Jan 11, 2009

Aurat Dan Wuduk Dengan Wanita Non Muslim

Salam

ustaz...
1. Aurat muslimah dgn perempuan non muslim same dgn aurat muslimah dgn muslim kan??

2. Klu muslimah tadi ade wudhu',die tersentuh perempuan non muslim..wudhu' dia batal x??
-------
Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah, kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

1. Soalan mengenai aurat Wanita Islam dan wanita yang non-muslim bolehlah melayari link di bawah ini :-

SJ-12-0295 : aurat dgn bukan muslim
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=36424

2. Mengenai kenajisan orang bukan Islam, sebagaimana firman Allah swt :-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ
"Wahai orang yang beriman sesungguhnya orang Musyrikun itu adalah najis....." [Surah al-Taubah : 28]

Ayat ini merujuk kepada AQIDAH orang kafir yang dikatakan tidak bersih (najis), dan bukannya kenajisan fizikal. Bersentuhan wanita Islam dan wanita bukan Islam tidak membatalkan wudhu’.

Untuk maklumat lanjut, sila pergi ke link yang tertera dibawah ini –

SJ-03-0100 : orang kafir najis
http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=35749

Sekian, wassalam
-----------
:بسم الله، و الحمد لله، و الصلاة والسلام على رسول الله، وبعد

Berkenaan dengan perkara ini terdapat khilaf dikalangan Ulama.Ini kerana disebabkan perbezaan pandangan di dalam memahami ayat berkaitan dengan aurat daripada Surah al-Nur ayat 31,

وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آَبَائِهِنَّ أَوْ آَبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ

dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita mereka, atau budak-budak yang mereka miliki,

Secara ringkasnya dapat disimpulkan bahawa :

1. Sebahagian Ulama mengatakan maksud perkataan (wanita-wanita mereka) itu ialah wanita-wanita muslimah sahaja.Maka aurat antara wanita muslimah dengan bukan Muslim tidak boleh seperti wanita muslimah.Auratnya mestilah keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan kedua tapak tangan.Pendek kata , seperti aurat ketika berhadapan dengan lelaki asing yang bukan mahram.

2. Manakala sebahagian ulama lain pula menyebutkan antaranya al-Razi, al-Alusi dan ibn al-Arabi, pengertian (wanita-wanita mereka) itu ialah semua wanita tidak kira yang muslim atau non muslim.Maka aurat wanita muslim dengan non muslim adalah sama dengan wanita muslim , iaitu dari pusat hingga ke lutut sahaja.Selain daripada itu bolehlah didedahkan atau diperlihatkan.

Tahqiq wa tarjih

Pendapat yang boleh diambil sebagai pendapat yang rajih ialah seperti yang telah di nukilkan oleh Al-Fadhil Syaikh Kamin yang dikeluarkan oleh Lajnah Daimah seperti di bawah ini :

Quote:
Mengenai pandangan yang mengatakan bahawa terdapat hukum yang berbeza apabila berdepan dengan wanita Islam dan bukan Islam, al-Lajnah al-Da'imah menjawab :-
فيه قولان لأهل العلم ، والأرجح : عدم الوجوب ؛ لأن ذلك لم يُنقل عن أزواج النبي صلى الله عليه وسلم ، ولا عن غيرهن من الصحابيات حين اجتماعهن بنساء اليهود في المدينة والنساء الوثنيات ، ولو كان واقعاً لنُقل كما نُقل ما هو أقل منه .
"terdapat 2 pandangan ulama' mengenai perkara ini. Pandangan yang terbaik adalah ianya tidak wajib, kerana tidak ada nas mengenai perkara ini diriwayatkan dari isteri2 Nabi atau wanita lain dari kalangan Sahabat apabila mereka bertemu dengan kaum Yahudi dan Wanita penyembah berhala di Madinah. Jika ini berlaku sudah tentu ia disebarkan."
Fatwa seterusnya menyebut :-
لا مانع من كشف المرأة وجهها عند المرأة ، مسلمة كانت أو كانت كافرة ؛ لأنها لم تُؤمر بستر وجهها إلا عن الرجال الذين ليسوا من محارمها ، قال تعالى : ( وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ لِبُعُولَتِهِنَّ )
"Tidak ada sebab mengapa wanita diwajibkan tidak membuka wajahnya dihadapan wanita lain, samada ianya Muslim atau kafir, kerana wanita diarahkan menutup aurat mereka dihadapan lelaki yang bukan mahram mereka. Firman Allah :
...dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan ... [al-Nur : 31] " [Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah, 17/287, 288]
Apa yang dimaksudkan dengan "perempuan" didalam ayat ini adalah semua wanita, samada Islam atau bukan Islam.
Kesimpulannya, jika wanita Islam tadi bebas dari fitnah, maka wanita Islam tersebut batas aurat wanita Islam tadi adalah sama sahaja dengan wanita Islam atau wanita bukan Islam. Sebagaimana kata Ibn Utsaimin rh, pakaian tersebut hendaklah tidak ketat dan juga tidak nipis.

Sila rujuk link di bawah :
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=28768&sid=b5a10729ebb1463b7ba238c5a3e42567

WA
--------
Orang Kafir Najis...

Wa’alaikumussalam

Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Friman Allah swt :-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ

"Wahai orang yang beriman sesungguhnya orang Musyrikun itu adalah najis....." [Surah al-Taubah : 28]

Kenajisan kaum Musyrikin bukanlah najis hissiyah, dan apa yang dijelaskan didalam al-Quran didalam ayat diatas bermaksud ketidak sucian kaum musyrikin terhadap AQIDAH mereka yang mensyirikkan Allah swt.

Berkata Dr Yusuf al-Qaradawi :-

نجاسة المشركين نجاسة معنوية ، إلا أنه قد ذهب بعض الفقهاء - مثل الزيدية والظاهرية - إلى أن المشركين والكفار نجسون نجاسة شرعية حسية

“Kenajisan orang musyrikin adalah Najis Ma’nawiyah, melainkan ada segelintir fuqaha’, seperti Zaidiyyah dan Zahiriyyah mengatakan orang musyrikin dan kufar adalah najis hissiyah”.

Al-Qaradhawi memetik kata Imam Shaukani rh bahawa apa yang dimaksudkan adalah najis tersebut bukanlah najis hissiyah, bahkan ia adalah najis hukum. Ini bermaksud bahawa aqidah orang-orang kafir ini yang najis, dan bukanlah fizikal badan mereka.

Malah kata al-Qaradhawi didalam riwayat Sahih bahawa Nabi saw dan para sahabat pernah minum dan mengambil wudhu’ dari bijana orang Musyrikin. Baginda juga makan makanan hidangan orang kafir.

Dr Khaled Muhammad Abdul Kadir, pensyarah Universiti Lebanon menyatakan bahawa adalah dibenarkan lelaki Islam beristerikan ahli kitab, mereka boleh bersentuhan, baik keatas alat-alat perabot ataupun pakaian mereka. Suami juga boleh makan makanan yang disediakan oleh isteri ahli kitab dan boleh menggunakan pinggan, mangkuk dan gelas yang sama. Jelas INI menunjukkan kenajisan mereka bukanlah fizikal badan mereka.

Kesimpulannya, jumhur ulama’ mengatakan maksud orang kafir itu najis adalah kepada aqidah mereka yang tidak suci, dan bukanlah fizika badannya sehinggakan batal wudhu’ jika menyentuh mereka. WA.

Sekian, wassalam

0 comments:

Post a Comment