Jan 27, 2009

Nak Tutup Aurat Tapi Tunggu Datang Seru

Salam

mohon pandangan ahli panel Al-Ahkam. Apabila ditegur oleh suaminya, siisteri berjanji kepada suaminya bahawa beliau akan menutup auratnya apabila tiba masanya [setelah hatinya betul-betul ikhlas hendak menutupnya (setelah mendapat hidayah kononnya)].
Persoalannya:

1) Bolehkah sisuami memberi peluang (tidak memaksa) dan menunggu sehingga isterinya betul-betul ikhlas (maksudnya tidak perlu disuruh dia sendiri buat) untuk menutup aurat. Di samping itu, dari semasa ke semasa sisuami cuba menasihat/memujuk siisteri secara baik dan berdoa kepada Allah.

2) Adakah dalam proses 'menunggu' isterinya ikhlas untuk menutup aurat, sisuami dianggap 'dayus'.

3) Berapa lamakah sisuami harus 'bersabar menunggu' dan akhirnya perlu memberikan kata dua kepada siisteri, samaada 'tutup aurat' atau 'diceraikan'.
Wassalam

****************************
thtl

Wassalam

Kita anggap (assume) bahawa pasangan ini berkahwin dulu dalam keadaan sama-sama jahil dan selepas itu barulah kesedaran Islam datang kepada suami, sedangkan isteri masih ranggi dan ingin berfesyen. Kita tidak ketemu hukumnya secara direct dalam kitab2 fiqih tapi akan menemuinya dalam Bab Talaq.

Bila ulamak2 Fiqih berbahas mengenai hukum Talaq, maka mereka merincikan Hukum Talaq kepada lima: salah satunya ialah SUNAT bercerai. Hukum sunat bercerai ialah bila isteri mengabaikan syari'at spt enggan solat, enggan menutup aurat, enggan mematuhi suami tanpa sebarang keuzuran dan suaminya tidak mampu memaksanya lagi. (Abd Rahman alJazeery, Fiqh ala Madzhahiib arba'ah Jld 4/255. Termasuk juga sunat bercerai ialah isteri yg curang, nusyuz dan sering menyusahkan suaminya.

Menjawab soalan anda:

1. Suami boleh dan hendaklah memberi peluang kepada isterinya jika mereka asanya dahulu sama-sama jahil. Suami hendaklah sering membawa isterinya ke kuliah2 agama, mempertemukan isterinya dgn rakan2 yg isterinya adalah wanita2 yg baik dan solehah dan menutup aurat. Dalilnya:
"Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, anak2 perempuan kamu dan isteri2 orang2 mukmin," hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya"

AQ 33:59

Kalau kita lihat mesej dalam ayat itu ada rahmat, ada dakwah dan ada unsur kelembutan kepada kaum Hawa. Ini sesuai dengan fitrah wanita dan mereka memerlukan kasihsayang dan kelembutan dalam pelaksanaan syari'at.

2. Proses menunggu itu tidak dianggap dayus kerana definasi dayus ialah bila suami langsung tidak boleh mengawal isterinya dan tunduk kepada kemahuannya. Menunggu itu adalah suatu prinsip dakwah, " Masa adalah sebahagian dari rawatan" (syaikh Mustafa Masyhur, Tariq adDawah)

3. Tidak ada ketetapan kerana Nabi Nuh bersabar hingga datang banjir yg besar, Lut bersabar hingga datangnya Malaikat untuk membinasakan Soddom. Ini kerana talaq adalah suatu yang amat dibenci oleh syara' memandangkan ia melibatkan suatu binaan yang besar dan tidak semudah itu syara' mahu ia diruntuhkan. Ini diserahkan kepada budibicara dan pertimbangan individu. Jika ditetapkan jangkawaktu sudah tentu akan mendatangkan kesulitan kepada umat.

Wallahu A'lam

0 comments:

Post a Comment