Assalamualaikum wbt kepada panelis2 al-ahkam..
Soalan saya, adakah larangan di dalam islam 2 beradik bernikah pada satu tahun hijrah yang sama? atau adakah terdapat keburukan2nya? atau ianya hanya kepercayaan orang2 dahulu yang tiada asas?
wslm.
************************
al-jawhar
Panel Feqh
Salam ,
Setakat pengetahuan dan pencarian kami , tidak terdapatnya larangan atau tegahan dalam Islam yang melarang untuk melangsungkan perkahwinan @ pernikahan kepada 2 beradik dalam satu tahun hijrah yang sama.
Malahan jika pernikahan tersebut dilakukan secara serentak atau pada tarikh yang sama juga adalah dibolehkan dalam Islam jika pihak keluarga kedua-dua pasangan tersebut mampu untuk melakukannya tanpa sebarang masalah.
Kemungkinan larangan ini datangnya dari kalangan orang2 dahulu kala yang sudah semestinya bersandarkan kepada sebab musabab yang tertentu...Allahu A'alam.
WA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment