Jan 21, 2009

Dosa Tabarruj

Salam
Q1. Sebesar manakah dosa seseorang yang sentiasa mendedahkan auratnya ketika keluar dari rumah? Bolehkah berikan bandingan dengan dosa-dosa lain?

******************
Wassalam

Tas-hih/Tahqeeq dgn Tambahan

Soalan 1:

azZahabi dalam alKabair/131, perbuatan mendedahkan aurat dan bertabarruj termasuk perbuatan yg dilaknat dan membawa ke neraka

dalilnya: HR alBukhari-Muslim dari Imran bin Husain, “saya pernak menjenguk ke Neraka, dan ternyata kebanyakan penghuninya adalah wanita.”
Ia (mendedah aurat dan berhias) termasuk perbuatan wanita jahiliyah kerana sifat tabarruj (HR Ahmad dari Abdullah bin Amr, statusnya hasan menurut alMuhaddith alAlbani.

HR Muslim ((8:155) “wanita yg berpakaian tapi telanjang, yg melenggang-lenggok dan memiringkan kepala spt bonggol unta, di mana mereka tidak akan masuk syurga bahkan tidak bisa mencium baunya…” (Albani, alSahihah # 1326)
Imam Syuyuti (Tanweer alHawaalik(3/103) meriwayatkan hadis dari Ibn Abdil Barr,”mereka itu berpakaian tapi telanjang, mereka tidak akan masuk syurga dan juga tidak akan mencium bau syurga.”

Menutup aurat ini ada kaitan dgn iman. Dalilnya,” malu dan iman itu berkaitan, manakala salah satunya hilang, maka hilanglah pulak yg lagi satu.” HR alHakim, Abu Nu’aim, disahihkan oleh alHakim dan disepakati oleh azZahabi.

Oleh kerana wanita ini dipimpin, maka urusan didikan dan penguatkuasaan diserahkan kepada walinya. HR Mutaffaq ‘alaih ,” seorang suami adalah pemimpin dlm keluarganya dan diminta pertanggungjawaban perihal keluarganya diAkhirat kelak.” Ghayatul Maram # 269, alHaithami dlm azZawajir (1:216)

0 comments:

Post a Comment