Dec 22, 2008

Kedudukkan Dalam Iddah

Assalamu'alaikum ahli panel,

Di sini ingin diajukan lagi masalah berkenaan wanita di dalam iddah.

1. Apakah hukumnya jika perempuan di dalam iddah, disentuh oleh suaminya spt dicium, dipeluk, dipegang tetapi tidaklah sampai membawa kepada persetubuhan. Namun akibat dari perbuatan itu, telah menimbulkan nafsu kepada keduanya? Adakah dibolehkan bersalam dgn suaminya ketika masih di dalam iddah.

2. Bagaimana cara terbaik untuk berhadapan dgn suami ketika di dalam iddah, sedangkan masih belum ada tanda2 dari suami utk mengucapkan lafaz rujuk meskipun dua2 masih sayang menyayangi antara satu sama lain.

3. Setiapkali hendak keluar rumah, perlukan minta izin suaminya?.. begitu juga jika hendak menerima tetamu, adakah masih diwajibkan meminta izin dari suaminya?

Harap dapat membantu.

Jwb:

1. Ini macam tak menjalani kursus perkahwinan aje. Iddah tu tempoh berfikir dan bertenang. Jika dah menyesal dan ingin berbaik kembali (talak raj'iy), pergilah daftar semula di pendaftar nikah dan boleh menjadi suami-isteri yg sah semula.

2. suami-isteri tidak boleh bersama dlm iddah sebelum rujuk, cara terbaik ialah bertenang, reflect dan membuat muhasabah

3. Kena minta izin kerana hubungan suami-isteri itu belum resmi lagi putusnya. bahkan suami masih memberinya nafkah dan tempat tinggal. WaLlahu a'alam

1 comments:

Anonymous said...

minta ustaz menjawab soalan yang diajukan (soalan pertama). Apakah hukum suami isteri yang bercerai itu melakukan perkara-perkara seperti ditanya?

Post a Comment