Assalamualaikum.
1-Apakah ada sunnah mengenai cium tangan apabila bersalam atau tak lebih daripada adat orang Melayu sahaja?
2-Seorang datuk membayar zakat kepada cucunya, yang mana siibunya(tiada perkerjaan tetap)adalah janda dan bapanya(berkerja dan memberi rm250 nafkah tiap bulan kepada dua anaknya) masih hidup. Tiap-tiap bulan siatuk memberi wang RM 200 kepada siibu. Adakah mereka dibawah tanggungannya dimana mereka tidak layak menerima zakat?
3-Si suami menyuruh si isteri menhisap zakarnya. Adakah si isteri berdosa jika menolak? Adakah si suami berdosa walaupun si isteri tidak menolak?
4-Seorang menantu lelaki tidak mahu balik ke rumah mertua kerana tidak suka akan sikap mertuanya dimana tiada keselesaan, bilik air tak terurus dan berbagai lagi. Dalam pada itu si suami membenarkan si isterinya pulang dengan berkereta serta anaknya. Adakah si suami berdosa tidak pulang sedangkan dia membenarkan isteri dan anaknya sahaja pulang?
*****************
Wassalam
1. Bab mencium tangan.
Budaya yg paling masyhur dan ideal bg masyarakat Islam ialah mengucapkan salam dan berjabat salam. ini adalah amalan yg paling lumrah dalam kehidupan salaf assoleh. Namun, budaya mencium tangan itu juga thabit spt nas yg dikemukakan oleh sdr zayed. alMuhaddith Albani dalam siri Silsilahnya berpendapat, mencium tangan orang alim itu hendaklah mematuhi adab2 berikut:
a. tidak boleh mencium tangan orang alim jika dia menghulurkan dgn sombong
b. tidak terbukanya jalan ke arah mendapat tabarruk (berkah)
c. tidak menjadikan sebagai adat kebiasaan (sering dilakukan)
d. dia tidak mengingkari lebih utama berjabat salam
e. tidak boleh meletakkan tangan ke dahi
Imam Nawawi menambah:
f. tidak boleh mencium tangan seseorang kerana kekayaannya, dunianya, kekuasaannya, pangkatnya (amat makruh/makruh tahrim)- alAzkar
2. Perihal Datuk mengagihkan Zakat sendiri kepada cucu:
Pendapat yg rajih dalam hal ini ialah si Atuk tidak boleh membayar zakat kepada cucunya kerana ia ia termasuk urusan nafkah dan tanggungjawab kekeluargaan (Dr Abdul Karim Zaydan, alMufassal, fatwa Syaltut, Fatwa Kementerian Wakaf Kuwait, dan banyak lagi dalam kitab2 klasik spt alMughni (2/647), alBada'iy (2/49), Fathul Qadeer: 2./22; Radd alMukhtar: 2/146; Tafsir Ibn Katheer : 3/305
Lagipun urusan zakat di Malaysia adalah diuruskan oleh PPZ (Pusat Pungutan Zakat)
3. Perhal Oral Seks
Setakat ini perundangan hukum Civil Malaysia, masih lagi mentafsirkan seks Oral (memasukkan zakar ke dalam mulut orang lain) dan seks Anal (dubur) sebagai kelucahan melampau atau seks luar tabi'iy jika dilakukan dgn unsur paksaan). Jika seks oral ini adalah di atas kehendak isteri dan dia suka melakukannya, maka syara' tiada hukum ke atasnya (ia termasuk sesuatu yg didiamkan oleh syara') Hukum makruh itu adalah pendapat fuqaha' semasa sahaja. Fatwa di masa depan mungkin boleh berubah WA
4. Perihal karenah menantu Oh menantu..
Tambahan:
Rawatan bagi suami angkuh itu ialah surah alHujurat: ayat 11," Hai orang2 beriman, janganlah satu kaum mengolok-ngolokkan kaum yg lain, boleh jadi mereka yg diolok-olokkan lebih baik dari mereka.."
Ayat ini turun kerana:
a. Dari Ibn Abi Hatim dari Muqatil (asySyawkani, Tafsir Fathul Qadir: 5/66), mengenai sekumpulan dari Bani Tamim yg menghina dan memandang rendah kepada kemiskinan Bilal, Salman dan Ammar.
b. Nabi saw menghapuskan sifat angkuh dan bangga diri ini dengan mengahwini Zaynab bte Jahsy dgn Zaid bin Harithah (bekas hamba dan anak angkat Nabi saw) dan baginda mengahwini Fatimah bte Qais ra dgn Usama bin Zayd ra sedangkan Mu'awiyah bin Abu Sufyan masuk melamar Fatimah.(Sahih Muslim no 3527) WA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment