Jan 22, 2009

Hubungan Dilarang Keluarga

Saya sedikit musykil..perhubungan yg mengikut lunas Islam memang dibenarkan.Saya sudah berkawan dengan seorang lelaki selama lebih 4 thn dan kami ingin mengakhiri perhubungan itu dgn hubungan yg halal di sisi Islam.Walaubagaimanapun keluarga pihak lelaki tidak merestui kerana menganggap anak lelaki mereka masih muda. Lelaki tersebut berumur 25 thn manakala saya 24 thn.Kami memandang serius perkara ini memandangkan kami mengambil keputusan utk bernikah kerana takut kami akan melakukan perkara yg x sepatutnya.Apakah lelaki tersebut akan dianggap derkata jika dia melawan kehendak keluarganya? Bg pihak keluarga saya pula, ayah saya terutamanya memang mendesak kami berkahwin utk mengelakkan perkara yg x diingini berlaku.

*******************
zain-ys
Founder

Salam

Alhamdulillah, inilah jawapannya:

1. Dari segi hukum nikah kahwin, jika akad nikah itu nanti mencukupi rukun2 dan syarat2nya maka sahlah nikahnya, sekalipun pihak keluarga lelaki tidak menyetujuinya.

2. Dari sudut lain, iaitu hubungan antara lelaki berkenaan dengan ibubapanya. Dan sudah tentulah anak wajib mentaati keduanya selagi tidak dalam hal-hal menderhakai Allah Taala. Dalam kes ini, kita tidak dapat untuk menentukan atau menghukum derhaka atau tidak lelaki berkenaan. Kita hanya boleh menentukannya secara umum. Tidak boleh secara khusus selagi latarbelakang masalah tidak diketahui secara pasti dan terperinci.

Contoh 1: Memang taat kepada orang tua adalah wajib, namun jika lelaki berkenaan takut menderhakai Allah, spt zina atau takut akan sentiasa hidup dalam keadaan maksiat kepada Allah atau sbgnya, maka ketika itu mengelak menderhakai Allah dan rasulNya perlu lebih diutamakan dari yg lain2. Namun, jalan rundingan bagi mengelakkan perselisihan antara lelaki berkenaan dengan ibabapanya hendaklah dibuka seluas2nya. Boleh juga membabitkan orang ketiga yang mempunyai kelayakan dan kemampuan untuk menyelesaikan perselisihan ini.

Contoh 2: Barangkali ada faktor2 syar'i lain yang menyebabkan ibubapa menghalang perkahwinan ini. Kerana takut akidahnya rosak dsbnya.


Sekian, wallahu a'lam

Wassalam

0 comments:

Post a Comment