Jan 27, 2009

Siapa Wali Bagi Anak Perempuan

Salam

Di sini saya ingin bertanya beberapa soalan:

1. Bolehkah panel berikan senarai wali bagi perkahwinan anak perempuan ?

2. Jika mengikut susunan wali, ialah adik beradik lelaki sulung bapa telah uzur dan nyanyuk, bolehkah adik lelaki bapa saudara menjadi wali?

3. Jika berlaku wali ingkar, (bapa ingkar untuk jadi wali nikah), bolehkah menggunakan wali abang kandung?

Wassalam

***************************
g@y@t

Assalamu'alaikum wr wb

Jumhur ulama’ menegaskan bahawa wali adalah rukun nikah. Tanpanya tdak sah nikah. Namun Mazhab Hanafi mengatakan nikah tanpa wali itu sah dgn syarat2 tertentu. Namun pendapat yg rajih pada penilaian saya ialah wajibnya wali berdasarkan byk hadis yg menekankan kewajipan wali. Salah satunya ialah:

Abu Musa al-Asy’ari ra menerangkan bhw Rasulullah saw bersabda, “Tiada nkah melainkan dgn wali.”[HR Ahmad Abu Daud, at-Turmudzy dan Ibn Majah]

Imam Asy-Syafi’I dalam al-Umm menegaskan, bahawa wali itu merupakan syarat sah nikah. Namun wali wajib mendapatkan persetujuan dari si gadis sekiranya ingin menikahkannya. Jika tidak dipersetujui, ttp dinkahkan juga, maka gadis tersebut berhak utk menolak nikah tersebut berdasarkan hadis riwayat Jamaah yg mengisahkan Khansa ibn Juzam al-Anshariyah yg dikahwinkan oleh ayahnya sedangkan beliau tidak menyukainya. Khansa kemudian mengadu kpd Rasulullah saw dan baginda membatalka nikah tersebut.

Imam asy-Syafi’I juga mengatakan sekiranya bakal suami itu sekufu, wali tidak boleh menghalangnya. Sekiranya dihalang jua, maka berpindah kuasa wali kpd sultan/pemerintah(wali hakim). Ini berdasarkan kisah Ma’qal bin Yasar yg telah mengahwinkan adiknya, kemudian diceraikan oleh suaminya. Selepas selesai iddah, kedua2nya ingin kembali bersama(nikah semula), tapi dihalang oleh Ma’qal. Dan akhirnya turunlah ayat 232 surah al-Baqarah yg bermaksud:

“Maka jgnlah kamu(para wali) menghalangi mereka kahwin lagi dgn bakal suami mereka.”

Adapun mengenai aturan wali berikut saya senaraikan mengikut turutan yg berhak menjadi wali:

1. Bapa
2. Datuk sebelah bapa
3. saudara(adik-beradik)lelaki seibu sebapa
4. Saudara lelaki sebapa
5. Anak lelaki kpd saudara lelaki seibu sebapa
6. Anak lelaki kpd sdr lelaki sebapa
7. Bapa saudara dari pihak bapa seibu sebapa
8. Bapa saudara dari pihak bapa sebapa
9. Anak lelaki kpd bapa saudara dari pihak seibu sebapa
10. Anak lelaki kpd bapa saudara dari pihak sebapa
11. Bapa saudara dari pihak bapa kepada bapa seibu sebapa
12. Bapa saudara dari pihak bapa kepada bapa seibu sebapa

Dalam kes sdr, berdasarkan turutan di atas, abang lebih berhak utk menjadi wali berbanding bapa saudara sdr. Dan sekiranya wali enggan, perempuan itu boleh terus mengadu kpd wali hakim utk dinikahkan oleh wali hakim. Dalam kes ini hak wali tidak berpindah kpd wali ab’ad yg lain atau wali yg lebih rendah darjatnya. Sheikh abu Bakr Jabir al-Jaza’iry dalam minhaj al-Muslim mengatakan tidak sah menggunakan wali yg lebih rendah darjatnya sekiranya wali yg lebi tinggi ada. WA.



RUJUKAN

Al-Umm
Imam Asy-Syafi’I

Koleksi Hadis2 Hukum
TM Hasbi

Minhaj al-Muslim
Sheikh Abu Bakr Jabir al-Jaza’iry

400 Soal Jawab Nikah Kahwin
Hj Said Hj Ibrahim

Panduan Perkahwinan dan Kekeluargaan Menurut Islam
Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia

_________________
Ditulis/Disusun oleh
g@y@t
http://Al-Ahkam.com.my/Forum/

3 comments:

Anonymous said...

Assalammualaikum.Untuk maklumat saudara,saya baru sahaja melangsungkan pertunangan dan bakal berkahwin tidak lama lagi.Tunang saya orang Algeria.Pada mulanya bapa saya ini sudah berjanji untuk menjadi wali pada kami jika kami hendak berkahwin tapi sekarang bapa saya berkata dia tidak mahu jadi wali pada kami,sedangkan dia boleh berpoligami.Bapa saya pula anak tunggal.Masalahnya sekarang tunang saya bakal datang ke Malaysia bagi melangsungkan perkahwinan kami.Apakah yang harus saya lakukan sekarang.Siapa lagi yang layak menjadi wali pada kami nanti.

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Saya ada persoalan untuk ditanya:

1. Seorang lelaki penzina tetapi kini telah bertaubat nasuha dan menjalani kehidupan ke jalan Allah, boleh kah dia menjali wali kepada anak perempuannya?

2. Adakah dia masih tergolong dalam golongan fasik?

Harap dapat membantu. Terimakasih.

Wassalam.

Unknown said...

Salam. ..

Sya ade persoalan utk yg sya runsingkan.

Sya nk tau...

Boleh kah seorg penzina or seorg bekas penzina menjadi wali kepada ank perempuan or adik perempuan nye ya?

Anak perempuan tu bkn lah hasil zina.

Post a Comment