Jan 27, 2009

Menikah Ketika Hamil

Salam

Saya ingin tahu apakah hukum / adakah dibenarkan dalam islam menikahi wanita yang sedang hamil. Jikalau bayi yang dikandung itu lahir,apakah boleh ia di bin atau bintikan dgn nama bapa itu? Berapa bulankah usia kandungan itu baru dilarang di binkan dengan nama bapa itu.

Untuk makluman tuan, soalan ini adalah dalam konteks keterlanjuran pasangan yang belum bernikah, secara mudahnya melakukan zina sehingga mengandung anak luar nikah, lalu setelah mengandung pasangan ini bernikah.
Sekian terima kasih

*******************
thtl

Wassalam

alJawab:

Ayat dalil dlm masalah kahwin selepas terlanjur ini tidak ada secara khusus, begitu juga dalam sunnah, kerana terlanjur dan hamil ini boleh dikatakan tidak ada di zaman terbaik Islam.

Ayat umum yang menjadi perbahasan fuqahaa' ialah:

"Dan perempuan2 hamil, iddah mereka ialah sesudah melahirkan" AQT atTalaq: 04

Madzhab Hanbali dan Malik amat tegas sekali, yakni tidak boleh dinikahkan perempuan hamil sehingga menunggu ia selamat melahirkan anak kerana mematuhi ayat ini.

Madzhab Hanafi pulak, boleh nikah dengan syarat jangan ada hubungan seks. Hubungan seks hanya dibolehkan selepas isterinya selamat melahirkan anak.
Mazhab Syafi'iy pulak membolehkan nikah dan juga hubungan seks seperti pasangan yg sah bernikah. Ini adalah madzhab paling longgar dalam isu terlanjur, hamil dan bernikah. [Majmu' Fataawa lil Syaikhul Islam Jilid 32]

Jadi oleh kerana Malaysia menerimapakai madzhab Syafi'iy dalam amalan harian mereka, maka begitulah pendapat madzhab ini. Namun pendapat Imam Ibn Taymiyah ialah pendapat Hanabilah dan Malikiah, tidak boleh diadakan pernikahan atas nama apa yg kita namakan sekarang 'perkahwinan menutup aib keluarga'. Pendapat inilah yang lebih benar terutama jika pihak lelaki tidak redha dgn pernikahan paksa tersebut.

Mengenai isu bin dan bintikan anak, dalam fiqh Syafi'iy dibolehkan kerana mereka membenarkan perkahwinan dan persetubuhan spt pasangan normal yg lain. Anak itu boleh dinasabkan kepada si ayahnya bila ia lahir dalam tempoh 6 bulan perkahwinan. jika kurang dari 6 bulan, maka tidak boleh dinasabkan. Cth: jika mereka berkahwin, selepas 4 bulan, berlakulah kelahiran, maka anak itu tidak diboleh dinasabkan kepada si ayah. sekian

2 comments:

Anonymous said...

ustad.. jika bernikah lepas kandungan 2 bulan.. apakah status anak tersebut.. adakah anak tersebut layak menerima nafkah ayah.. menuntut harta ayah? jika berlaku penceraian antara ibu dan ayah..

Anonymous said...

Salam.,izinkan saya bertanya,jika bernikah dlm kandungan 3 bulan,Apakah kelahiran tersebut boleh di binkan nama bapanya kerana zuriat itu dari benihnya sendiri.?sekian t.kasih.

Post a Comment