Jan 27, 2009

Tuntutan batin (jimak) wajib atau sunat

Seorang suami kebingungan dgn dua kenyataan berikut:-

a) memberi nafkah batin (termasuk jimak) kepada isteri adalah wajib; sementara

b) berjimak dgn isteri adalah ibadah sunat.
Boleh panel Al-Ahkam perjelaskan kekompiusan ini.

*****************************
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr ergonomic04 dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Melakukan hubungan kelamin diantara suami isteri juga merupakan salah satu dari tuntutan perkahwinan. Sabda Nabi saw :


خيركم خيركم لأهله
"Sebaik2 kamu adalah mereka yang melakukan yang terbaik terhadap isterinya" [Hadith Riwayat Tirmudzi #3895]

Menurut Dr. Khaalid ibn ‘Ali al-Mushayqih bahawa ini menunjukkan bahawa seseorang suami di kehendaki melakukan jima' agar dapat memenuhi keperluan isterinya. Maka dengan itu melakukan jima' juga merupakan salah satu dari kewajipan suami. Menurut Ibn Qudaamah al-Hanbali rh.

والوطء واجب على الرجل - أي الزوج بأن يجامع زوجته - إذا لم يكن له عذر ، وبه قال مالك
"Melakukan hubungan kelamin adalah wajib keatas lelaki - iaitu suami hendaklah berjima' dengan isterinya - selama mana dia tidak uzur. Ini juga merupakan pandangan Maalik" [al-Mughni, 7/30].

Yang saudara maksudkan 'ibadat sunat' iaitu suami isteri mendapat ganjaran pahala apabila melakukan hubungan kelamin. Maknanya isteri yang ta'at kepada suami akan melayan suaminya akan mendapat pahala, dan suami yang melakukan tanggung jawabnya mendapat pahala juga, sebagaimana hadith riwayat Abu Zarr bahawa beberapa sahabat Nabi saw telah berkata kepadanya :-

يا رسول الله ذهب أهل الدثور بالأجور يصلون كما نصلي ويصومون كما نصوم ويتصدقون بفضول أموالهم ، قال : أو ليس قد جعل الله لكم ما تصدقون ؟ إن بكل تسبيحة صدقة ، وكل تكبيرة صدقة ، وكل تحميدة صدقة ، وكل تهليلة صدقة ، وأمر بالمعروف صدقة ، ونهي عن منكر صدقة ، وفي بُضع أحدكم صدقة ، قالوا : يا رسول الله أيأتي أحدنا شهوته ويكون له فيها أجر ؟ قال : أرأيتم لو وضعها في حرام أكان عليه فيها وزر ؟ فكذلك إذا وضعها في الحلال كان له أجر .
"'Ya Rasulullah, orang kaya akan mendapat ganjaran yang banyak. Mereka bersolat sebagaimana kita bersolat, mereka berpuasa sebagaimana kita berpausa, akan ttapi mereka bersedekah dari lebihan kekayaan mereka.'. Nabi berkata :'Apakah tidak Allah telah memberi kamu perkara yang boleh kamu melakukan sedekah?. Setiap tasbih adalah sedekah. Setiap Takbir adalah sedekah. Setiap Tahmid adalah sedekah. Setiap Tahlil adalah sedekah. Melakukan perkara baik adalah sedekah. Mencegah dari melakukan mungkar adalah sedekah. Mengadakan hubungan kelamin (jima') adalah sedekah'. Mereka berkata 'Ya Rasulullah, jika seseorang memuaskan keinginannya (syahwat), adakah disana ganjaran?'. Baginda berkata :'Adakah anda melihat bahawa jika ia melakukan cara yang haram, ia akan mendapat dosa? Maka jika ia melakukan dengan cara yang halal, ia akan mendapat ganjaran untuknya" [Hadith Riwayat Muslim : 1006].

Imam Nawawi mensyarahkan hadith diatas : "Ini menunjukkan bahawa perkara yang dibenarkan boleh menjadi ibadat jika terdapat niat yang ikhlas. Berjima' boleh menjadi ibadat jika tujuannya memenuhi tanggung ajwab kepada isteri, melakukan kebaikkan kepadanya sebagaimana diperintahkan oleh Allah, memohon mendapat zuriat yang soleh, menjaga dirinya atau isterinya, menhalang kedua suami isteri dari melihat perkara yang haram, dan beberapa niat lain yang baik".

Kesimpulannya, salah satu tanggung jawab suami ialah berjima' dengan isterinya. Melakukan perkara yang baik juga dianggap sedekah, dan sedekah itulah yang akan memberi pahala (Bukan amalan sunat sahaja yang mendatangkan pahala). WA.

wassalam

0 comments:

Post a Comment