Dec 22, 2008

Taubat Kerana Dosa Menggugurkan Kandungan

Assalamu'alaikum, Ustaz

Lanjutan dari soalan sebelum ini, saya ingin bertanya lagi berkenaan dengan kedudukan anak yang digugurkan itu.

1. Adakah anak itu akan mendakwa ibunya di akhirat nanti?

2. Apakah amalan yang sebaik2nya sepatutnya dilakukan oleh ibu itu untuk mendoakan anak yang telah digugurkan. Adakah sama seperti mendoakan dan bersedekah pahala membaca Al-Quran kepada orang yang telah meninggal dunia? Atau adakah cara lain?

Harap dapat ustaz perjelaskan dengan terperinci.

Sekian, terima kasih.

Assalamu'alaikum....


وعليكم السلام و رحمة الله وبركاتهم
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))

***********************

Alhamdulillah, berdasarkan butiran-butiran berikut adalah merupakan jawapan-jawapan bagi setiap soalan yang diajukan menurut pengetahuan kami yang sedikit , yang dikurniakan oleh Allah Ta’ala :

1 – Sepanjang pengetahuan kami, tidak terdapat satu pun ayat-ayat Al-Quran Al-Karim ataupun Hadis yang sahih ( mahupun yang dhaif ) yang menerangkan bahawa janin @ anak yang digugurkan itu akan mendakwa ibunya kelak di hadapan Allah Ta’ala.

Yang ditemui hanyalah hadis berikut, yang kami cukup yakin ianya sudah cukup untuk menyedarkan setiap manusia yang masih ada sisa-sisa iman di dalam hatinya , hadis itu seperti berikut :

حَدِيثُ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا : عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ أَلَا كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ فَالْأَمِيرُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُمْ وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ بَعْلِهَا وَوَلَدِهِ وَهِيَ مَسْئُولَةٌ عَنْهُمْ وَالْعَبْدُ رَاعٍ عَلَى مَالِ سَيِّدِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُ أَلَا فَكُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ

Hadis Ibnu Umar r.a: Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w katanya: Baginda telah bersabda: Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumah tangga, suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin – Hadis Riwayat Imam-Imam Ahmad, Al-Bukhari, Muslim, Abud Daud & Turmudzie ( rahimahumulLahu ‘alaihim ).

Kalaulah di dalam mahkamah dunia dan di dalam penjara dunia pun, manusia sudah cukup tersiksa, maka betapa pula halnya dengan mahkamah akhirat dan siksaan neraka !!??, Wal’iyadzubillahi Min Dzalik.

***********************
2 – Untuk apakah si ibu mendoakan janin @ kandungan yang telah digugurkan itu ?? Adakah janin @ kandungan itu pernah berdosa ??, Bilakah dia melakukan dosa-dosa walhal dia tidak pernah pun diberikan peluang oleh ibunya yang tidak bertanggung-jawab itu menghirup udara sedikitpun di atas muka bumi Allah Ta’ala ini !!??.

Sepatutnya si ibu yang melakukan jenayah itulahyang patut bertanya apakah amalan yang patut dilakukan untuk menebus kembali dosa besarnya itu !?, bukannya menebus dosa anaknya walhal anaknya tidak berdosa sedikit pun ( innocent ) !!.

Si ibu wajblah bertaubat dan sila mendapakat maklumat mengenai hal itu di SJ-1725 : Dosa Besar - Hudud - Gugurkan Anak

***********************
Begitulah jawapan-jawapan berdasarkan soalan-soalan yang tersurat, walhal Allah Ta’ala Lebih & Maha Mengetahui setiap apa yang tersirat.

Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

1 comments:

Anonymous said...

assalamu'alaikum,...
pak ustad... antum mo na.a,...
bilamana si ibu sudah bertaubat sungguh* dan menyessalkan apa yang di perbuat.a....!!!
pertanyaan.a,.Apakah siibu itu bisa masuk surga..?? mohon jawaban.a,...terimakasih
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

Post a Comment