Jan 21, 2009

Kawin Sepupu

assalamualaikum

1. Bolehkan sepupu berkahwin sepupu? ayah perempuan adalah abang kepada ayah si lelaki. ayah dan bapa saudara adik beradik

2. adakah fenomena dimana jodoh seseorang itu telah meninggal? contohnya meninggal dunia ketika kecil. dia tidak kahwin selama-lamanya. bukankah setiap orang mempunyai jodohnya yang tersendiri.

terima kasih

****************
wa'alaikumussalam. Ramadhan Mubarak!

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdri Fatimah dengan kadar kemampuan yang ada, Insyallah.

1. Tidak ada masalah/larangan untuk sepupu berkahwin sepupu. Islam tidak melarang berkahwin sesama saudara melainkan Al-Maharim (mereka yang dilarang berkahwin dengannya) sepertimana yang dijelaskan didalam firman Allah swt:-

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمْ أُمَّهَاتُكُمْ وَبَنَاتُكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ وَعَمَّاتُكُمْ وَخَالَاتُكُمْ وَبَنَاتُ الْأَخِ وَبَنَاتُ الْأُخْتِ وَأُمَّهَاتُكُمُ اللَّاتِي أَرْضَعْنَكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ مِنَ الرَّضَاعَةِ وَأُمَّهَاتُ نِسَائِكُمْ وَرَبَائِبُكُمُ اللَّاتِي فِي حُجُورِكُمْ مِنْ نِسَائِكُمُ اللَّاتِي دَخَلْتُمْ بِهِنَّ فَإِنْ لَمْ تَكُونُوا دَخَلْتُمْ بِهِنَّ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ وَحَلَائِلُ أَبْنَائِكُمُ الَّذِينَ مِنْ أَصْلَابِكُمْ وَأَنْ تَجْمَعُوا بَيْنَ الْأُخْتَيْنِ إِلَّا مَا قَدْ سَلَفَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَحِيمًا

Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): Ibu-ibu kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan saudara-saudara bapa kamu dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki dan anak-anak saudara kamu yang perempuan dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu dan saudara-saudara susuan kamu dan ibu-ibu isteri kamu dan anak-anak tiri yang dalam pemeliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya) dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. - [Surah Al-Nisa' 4:23]

Diantara contoh terbaik ialah Nabi saw mengkahwinkan anaknya Fatima kepada Ali dan dia adalah anak kepada Pakcik Bapanya, begitu juga Nabi saw sendiri berkahwin dengan Zainab bt Jahsh dan dia adalah anak ibu saudaranya (sepupu).

2. Jika kita berpeganng kepada aliran Ahli Sunnah wa Al-Jamaah, kita yakin bahawa segala ketentuan itu dari Allah swt (termasuk jodoh), dan kita telah diberi oleh Allah ikhtiar (usaha) didalam melakukan sesuatu, dan akhirnya berserah kepada Allah. Bagaimana mungkin seseorang itu boleh tahu yang jodohnya telah mati? Qada dan Qadar Allah swt merupakan rahsia Allah swt! Jika seseorang berkata seseorang itu boleh mendakwa bahawa jodohnya sudah mati, ini bermakna dia sudah tahu rahsia Allah swt! Itulah hikmah Allah swt salah satu merahsiakan ketentuannya kepada manusia semoga manusia itu berusaha melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh.

Bernikah ini adalah sunnah Nabi saw. Terjadi peristiwa 3 orang lelaki bertanyakan mengenai ibadat Nabi saw. Apabila mereka diberitahu, mereka merasakan seolah-olah ia tidak banyak. Salah seorang dari mereka berkata : "Aku menjauhkan diri dari wanita dan aku tidak akan berkahwin" {وأنا أعتزل النساء فلا أتزوج أبداً}. Nabi saw berkata kepada lelaki tersebut dan para sahabat bahawa beliau berpuasa dan berbuka, beliau bersolat diwaktu malam dan tidur, dan beliau berkahwin. Kemudian baginda berkata :

فمن رغب عن سنتي فليس مني

"Barangsiapa yang membelakangkan sunnahku, adalah bukan dari ku" - [Hadith riwayat al-Bukhari, #5063, Muslim #1401]

Seseorang itu mestilah berusaha untuk mencari jodoh, dan menjadi satu kesalahan mengatakan bahawa ia tidak akan berkahwin selama-lamanya. Didalam dunia yang serba moden ini, banyak badan-badan atau organisasi (yang halal) Islam yang boleh menolong para ahli kumpulannya atau ahli usrahnya untuk merekomenkan calun masing-masing. Kita tidak boleh berhenti berusaha bagi menegakkan sunnah Nabi saw. Akan tetapi, kalau tidak ketemu pasangan sehingga akhir hayatnya, Allah swt akan memberikannya pasangan di hari akhirat kelak kerana Suami dan isteri akan masuk ke syurga bersama-sama. Firman Allah swt :-

ادْخُلُوا الْجَنَّةَ أَنْتُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ تُحْبَرُونَ

"Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada mereka): Masuklah kamu ke dalam Syurga bersama-sama isteri-isteri kamu (yang beriman), dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan"- [al-Zukhruf 43:70]

رَبَّنَا وَأَدْخِلْهُمْ جَنَّاتِ عَدْنٍ الَّتِي وَعَدْتَهُمْ وَمَنْ صَلَحَ مِنْ آبَائِهِمْ وَأَزْوَاجِهِمْ وَذُرِّيَّاتِهِمْ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Wahai Tuhan kami! Dan masukkanlah mereka ke dalam Syurga "Adn" yang Engkau telah janjikan kepada mereka dan (masukkanlah bersama-sama mereka): Orang-orang yang layak di antara ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka, serta keturunan mereka. Sesungguhnya Engkaulah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. - [Al-Ghaafir 40:8]

Menurut bekas Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Ibn Utsaimin (Majmu’ Fataawaa Ibn Utsaimin, 2/53) bahawa tidak ada orang bujang didalam syurga :

وإذا لم تتزوج في الدنيا فإن الله تعالى يزوجها ما تقر به عينها في الجنَّة ، فالنعيم ليس مقصوراً على الذكور ، وإنما هو للذكور والإناث ، ومن جملة النعيم : الزواج . أ.هـ " مجموع فتاوى ابن عثيمين

"Jika seseorang wanita tidak berkahwin di dunia, sesungguhnya Allah akan memberinya suami dimana akan berjumpa kegembiraan di Syurga. Kegembiraan di syurga bukan hanya dihadkan untuk kaum lelaki, sesungguhnya ia adalah untuk lelaki dan wanita, dan sebahagian kenikmatan adalah berkahwin".

Umar ibn Al-Khattab ra. pernah berkata kepada seorang lelaki yang tidak mahu berkahwin, katanya :

ما يمنعك إلا عجز أو

"Tidak ada perkara yang menahan kamu dari tidak berkahwin melainkan mandul atau tidak bermoral"

Didalam apa-apa hal sekali pun, Islam menyeru agar umatnya berkahwin dan menganggap perkahwinan adalah salah satu sunnah Nabi saw, adalah dilarang menjauhi perkahwinan walaupun dengan NIAT ingin beribadat kepada Allah, kerana :

ولا رهبانية في

"Tiada KeRahiban didalam Islam"

wallahu'alam, wassalam
===============
Rujukan :

1. Sheikh Al-Utsaimin. Majmu' Fataawa - 2. Riyad : Muaasasah Mohammaed Salih Utsaimin, 2000.

0 comments:

Post a Comment