Jan 21, 2009

Perihal Aurat

Salam

Q1. Jika seseorang itu menutup auratnya semata-mata kerana mengikut perkembangan fesyen terkini dan tidak terlintas padanya untuk melakukannya kerana Allah, adakah beliau mendapat pahala ibadat atas perbuatannya itu?

Q2. Jika seseorang itu bekerja dalam keadaan mendedahkan aurat dan mendedahkan aurat adalah antara sebab mengapa beliau mendapat pekerjaan itu, (eg. pramugari atau penyanyi) bolehkah rezekinya dikatakan sebagai rezeki yang halal?

Q3. Jika seseorang dengan sengaja melihat aurat orang lain yang bukan mahramnya, adakah dosa yang ditanggungnya itu kepada Allah atau kepada orang itu?

Q4. Samakah dosa melihat aurat orang Islam dengan melihat aurat orang bukan Islam?

Q5. Sekiranya seseorang pergi untuk melakukan ibadat-ibadat umum (eg. menuntut ilmu dll) dengan niat yang betul dan baik, tetapi melakukannya dalam keadaan mendedahkan aurat, adakah perbuatan itu diterima sebagai ibadat?

Q6. Mengenai wanita yang berpakaian seperti lelaki dan lelaki yang berpakaian seperti wanita. Adakah pakaian diharamkan itu memang pakaian yang direka untuk jantina berlawanan atau tidak boleh memakainya walaupun ada rekaan bagi pakaian tersebut untuknya? Contohnya, jika seorang muslimah memakai seluar jeans. Ada jeans yang direka untuk wanita.

Maaf jika terlalu banyak soalan. Terima Kasih... :confused:
_________________
Wassalam
Jawapan Ringkas:

A1: Menutup aurat itu menyahut perintah Allah, manakala fesyen itu dibenarkan jika masih dalam batas2 syara'iy. Menyahut perintah itu didahulukan dan fesyen itu mengekori. Pada peringkat awal sebagai galakan, fesyen dibolehkan, jika sudah masuk kefahaman dan iman, maka fesyen dan perintah Allah itu disatukan. Dalilnya: " Hai Anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian utk menutup auratmu dan pakaian indah utk fesyen. Dan pakaian taqwa itu lebih baik." AQ 7: 26

A2: Salah satu peranan agama ialah menjaga kehormatan. salah satu kehormatan itu ialah menutup aurat dgn sempurna. Jika sesuatu pekerjaan itu mengenakan syarat muslimat tidak boleh menutup aurat bermakna kerjaya itu hendaklah dijauhi. Ini kerana Allah memantau dan menghisab kerjaya seseorang.
Dalilnya: "sesungguhnya kamu akan ditanya tentang apa yg telah kamu kerjakan dahulu." AQ anNahlu: 93
"Sesungguhnya Allah Maha Melihat apa-apa yg kamu kerjakan."
HR alBukhari," serugi-rugi manusia pd hari Qiyamat ialah seorang yg mencari harta yg tidak halal, maka ia masuk Neraka kerananya."
Rezki yg halal dan haram itu jelas dan jalan2 mendapatkan rezki yg halal dan haram juga jelas.

A3: Dosa melihat aurat yg terdedah itu adalah terhadap Allah bukan kepada yg mendedahkan aurat itu kerana dia tidaklah mengambil sesuatu dari pendedah aurat itu. Manakala yg mendedahkan aurat itu juga berdosa kepada Allah SWT. Dalilnya: " katakanlah kepada lelaki yg beriman, jagalah pandangan mereka" AQ 24: 30 Manakala kepada wanita," janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yg biasa nampak" AQ 24: 31
bersambung
_________________
Sambungan:

A4: Sama sahaja kerana wanita adalah keturunan Hawa dan memililki sifat dan bodyline yg serupa baik yg berkulit hitam, kuning, merah atau putih. AQ dan asSunnah menyebut aurat tanpa mengkhususkan aurat muslimat atau kaafirat.

A5. Tidak dinamakan ibadah (baik umum atau khas) jika tidak ada unsur keta'atan kepada Allah. Dalilnya: "Katakanlah sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah utk Allah, Tuhan semesta alam" AQ 6: 162. Ilmu yg dicari dalam rangka tidak menta'ati Allah adalah menuntut ilmu utk keduniaan sahaja. Ilmu adalah penghulu amal. Jika niat dan ilmunya yg benar, maka luruslah amal dan perbuatannya. (Minhaj alQasyidin)

A6: Maksud Laknat RasuluLlah saw terhadap lelaki yg memakai pakaian perempuan dan sebaliknya (Hadis sahih Abu Daud) ialah pakaian yg sinonim utk gender (jantina) itu. Seluar adalah pakaian lelaki. Adapun Jeans yg khusus utk perempuan itu adalah ciptaan industri fesyen Barat sahaja. Begitu juga bikini adalah rekaan Barat sekitar 60'an. Wanita bercelana adalah melanggar etika berpakaian dalam Islam kerana meyerupai lelaki walaupun Barat mecipta seluar atau jeans yg khusus utk wanita. (Dr Wajih Zainal Abidin, Islam wal Hajat adDharuriyat,Maktabah alManar alIslamiyah, Kuwait, 1979) WA

0 comments:

Post a Comment