Jan 25, 2009

Nasihat - Isteri Tegur Suami

Salam

1) adakah salah atau tidak patut seorang isteri menegur sisuami, sekiranya sisuami selalu melewatkan waktu sembahyang? Cara teguran ialah sepert: "Abg. waktu dah masuk nie,..cepatlah solat" dsbnya :confused:

2) apakah sisuami bersalah sekiranya, selalu memaki-hamun isteri?
Dalam hal ini, apa yang perlu dilakukan oleh isteri secara yang terbaik, supaya suami berubah dan sedar? :ooo:

3) selain memaki-hamun, sekiranya sisuami berlaku kasar pada seorang isteri, (sepak / terajang), apa jalan terbaik selain berdoa untuk menasihati suami? :ooo:

(soalan-soalan yang dikemukakan tadi, hanya melibatkan isteri dan suami tanpa campurtangan sebarang pihak lain).

Wassalam
_________________
zain-ys
Founder
Alhamdulillah, inilah jawapannya:

Masalah 1) adakah salah atau tidak patut seorang isteri menegur sisuami, sekiranya sisuami selalu melewatkan waktu sembahyang? Cara teguran ialah sepert: "Abg. waktu dah masuk nie,..cepatlah solat" dsbnya

Jawab: Tidak salah sebagai menunaikan tanggungjawab amar makruf nahi munkar.

Sabda Rasulullah s.a.w.:
Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran , maka hendaklah dicegah dengan tangannya (kuasanya) , maka jika dia tidak berupaya , hendaklah dengan lidahnya dan jika dia masih tidak berupaya dengan lisan , maka hendaklah dengan hatinya , kerana itu adalah selemah-lemah iman.
(HR diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasaie dan Ibnu Majah rh - Sahih )

Masalah 2) apakah sisuami bersalah sekiranya, selalu memaki-hamun isteri?

Jawab:
Islam tidak membenarkan samasekali atas alasan sekalipun perlakuan suami memaki hamun isteri.
Sila rujuk: http://al-ahkam.net/forum2/viewtopic.php?p=34235

Masalah 3) selain memaki-hamun, sekiranya sisuami berlaku kasar pada seorang isteri, (sepak / terajang), apa jalan terbaik selain berdoa untuk menasihati suami?

Jawab: Buat aduan kepada jabatan agama/Pegawai Tadbir Agama (PTA/kadhi)

Wallahu A'lam. Semoga bermanfaat.
Wassalam

zain y.s

0 comments:

Post a Comment