Jan 22, 2009

Guna Laser Merawat Muka

Assalamualaikum..

Apakah hukum menggunakan laser untuk menghilangkan jeragat dimuka/ untuk cantikkan wajah.

harap shbt2 dapat memberi pandangan

*********************
thtl
Founder

Wassalamualakum

al-Jawab:

Penggunaan teknologi 'laser' adalah alat rawatan, manakala menghilangkan jeragat atau kecantikan wajah adalah matlamat. Fiqh melihat alat dan objektif rawatan kecantikan secara berasingan.

Rawatan wajah tidak terlepas dari tiga kategori: Tahsiniat (merawat wajah supaya kelihatan lebih anggun dan cantik), Hajiat (operasi rawatan wajah kerana hajat yg mendesak kerana ia bertujuan menghilangkan kesempitan dan kesukaran) dan dharuriyat (operasi rawatan kerana darurat (kesulitan yang amat sangat yang membawa mudarat kepada manusia)

Kemudian, barulah kita lihat soalan yg diajukan:

a. menggunakan laser utk menghilangkan jeragat.
Menghilangkan jeragat pada wajah termasuk hajiat yakni ia bukan mencantikkan wajah tapi menghilangkan aib dan keburukan pada wajah dan mengembalikan wajah kepada bentuk yang asal. Maka rawatan menghilangkan jeragat adalah harus kerana ia umum dari hadith yg memerintahkan rawatan.

لكل داء دواء . فإذا أصيب دواء الداء برأ بإذن الله عز وجل

Terjemahnya: dari Jabir
"Setiap penyakit itu ada ubatnya. Apabila ubat itu berjaya mengalahkan penyakit, maka belakulah penyembuhan dengan izin Allah AWJ." [sahih, Muslim, 2204]
Kemudian dilihat pula akan alatnya,yakni laser. Islam hanya mencegah alat atau bahan rawatan yang diambil dari najis. Laser hanyalah cahaya dan ia bukan najis, maka ia kembali pada hukum asal, yakni harus.

Ref: Imam al-Aini al-Hanafi, Umdat al-Qari, syarh Sahih al-Bukhari, Cairo: daar al-Tiba'ah, (2/193), al-hafidz Ibn alJauzi, ahkam al-Nisaa', Beirut: daar al-kutub al-ilmiyah (2/341)

b) Penggunaan laser utk mencantikkan wajah. Ini sudah tentu termasuk dalam hukum tahsiniat (kesempurnaan dan keelokan wajah supaya lebih anggun dan menarik), maka ia dilihat pada tujuannya. Dalam pada itu Islam menggariskan beberapa peraturan seputar wanita yg melakukan rawatan atau operasi kecantikan:

i) tidak mencantikkan hingga merubah ciptaan Allah
ii) rawatan tsb tidak memudharatkan diri
iii) kecantikan bukan bertujuan litadlis (mengabui mata orang ramai)
iv) tidak berlaku pembaziran (kos rawatan/operasi)
v) tidak menggunakan bahan atau alat yg mengandungi najis
vi) tidak membawa kepada persamaan gender (lelaki)
vii) tidak tasyabbuh (penyerupaan) dgn orang kafir atau fasiq.
viii) kecantikan wanita hanya utk suami sahaja
(Ref: Ibn Qudamah, al-Mughni wa Syarh al-Kabir, Daar al-Fikr, (6/120))

Rumusan:
rawatan jeragat kerana hajiat adalah diharuskan, manakala rawatan laser atas dorongan semata-mata kerana kecantikan dan keanggunan adalah ditegah.

sekian. WA
_________________
*Lajnah Fiqh & Penyelidikan Ilmiah AFN*

2 comments:

Anonymous said...

Howdy, I think your site might be having internet browser compatibility issues.
Whenever I look at your web site in Safari, it looks fine however when opening in IE,
it's got some overlapping issues. I simply wanted to provide you with a quick heads up! Aside from that, fantastic blog!

my web-site acoustic guitar a chord

safiah safiee said...

assalamualaikum nak tanya kalau kita laser muka kan,air solat masuk ke dok?

Post a Comment