Dec 22, 2008

Nama Islam Terbaik Bagi Anak Perempuan

Salam

Sebaik-baik nama bagi lelaki ialah AbduLlah dan Abdul Rahman. Bagaimana pula sebaik-baik nama bagi perempuan?
Wassalam

Wassalam

Jawab:

Hadis umum yg terpakai untuk semua bayi (baik lelaki atau perempuan) ialah hadis riwayat Ahmad dan Asyhab arba'ah (Abu Daud, Nasa'iy, Termidzi dan Ibn Majah) dari Ibn Abbas," ..di antara hak anak terhadap si ayah ialah mengajarkannya adab yg baik dan memberi nama yg baik." (Subulus Salam 4/98)
Saya tidak dapat mengesan hadis2 mengenai nama2 terbaik untuk bayi perempuan, tapi ada dua tiga hadis Nabi saw biasa menukar nama bayi perempuan kepada nama yg lebih baik. Imam Muslim, Termidzi, Ibn Majah, Abu Daud (Adab, 2/585) dari Ibn Umar ra, bahawa Nabi saw menukar nama anak Ibn Umar yg bernama 'Asyiyah kepada Jamilah.
Pendapat saya kemungkinan sahabat tidak bertanya kpd Nabi atau budaya Arab di masa itu bila mendapat anak perempuan tidak sama kegembiraannya berbanding mendapat anak lelaki. WA

0 comments:

Post a Comment