
Aurat versi Malikiah:
Lelaki: aurat yg ringan (mukhaffafah) antara pusat dan lutut.
Aurat yg berat (mughalazzah): penis (zakar) dan dubur sahaja
Dalil: HR alBukhari dan Ahmad ibn Hanbal dari Anas bin Malik ra," Rasulullah saw pernah terbuka kainnya semasa di Tabuk hingg aku lihat keputihan pahanya."
Perempuan:
Aurat ringan: aurat yg biasa terdedah kepada muhrim spt kepala, muka, rambut, leher, dua tangan dan dua kaki. Dalil: Surah anNuur: 31 ..(kecuali yg biasa nampak dari padanya)
Aurat yg berat: seluruh tubuh kecuali dua tapak tangan dan muka kepada non-muhrim. Nailool Awthor 2/76; Mughni fi Syarh alKabeer 3/216; Tafsir alQurthuby 14/243 (Allahu a'alam)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment