Nov 21, 2009

Nikah Tanpa Wali

Salam

di sini saya ada beberapa persoalan:

1)bolehkah berkahwin tanpa diberitahu terlebih dahulu kepada wali bagi pengantin wanita?

2)terdapat pelajar yang berkahwin tanpa pengetahuan wali mereka,dan perkahwinan mereka dirahsiakan hingga ke suatu masa.adakah sah perkahwinan mereka?

3)sekiranya wali masih hidup,dan kedua ibu bapa bagi pengantin lelaki dan wanita tidak membenarkan berkahwin kerana usia yang masih muda,adakah mereka masih boleh berkahwin dan bagaimana caranya?

soalan ini ditujukan tanpa dikhaskan kepada sesiapa.. Yellow Very Happy

terima kasih.



*************************
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله أما بعد :

Ketiga-tiga soalan adalah merujuk kepada permasalahan nikah tanpa wali.

Jumhur ulama berpendapat : Tidak sah akad nikah tanpa wali. Ini ialah pandangan yang dinukilkan daripada Ali, Umar, Ibn Abbas, Ibn Umar, Ibn Mas’ud, Abu Hurairah, Aishah, al-Hasan al-Basri, Ibn al-Musayyab, Ibn Shubrumah, Ibn Abi Laila, al-Atarah, Imam Ahmad, Shafie dan lain-lain. [RUJUK al-Majmuk : 16/149].

Dalilnya jelas sabda Nabi s.a.w :
لا نكاح إلا بولي
Maksudnya : “Tiada nikah (tidak sah) kecuali dengan wali” [HR Abu Dawud 1785, 5/478]

Wallahualam

al-ahkam

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,

saya terfikir situasi yang tidak pernah saya ketahui penjelasannya..

1)wali nasab bagi seorang gadis ialah bapa kandung. setelah kematian bapa, ia akan bertukar kepada abang atau adik lelaki kandungnya...
bagaimana bagi seorang gadis yang kematian bapa mahu bernikah, tetapi telah berlaku sumbang mahram dengan saudara lelakinya itu samada rela @ dirogol?
adakah nikahnya sah berwalikan saudara kandungnya? atau perlu wali hakim?
mohon penjelasan..

Anonymous said...

Tidak sah nikah tanpa wali, itu dalam keadaan biasa! Bagaimana dlm keadaan dhoruroh - misalnya di sebuah pulau yang terpecil terdapat dua insan sahaja, seorang lelaki dan seorang perempuan dan mereka tidak dapat menahan gejolak seks? Apakah tidak ada jalan keluar kepada masalah ini? Mohon jawapan dari ustaz.

Post a Comment