Salam
Saya ingin bertanya, apakah hukum seorang perempuan yang berkahwin tanpa izin walinya..kalau boleh, nyatakan nama2 kitab yang boleh saya jadikan rujukan..syukran lakum.. Wassalam
****************
Salam
Terdapat khilaf dalam perkara ini. Namun jumhur ulama' termasuk syafi'iyyah mengatakan bahawa wali itu termasuk salah satu dari rukun nikah. Manakala ulama' hanafiyyah mengataka wali bukan rukun. Rukun nikah mereka hanya 3 iaitu ijab, qabul dan perpautan antara keduanya.
Terdapat byk hadis yg menunjukkan wajibnya wali. Salah satu drpdnya:
Abu Musa Al-Asyari ra menerangkan, "Nabi saw bersabda, "Tidak ada nikah melainkan dgn wali.""[HR Ahmad, Abu Daud at-Turmudzi dan Ibn Majah]
Ulama' hanafiyyah pula berpendapat bhw hadits2 yg menerangkan wali menjadi syarat dalam perkahwinan hanyalah mungkin krn pihak wanita belum sempurna persyaratannya spt masih kecil atau gila.
Saya ringkaskan khilaf ini[TM Hasbi dalam Hukum2 Fiqh Islam]:
1) Asy-syafi'i dan Hanbal: tidak sah nikah tanpa wali
2) Abu Hanifah: Perempuan yg boleh mentasarrufkan hartanya boleh menikahkan dirinya sendiri. Tidak boleh wali menyanggahnya melainkan lelaki yg dinikahi itu tidak sekufu.
3) Imam Malik: Kalau perempua tesebut berbangsa dan cantik, gemar org memperisterikannya, tidak sah nikah tanpa wali. Kalau sebaliknya, nikah itu sah.
4) Daud: Perempuan perawan tidak sah nikahnya tanpa wali. Kalau tidak perawan nikahnya sah tanpa wali.
5) Abu Yusuf dan Abu Tsaur: Nikah yg tidak dihadiri wali itu sah selagi telah mendapat keizinan daripada wali. Jika wali tidak diizinkan, perempuan itu boleh mendapatkan wali hakim.
Sheikh Abu Bakr Jabir al-Jaza'iry dalam kibtanya minhaj al-muslim berpendpaat bahawa wali itu salah satu dari rukun nikah. Sheikh Abu Bakr membuat perincian megenai wali ini dg mengatakan bahawa sekiranya anak perempuan yg akan dinikahkan itu masih dara dan masih mempunyai wali yg sah, wali tersebut mesti mendapatkan keizinan dara tersebut. Jika perempuan tersebut seorang janda maka berdasarkan hadis sahih yg dirwayatkan oleh Imam Malik yg bermaksud,
Rasulullah saw bersabda,"Seorang janda lebih berhak ke atas dirinya daripada walinya, sedangkan seorang dara dimintai kesediaannya utk dirinya dan izinnya adalah diam."
Ibnu Qayyim mengatakan dalam kitabnya I'lamul Muwaqi'in bahawa seorang dara mesti diminta keizinannya terlebih dahulu berdasarkan sebuah hadis yg mana Nabi saw membebaskan seorang anak yg telah dikahwinkan tanpa kerelaan hatinya.
Sheikh Atiyyah Saqr dalam Seen Wa Jeem Lil-Mar'atil Muslimah mengatakan perkahwinan tanpa wali adalah terbatal. Dan sekiranya berlaku persetubuhan maka ia dianggap berzina berdasarkan hadis berikut:
Rasulullah saw bersabda, "Janganlah perempuan itu berkahwin atau dikahwinkan oleh perempuan dan janganlah dia mengahwinkan dirinya sendiri, perempuan yg berzina itu ialah yg mengahwinkan dirinya sendiri."
Sekian. WA.
Wassalam
Rujukan
Himpunan Isu2 Feqah Terpilih
Ustaz Basri Ibrahim
Koleksi Hadis2 Hukum 8
TM HAsbi
al-Halal wal haram fil islam
Dr Yusuf al-Qaradhawi
Fatawa Islamiyyah
Volume 5
al-Jami' li al-Fatawa
Sheikh Mutawalli asy-Sya'rawi
Fiqhus sunnah 8
Sayyid Sabiq
_________________
Sheikh thtl
Wassalam
Tas-hih/Tahqeeq
Jawapan Ust G adalah baik sekali.
Senarai rujukan lain yg kami syorkan:
1. Dr Basri Ibrahim, Pemantapan Sistem Kekeluargaan, 1997: darul Nu'man
2. Dr Prof Ust Wahbah Zuhaili, Fiqh Islami, Jld 7, terjemahan DBP
3. Senarai rujukan yg disenaraikan oleh Ust Gayat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
assalamualaikum..
sy ingin berkahwin (no.2) tanpa pengetahuan isteri serta bakal isteri dan bakal isteri mengajak sy utk bernikah di majlis agama islam songkla dlm masa terdekat ats alasan utk mengelakkan dosa maksiat. tapi bakal isteri mahu perkahwinan ini dirahsiakn buat sementara dari keluarga serta pengetahuan wali dan merancang utk berkahwin mengikut adab melayu selepas setahun. isteri tinggal berlainan negeri dgn wali (ayah) sejak kecil dan jarak tempat perkahwinan kami dgn tempat tinggal wali melebihi 100km. adakah sah perkahwinan kami ? minta dihuraikan kemusykilan ini secepat mungkin..
Post a Comment