Postby al-baihaqi »
:salam WBT
seperti tajuk tertera, saya ingin bertanyakan mengenai isteri saya.
ketika dia sudah menghadapi sakit ketik bersalin, badan mengeluarkan darah dan air ketuban?
soalan satu, adakah darah itu dikira sebagai darah wiladah?
soalan dua, adakah dia perlu mengqada' solat yang ditinggalkan(*) selepas keluarnya darah itu?
(*)pada waktu itu dia tidak solat kerana terlampau sakit.
mohon pencerahan ahli panel al-ahkam.
wassalam.
*************************************
Postby kamin »
Wa’alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, inSyaAllah.
Menurut kitab Kashshaaf al-Qinaa’ (1/219) bahawa jika dia melihat darah keluar 3 hari atau kurang sebelum anak dilahirkan, diikuti dengan tanda sakit, maka ini adalah nifas, seperti darah yang keluar semasa kelahiran bayi.
Jika air sahaja yang keluar dan bukan darah, maka itu bukannya nifas.
Hukum wanita didalam nifas adalah sama dengan wanita didalam haid tanpa khilaf. Menurut Mazhab Syafie 'Apa yang diharamkan semasa nifas adalah diharamkan didalam haid'. Bagi Mazhab Maiki pula 'larangan didalam nifas semuanya dilarang didalam haid'. [al-Mufasal, 1/169]. WA.
Sekian, wassalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment