Salam
1) sebelum ini saya pernah melafazkan lafaz taklik kepada isteri saya dengan mengatakan`jatuh talak 1 kalau awak masih menjalinkan hubungan dengan si polan sama ada dgn pengetahuan abg atau tanpa pengetahuan abg'. Kemudian dia mengaku yg lelaki terbabit masih menghubunginya..saya terangkan padanya talak yg telah saya lafazkan telah jatuh dan dia menangis dan merayu memohon ampun pada saya..persoalannya bolehkan lafaz taklik tersebut saya tarik balik?
2)Bagaimanakah caranya untuk menarik balik lafaz taklik tersebut?
3)Cukupkah dengan cara mengatakan `baiklah abg rujuk balik dengan awak' bermakna saya dan isteri saya sudah sah kembali sebagai suami dan isteri?
saya harap ustaz dapat membantu saya dengan secepat yg mungkin...
wassalammm....
*******************
Wassalam
Tahqeeqan.
JKK pada Ust Z kita yg begitu aktif membantu SJ Fiqh di Ahkam.
Sebelum anda mengikuti nasihat Ust Zayed utk pergi ke pejabat Pendaftar Nikah-cerai-rujuk, kami ingin pastikan sekali lagi.
Pertama:
Lafaz Taklik ini ada pendapat yg sama kuat: pendapat Jumhur dan Pendapat Minoriti.
Katakan setelah anda meneliti pendapat minorti dan yakin dgnnnya, maka lafaz Ta'liq itu NULL & VOID.
Jika anda masih menerimapakai pendapat Syafi'iyah, talaq belum gugur kerana terdapat kekeliruan.
Kita lihat di manakah kekeliruan itu:
"Kemudian dia mengaku yg lelaki terbabit masih menghubunginya"
Kemudian kita bandingkan dgn statement lafaz ta'liq anda:
"`jatuh talak 1 kalau awak masih menjalinkan hubungan dengan si polan sama ada dgn pengetahuan abg atau tanpa pengetahuan abg'."
Apa yg sebenarnya berlaku ialah BUKAN isteri anda yg meneruskan hubungan, tapi lelaki itulah yg menghubungi isteri anda.
Jika anda pasti isteri anda juga menghubungi lelaki itu, dan anda mengikuti HUKUM JUMHUR, maka kami sarankan ikutilah saranan Ust Zayed. Anda dalam masalah yg BESAR. Anda boleh didenda kerana berlaku perceraian di luar mahkamah. WA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Salam,
Situasi saya pula agak berbeza sedikit. Saya bertengker dengan isteri pada malam semalam. Oleh kerana pertengkaran semakin teruk, isteri saya berkata ingin keluar dari rumah, lalu saya dengan marah lalu berkata, "Jika awak keluar dari rumah ini, saya ceraikan awak".
Memandangkan isteri saya perlu juga keluar untuk bekerja pada hari esoknya, timbul kesangsian dalam diri saya samada jatuh talak atau tidak memandangkan kenyataan cerai taklik saya di atas tidak disertai dengan masa/waktu dalam pertimbangan talak itu. Soalan saya:
1) Adakah sah talak saya itu walaupun niat saya talak akan jatuh jika isteri keluar pada waktu malam itu sahaja dan tidak berniat talak jika isteri keluar pada hari esok untuk bekerja.
2) Apa proses rujuk yang perlu saya ikuti jika talak taklik itu didapati sah walaupun isteri saya keluar pada hari esoknya untuk bekerja dimana luar dari niat talak taklik saya pada malam itu?
Mohon jawaban segera. Terima kasih.
Post a Comment