Dec 22, 2008

Perkahwinan Di Rancang

Salam

yg mulia ustaz,

ibu bapa saya telah bercadang untuk mengahwikan saya dengan sepupu saya yang telah saya kenali sejak kecil lagi... persoalannya... apakah yang perlu saya lakukan? sama ada hendak menolak atau menerima? sebab kami memang telah berkawan sejak kecil dan diapun ada memiliki ciri-ciri wanita solehah yang saya inginkan sebagai teman hidup... apakah pula hukum perkahwinan ini yang mana perkahwinan di antara sepupu sebelah ibu saya (agak jauh pertaliannya) ? adakah ianya ada menyumbang kepada ketidak stabilan zuriat yang akan datang? apakah juga pandangan Islam adakah cinta & perasaan itu boleh diluahkan dalam keadaan sedikit keterpaksaan??? sekian...

Wassalam

Wassalam

Jawab:

Terdapat hadis dari Ihya' Ulumiddin (karya agung alGhazali rh), berbunyi," Pilihlah yg jauh, jangan pilih kerabat yg dekat."

(alhafeedz alIraqi dalam tahqeeq kitab Ihya' berkata hadis ini sebenarnya Athar yg berasal dari Umar alKhattab ra).

Imam Rafi'iy dari madzhab Syafi'iy (Mughny Muhtaj, 3/126) menukilkan hadis," jangan kahwin dgn kerabat yg dekat, sesungguhnya anak yg lahir akan lemah badan dan akal."
antara fuqaha terkini yg mendokong pendapat ini ialah Dr (almarhum) Nasih Ulwan, UAE, Tarbiyatul Awlad; Dr Wahbah azZuhaili, Fiqh Islami, Jld 7 yg menyebut ia masyhur dan disebut dalam pepatah Arab akan keburukan kahwin keluarga yg dekat.
Manakala ahli perubatan, antaranya Dr Umar Hussin (pakar sakit puan) dari Hospital Sulaiman Faqih (Jiddah); Dr Zuhair Marzuki dari Fakulti Perubatan, Universiti Malik Abd Aziz Jeddah mengesahkan kebenaran bahawa perkahwinan dgn keluarga dekat membawa kebaikan dan keburukan. kebaikan kerana sudah lama mengenali dan diketahui hatibudi, keburukannya pula kerana masalah menurunya defek genetik dan penyakit dari keturunan.

Begitulah kedudukan dari sudut madzhab Syafi'iy: tidak digalakkan bahkan ada yg mengatakan makruh Ima Rafi'iy). Juga pendapat ulama' terkini (Dr Wahbah) dan pendapat Doktor perubatan sakit puan sendiri. Bawalah berbincang lagi. Wmbn pun perkahwinan di kalangan kerabat ini berlaku juga di dalam sunnah, misalnya antara Ali ra dan Fatimah azZahra' sedangkan mereka sepupu; juga antara Nabi saw dan Zaynab bte Jahsy ra juga sepupu. WA

0 comments:

Post a Comment