Dec 22, 2008

Hubungan Ajnabi Lelaki Perempuan

a'kum ustaz, ini merupakan lanjutan dari soalan sdr Aswad SJ-2239: [G] Hubungan Ajnabi lelaki dan perempuan. Saya terpaksa post baru sebab tak leh nak reply kat tajuk yg sama (x de permission). Soalan saya ialah saya menghadapi masalah ini (sudah seminggu) di mana saya terpaksa membawa sepupu isteri saya ke tempat kerja dari Kepong ke Shah Alam. Ini kerana sepupu isteri saya bekerja di tempat yg sama (lain bahagian). Saya berada dalam dilema ini kerana pernah mendengar seorang ustaz menghuraikan satu kaedah fiqh "saddu zarai'". Walaupun dia duduk di bahagian belakang (kereta) saya tetap rasa tak sedap hati.Saya juga khuatir fitnah akan berlaku.sekian...wassalam. :confused:


Wassalam

Benar sekali huaraian kaedah "Sadd adzZara'iy" itu. Hati anda juga adalah hakim. Perasaan tidak sedap hati itu menandakan ia boleh membawa mudharat. Maka berterusan dalam keadaan itu hendaklah dihapuskan. Caranya jadikan ia bertiga, atau berempat, dgn car-pooling system, maknanya anda kena mencari seorang lagi, baik lelaki atau perempuan yg menetap di Kepong. Segera carikan penyelesaian, antara jalan lain ialah mencarikan room to let bagi sepupu anda di Shah Alam.
WA

0 comments:

Post a Comment