Dec 22, 2008

Sambung Pasal Iddah

Assalamu'alaikum,

Ustaz THTL, adakah pendapat Ustaz yg mengatakan suami isteri tidak boleh bersama dalam iddah itu bermaksud tidak boleh bersama (tidur sekali) atau tidak boleh tinggal serumah?

Baru-baru ini TG Nik Abdul Aziz (TGNA) ada menyentuh hal ini. Beliau menyarankan masyarakat perlu mengubah tradisi/adat yg mana setiap kali berlaku talak/penceraian dlm r/tangga, si suami akan menghantar isteri balik ke rumah mertuanya.

Ini tidak betul menurut TGNA. Sepatutnya tinggal sekali di dlm rumah krn si suami wajib menanggung segala keperluannya (makan, minum dsb). Cuma apabila tidur sahaja mesti berasingan.

Dengan itu juga apabila si isteri tinggal di rumah yg sama, ia akan menggalakkan si suami utk kembali merujuq kepada bekas isterinya itu. Ini kerana apabila tinggal sebumbung, tetapi tidak dpt bersama ianya akan menghasilkan satu perasaan dlm diri si suami supaya cepat-cepat merujuq pd bekas isterinya. Berbanding jika dihantar ke rumah mertua, ianya akan menimbulkan masalah lebih besar kelak.

Begitulah maksud yg dikatakan oleh TGNA di dalam kuliahnya menurut pemahaman ana yg sedikit ini.

Untuk kuliah lengkap berkenaan hal ini, ana boleh berikan file nya dlm real player format, insha-allah!

Allahu'alam.


yang kita maksudkan ialah tidak boleh tidur bersama. Mengenai saranan TGNA itu menepati seksen 71, Akta Undang2 Keluarga Islam, 1994 (WP): "seseorang perempuan yg diceraikan berhak tinggal di rumah di mana dia biasa tinggal semasa dia berkahwin selagi suami tidak mendapatkan tempat tinggal yg sesuai untuk isteri."

Adapun amalan isteri yg diceraikan itu mengikut uruf Melayu, pulang kerumah orang tuanya adalah adat kebiasaan saja kerana perceraian di kalangan pasangan Melayu selalunya dalam keadaan permusuhan yg besar. Orang Melayu juga mudah campurtangan dalam urusan yg melibatkan kekeluargaannya dan tujuan mereka membawa kembali anak perempuan mereka adalah dalam rangka melindunginya (kemungkinan si suami itu dari jenis yg abusive/ganas) WaLlahu a'alam

0 comments:

Post a Comment