Salam
Saya mengenali seorang saudari yang sering dianiaya oleh suaminya. Anaknya ramai dan pada suatu hari, dia mengaku yang dia telah "berkahwin bersaksikan Quran" (!!! Astaghfirullah) secara tersembunyi sebelum melangsungkan perkahwinan mereka semula (!) dengan persetujuan keluarga.
Masalahnya, saudari ini telahpun mengandung dari perkahwinan "pertama" mereka (!!) dan anak pertama mereka dilahirkan 6 bulan selepas dikahwinkan (mereka berjaya menipu lain-lain ahli keluarga dengan mengatakan bahawa anak mereka lahir tak cukup bulan).
Masalahnya sekarang... saya beritahu saudari itu bahawa walaupun dia telah mengahwini ayah kepada anak pertamanya itu, anak itu masih di luar nikah. Saudari ini telah dikelirukan oleh suaminya (seorang graduan syariah dari universiti tempatan!) yang mengatakan bahawa kononnya mengikut undang-undang kekeluargaan Islam Malaysia, anak luar nikah (saya berjaya meyakinkan beliau bahawa perkahwinan itu bukan sah) masih digelar anak sendiri jika mereka yang melakukan maksiat tersebut kahwin dalam masa enam bulan kandungan. (is there such a thing???)
Saya agak terkejut mendengar pernyataaan seperti ini kerana setahu saya, ia tetap anak luar nikah. Memandangkan saya bukan pakar undang-undang syariah negara, saya berharap ada di antara saudara/saudari yang dapat membantu saya menerangkan kepada saudari ini (dengan daleel undang-undang shariah negara kalau boleh) kerana bagi beliau "Undang-undang keluarga Islam MALAYSIA" memaktubkan sebegitu.
Bantuan anda amat dihargai dan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
May Allah forgive our sins and bless us all in Islam with the best of both the worlds.
Wassalam
Jawab:
Anak yg lahir tidak kurang dari 6 bulan sejak hari akad nikah hingga ke hari lahir boleh dibin/bintikan kepada ayahnya dgn syarat: tiada bantahan dari suami perempuan itu atau ada bantahan dari keluarga dan masyarakat. Inilah fatwa yg ada di Malaysia. Bahkan Rumah fatwa Mesir (Darul Ifta' alMisriyyah) juga menetapkan demikian. Mereka menggunakan dalil hadis: HR Muslim dari bu Hurairah," anak itu adalah bagi tempat tidur." maksudnya siapa yg meniduri wanita itu dialah yg bertanggungjawab terhadap nasabnya. (Fatwa Mesir, Ali jadul Haq, 27 Mac 79) WA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment