Ustaz THTL telah menulis..
Quote:
A1: Menutup aurat itu menyahut perintah Allah, manakala fesyen itu dibenarkan jika masih dalam batas2 syara'iy. Menyahut perintah itu didahulukan dan fesyen itu mengekori. Pada peringkat awal sebagai galakan, fesyen dibolehkan, jika sudah masuk kefahaman dan iman, maka fesyen dan perintah Allah itu disatukan. Dalilnya: " Hai Anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian utk menutup auratmu dan pakaian indah utk fesyen. Dan pakaian taqwa itu lebih baik." AQ 7: 26 v
Saya pernah ditanyakan soalan oleh seorang hamba Allah, dia kata, buat apa tutup aurat sebab dalam Quran sudah dikatakan, pakaian taqwa itu lebih baik. Mungkin bunyi soalannya agak lekeh.. saya tak endahkan. tapi bila terbaca posting diruangan soal jawab, baru saya terfikir semula. Soalan saya, bagaimana untuk kita jawab dengan elok orang2 yg berfikiran spt ini? Ada yang menjadikan hujjah ayat diatas untuk mengatakan bahawa, tak tutup aurat tak apa, asalkan bertaqwa, kerna pakaian taqwa itu lebih baik (merujuk pada dalil diatas).
JZK :)
_________________
Salam
Kita teliti ayat itu.
يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنْزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا وَلِبَاسُ التَّقْوَى ذَلِكَ خَيْرٌ ذَلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ
“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu (libas)dan pakaian perhiasan (rish) dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).” (Surah Al-A’raaf: ayat 26)
Tafseer Ibn Katheer
يَمْتَنّ تَعَالَى عَلَى عِبَاده بِمَا جَعَلَ لَهُمْ مِنْ اللِّبَاس وَالرِّيش فَاللِّبَاس سَتْر الْعَوْرَات وَهِيَ السَّوْآت وَالرِّيَاش وَالرِّيش مَا يُتَجَمَّل بِهِ ظَاهِرًا فَالْأَوَّل مِنْ الضَّرُورِيَّات وَالرِّيش مِنْ التَّكْمِلَات وَالزِّيَادَات
------------------------------------
Allah Taala mengingatkan hambaNya bahawa Dia telah mengurniakan mereka Libas dan Rish. Libas itu merujuk kepada pakaian yang digunakan utk menutup aurat, manakala Rish itu merujuk kepada pakaian utk fesyen(kecantikan). Oleh yang demikian, Libas itu adalah dharurat (keperluan/wajib) dan rish itu hanya pakaian kamil (perhiasan utk melengkapkan libas itu).
قَالَ اِبْن جَرِير الرِّيَاش فِي كَلَام الْعَرَب الْأَثَاث وَمَا ظَهَرَ مِنْ الثِّيَاب
----------------------------
Telah berkata Ibn Jarir bahawa Ar-Rish itu merupakan hiasan dan pakaian luaran (zahir).
وَقَالَ عَبْد الرَّحْمَن بْن زَيْد بْن أَسْلَمَ وَلِبَاس التَّقْوَى يَتَّقِي اللَّه فَيُوَارِي عَوْرَته فَذَاكَ لِبَاس التَّقْوَى وَكُلّهَا مُتَقَارِبَة وَيُؤَيِّد
------------------------------
`Abdur-Rahman bin Zayd bin Aslam menafsirkan ayat وَلِبَاسُ التَّقْوَى (Al-A’raaf: 26), apabila seseorang itu takutkan Allah, Allah akan menutupkan kesalahannya. Oleh itu, Libas at-taqwa disebut dalam ayat itu.
وَقَالَ الْإِمَام أَحْمَد حَدَّثَنَا يَزِيد بْن هَارُون حَدَّثَنَا أَصْبَغ عَنْ أَبِي الْعَلَاء الشَّامِيّ قَالَ لَبِسَ أَبُو أُمَامَةَ ثَوْبًا جَدِيدًا فَلَمَّا بَلَغَ تَرْقُوَته قَالَ الْحَمْد لِلَّهِ الَّذِي كَسَانِي مَا أُوَارِي بِهِ عَوْرَتِي وَأَتَجَمَّل بِهِ فِي حَيَاتِي ثُمَّ قَالَ سَمِعْت عُمَر بْن الْخَطَّاب يَقُول قَالَ : قَالَ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ " مَنْ اِسْتَجَدَّ ثَوْبًا فَلَبِسَهُ فَقَالَ حِين يَبْلُغ تَرْقُوَته الْحَمْد لِلَّهِ الَّذِي كَسَانِي مَا أُوَارِي بِهِ عَوْرَتِي وَأَتَجَمَّل بِهِ فِي حَيَاتِي ثُمَّ عَمَدَ إِلَى الثَّوْب الْخَلِق فَتَصَدَّقَ بِهِ كَانَ فِي ذِمَّة اللَّه وَفِي جِوَار اللَّه وَفِي كَنَف اللَّه حَيًّا وَمَيِّتًا " . رَوَاهُ التِّرْمِذِيّ وَابْن وَابْن مَاجَهْ
-------------------------
Telah berkata Al-Imam Ahmad beliau meriwayatkan dari Yaziid Bin Harun meriwayatkan dari Asbagh dari Al-`Ala’ As-Syami berkata Abu Umamah pernah memakai pakaian baru, ketika pakaian itu lusuh ia berkata; “Segala puji bagi Allah Subhanahu wa Taala yang telah
memberikan pakaian ini kepadaku guna menutupi auratku dan memperindah diriku
dalam kehidupanku.” Kemudian ia berkata, aku mendengar Umar Ibn Khattab berkata : Rasulullah bersabda: "Siapa yang mendapatkan pakaian baru kemudian memakainya. Dan kemudian telah lusuh ia berkata segala puji bagi Allah Subhanahu wa Taala yang telah memberikan pakaian ini kepadaku guna menutupi auratku dan memperindah diriku dalam kehidupanku dan mengambil pakaian yang lusuh dan menyedekahkannya, dia berada dalam pengawasan dan lindungan dan hijab Allah Subhanahu wa Taala, hidup dan matinya.”
(Hadith Riwayat Ahmad, Tirmidzi dan Ibn Majah)
Tarjeeh:
Oleh itu pakaian taqwa ini adalah menyematkan dalam hati takut akan kepada Allah dgn memakai libas dan rish. Dan bukannya pakaian taqwa itu semata2 tanpa ada pakaian luaran. Dan adalah tempang/cacat hanya memakai pakaian menutup aurat serta hiasan tetapi tiada perasaan taqwa di dlm hati mereka.
Wassalam
Rujukan:
Tafseer Ibn Katheer
_________________
Wassalam
Tas-hih
JKK pada Ust Z yg menjawab bagi pihak saya.
Jawapan mantiq:
a. Baiklah, Jika anda sudah ada pakaian taqwa, kenapa pula orang bertaqwa tidak mahu patuh pada arahan Allah supaya menutup aurat, misalnya AQ 24:31. Amat anih orang yg ada pakaian TAQWA tapi ingkar pada perintah Allah!
b. Tak payahlah kita solat 5 waktu sehari semalam, sebab do'a pun solat juga. Cukup dgn berdo'a aje.
c. Tak payah makanminum, memadai ambil bau aje.
Islam ini gabungan antara fiqh zahir dan fiqh batin. WA
0 comments:
Post a Comment