apakah hukumnya melakukan hubungan seks sewaktu isteri masih mengandung?
***************
Wa'alaikumussalam
Tidak ada larangan untuk mengadakan hubungan seks dengan isteri semasa dia sedang hamil, sesungguhnya Allah swt membenarkan suami menikmati isterinya didalam keadaan apa sekali pun. Disana terdapat firman Allah yang menyebut :-
نِسَاؤُكُمْ حَرْثٌ لَكُمْ فَأْتُوا حَرْثَكُمْ أَنَّى شِئْتُمْ
Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai - [Al-Baqarah:223]
Apa yang menjadi larangan (haram) ialah mendatangi isteri dari arah dubur (الوطء في الدبر) dan mendatangi semasa beliau didalam keadaan haid (فترة الحيض).
Kemungkinan juga terdapat juga isteri-isteri yang menghadapi penyakit yang pelbagai semasa mengandung, dimasa ini Islam tidak membenarkan si suami melakukan persetubuhan dengan isterinya. Menurut pakar dari Ensaiklopedia Fiqh Kuwait, Dr Ahmad Haji Al-Kurdi :
فلا مانع من أن يجامع الزوج زوجته وهي حامل في أي أيام الحمل كان، بشرط أن لا يضرها ذلك، فإن ثبت أن الجماع يضرها فعليه أن يمتنع عنه دفعا للضرر عنها، للحديث الشريف (لاضرر ولا ضرار)..
"Maka tidak dilarang dari menyetubuhi isteri semasa dia hamil, diwaktu mana-mana hari kehamilannya, dengan syarat ia tidak memudharatkannya, jika didapati bahawa persetubuhan boleh memudharatkan maka hendaklah ia menjauhinya agar dapat menghindari memudharatkannya, kerana Nabi bersabda didalam hadith :'tidak ada kemudharatan dan tidak boleh memudharatkan'".
Kesimpulannyn melakukan persetubuhan dengan isteri semasa beliau sedang hamil tidak dilarang, asalkan tidak mendatanginya semasa haid atau dari mendatanginya arah dubur. Akan tetapi jika persetubuhan tersebut mendatangkan kemudharatan kepada kehamilannya, maka hendak persetubuhan dielakkan. wallahu 'alam.
-wassalam-
======================
Rujukan :
1. Dr Ahmad Haji Al-Kurdi. جماع الزوجة الحامل. url : http://islamic-fatwa.net/viewtopic.php?TopicID=3615#7395
________________
خيرالأمينSalam
Diharuskan menyetubuhi isteri ketika dia sedang hamil. Tapi make sure tidak mencederakan isteri.
FirmanNya:
“…bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik…” (Surah An-Nisaa’: ayat 19)
Dari segi Ilmu kedoktoran, there’s no harm to have sexual intercourse while pregnant to either baby or wife.
Garis panduan yg diletakkan dalam Islam dlm perihal hubungan sex suami isteri
1. Jgn setubuh isteri waktu haid
“…Hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu kotor (haid atau nifas)…” (Surah al-Baqarah: ayat 222)
2. Jgn setubuhi isteri pada duburnya (liwat)
'Ali bin Abi Thalhah berkata dari Ibnu Abbas berkenaan dengan firman Allah Swt:
“Datangilah wanita dari sisi yang telah diperintahkan Allah kepada kalian…”(Surah al-Baqarah : ayat 222).
Ibnu `Abbas berkata, faraj. Dan janganlah kalian melampaui batasannya, maka barang siapa melakukan di luar had ini, sesungguh dia telah melampaui batasan. Mujahid R.A berkata (berkenaan dengan firman Allah S.W.T), "Datangilah wanita dari sisi yang telah diperintahkan Allah kepada kalian. ", yakni faraj.
Imam Ahmad mengeluarkan juga sebuah hadis dari Abi Mu'awiyyah, Imam Ahmad berkata, "Telah meriwayatkan kepada kami Abdurrazaq, telah mengkhabarkan kepada kami Ma'mar, dari Suhail bin Abi Shalih, dari Harits, dari Makhlad, dari Abu Hurairah, dari Rasulullah S.A.W.: “Sesungguhnya orang yang mendatangi isterinya pada duburnya, tidak akan dilihat oleh Allah S.W.T”
Selain dari di atas dibolehkan datanglah kot mana pun spt yg difirmankan Allah:
“…bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik…” (Surah An-Nisaa’: ayat 19)
“Apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu.” (SUrah al-Baqarah : Ayat 222)
“Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai” (Surah al-baqarah: ayat 223)
P/s: Ustaz Kamin, sorry. :D
6 comments:
Alhamdulillah pencerahan yang amat baik bagi para suami... :-)
Alhamdulillah pjelasan yg amat baik serta mudah d fhami
Alhamdulillah pjelasan yg amat baik serta mudah d fhami
Alhamdulillah. Terima kasih atas pencerahan
doggystyle tapi masuk lubang faraj x pa ke?
Post a Comment