Jan 27, 2009

Qabul dulu baru ijab

Bismillah

Salam

Moga dirahmati Allah,

Lama sudah tidak bertanyakan soalan...kini timbul pulak masalah dan memerlukan penyelesaian dalam bab perkahwinan:

1) Bolehkah kita qabul dulu baru ijab dalam urusan akad pernikahan???

2) Bolehkah si isteri mengenakan syarat tertentu utk menyuruh si suami berta'lik??
cthnya... si isteri mengenakan syarat...'abg tak leh bercakap atau berkenalan dgn mana2 perempuan'...dgn tujuannya utk menjaga keharmonian r/tangga....
si suami pulak...ikut ler...dgn tujuan yg sama....padahal si suami terdedah pd semua tu terutama dlm pekerjaan...

-Adakah boleh si isteri menyuruh si suami melakukan ta'lik???...
-adakah jatuh cerai ta'lik pada isteri bila si suami melakukan perkara tersebut???
-selepas cerai ta'lik....kena akad baru utk bersama kembali atau cukup sekadar rujuk????

Jika mampu persoalan ini dpt perhatian dr pihak panel...utk saya menerangkan kembali kepada 'client' saya dgn kadar segera...

Wassalam

**************************
thtl

Wassalam

Soaljawab ringkas:

1. Susunannya ialah ijab-qabul bukan qabul-ijab. Ijab maksudnya adalah tawaran wali, qabul ialah penerimaan oleh pengantin lelaki. Mana ada dalam prosedur pernikahan qabul dulu baru ijab! Ini sungguh anih.

2. Syarat ta'lik itu ada syarat yang sah, menasabah, menepati maksud nikah dan tidak bercanggah dengan sifat manusia biasa. Syarat yang dikenakan oleh perempuan itu hendaklah di olah semula yang bermaksud, dia mensyaratkan tidak boleh berpoligami. Jika suami bersetuju, maka takliq itu adalah sah.
Jika syarat2 ta'liq itu menasabah, memenuhi matlamat pernikahan dan dipersetujui dengan redha oleh kedua-dua mempelai, maka ia adalah sah menurut semua madzhab yg empat, dan jika suami melanggar atau isteri melanggarnya, ia bergantung kepada butiran ta'liq itu.

[Fiqh Islami, Jld 7/77]

1 comments:

Anonymous said...

qabul dan ijab boleh berlaku tak kira dari mana-mana pihak (lelaki atau wanita) jangan kata aneh kerana perkara ini telah dibahaskan oleh ulama' dalam kitab Ahwal Syaksiyah, profesor mahmud ali syartawi, kalau boleh dijelaskan tidak hanya satu kitab sahaja. kerana perkara ini berlaku seperti kes ijab yabg dilakukan oleh lelaki dan wali@perempuan menerima. maka nikah adalah sah. ini untuk memudahkan.

Post a Comment