Nov 21, 2009

Isteri Menolak Tinggal Bersama Keluarga Suaminya

Syaikh Ibnu Utsaimin

Pertanyaan:
Ada seorang pemuda berumur 23 tahun,d ia menikah dengan seorang gadis, yaitu puteri pakciknya sendiri (puteri dari saudara kandung ayahnya). Selama kurang lebih 4 bulan setelah menikah dia dan isterinya tinggal di rumah ayahnya. Dia berkata, “Pada suatu hari terjadi salah faham antara isteri saya dengan keluarga saya, maka isteri saya pergi ke rumah ayahnya, sesudah itu dia meminta kepada saya supaya menyewa apartement agar saya dan isteri boleh tinggal terpisah dan dapat menghindari berbagai masalah, atau tinggal di rumah ayahnya (ayah isterinya) dengan syarat hubungan saya dengan keluarga saya sendiri tidak putus dan saya boleh menanyakan terus tentang mereka. Kemudian saya menyetujuinya dan saya beritakan kepada keluarg saya, namun mereka menolaknya, bahkan mereka bersikeras agar saya tetap tinggal bersama mereka. Apakah saya berdosa apabila saya menyalahi keinginan keras mereka dan saya bersama isteri tinggal di apartement mertua?”



*******************
Jawapan:

Masalah yang satu ini sering terjadi antara keluarga suami dengan isterinya. Hal yang mesti dilakukan suami dalam keadaan seperti ini adalah berusaha keras melunakkan sikap antara isteri dan keluarganya dan menyatukannya kembali semaksima mungkin, menegur siapa saja di antara mereka yang zhalim dan melanggar hak saudaranya. Akan tetapi hal itu mesti dilakukan dengan cara yang baik dan lemah lembut sehingga rasa cinta kasih dan kebersamaan dapat tercapai kembali, kerana cinta kasih dan kebersamaan itu semuanya adalah baik.

Namun jika usaha ishlah (mengadakan perbaikan) itu belum dapat dicapai, maka tidak ada apa-apa masalah (tinggal bersama isteri) di tempat yang lain terpisah dari mereka. Alternatif seperti ini adakalanya lebih baik dan lebih bermanfaat bagi semua pihak sampai perasaan yang timbul di dalam hati sebahagian mereka terhadap sebahagian yang lain itu hilang. Jika ini adalah pilihannya, maka dia (suami) jangan memutus hubungan silaturrahmi dengan keluarga, akan tetapi selalu melakukan hubungan dengan mereka; dan sebaiknya rumah tempat tinggalnya bersama isteri itu dekat dari rumah keluarga, sehingga mudah untuk melakukan perhubungan dan menghubungi mereka. Apabila dia dapat melakukan kewajipannya terhadap keluarga dan terhadap isterinya sekalipun dia tinggal hanya dengan isterinya di suatu tempat, kerana tidak mungkin tinggal bersama keluarga di satu tempat, maka yang demikian itu lebih baik.



Rujukan:
Syaikh Ibnu Utsaimin: Nur ‘alad Darb, hal. 50-51.
Disalin dari buku Fatwa-Fatwa Terkini Jilid 1, penerbit Darul Haq.

3 comments:

md_saf said...

ini masalh yg biasa berlaku, saya nk tanya ustaz, adakah suami tersebut jatuh hukum derhaka kerana tidak mahu mengikut kehendak orang tuanya terutama ibunya?

suami menghadapi masalah apabila ibu meminta tinggal bersama, tetapi isteri enggan tinggal bersama keluarga suami.

adakah wajar suami mentaati ibunya sehingga menjejaskan hubungan isteri?

ataupun wajarkah suami mengikut kehendak isteri tanpa menghiraukan permintaan ibunya?

Syaz said...

nak sangat tahu jawapan dr soalan awak...tp ustaz x respon pulakkk

Anonymous said...

yer betul saya pun menunggu jawapan dari ustaz

Post a Comment