Apakah hukum wanita bermusafir ?
Adakah dimestikan ditemani mahram ataupun hanya untuk Haji sahaja.
Keadaan wanita berkerjaya sekarang menjadi keparluan bermusafir.
Adakah diharuskan atas urusan kerja ?
Kadangkala ditemani oleh rakan ofis sahaja, lain jantina.
Isteri orang ditemani suami orang lain- rasa macam tak sesuai je..
Minta penjelasan sebab banyak berlaku skrng ni dan sebagai ketua jabatan rasa macam bersalah pula mengarahkan wanita bermusafir(bisness trip).
*******************
Abu_Umair
Panel Feqh
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
- Syarak membenarkan wanita keluar rumah kerana keperluan, walaupun tidak ditemani mahram, dengan syarat tidak sampai kepada had musafir, dan mesti dengan keizinan suami.
Dalam hadis Aisyah r.a. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
قد أذن الله لكن أن تخرجن لحوائجكن
Maksudnya: "Sesungguhnya Allah telah memberi izin kepada kamu (wanita) untuk keluar kerana keperluan-keperluan kamu". Direkod oleh Bukhari (no: 4939) dan Muslim (no: 2170).
- Adapun jika keluar hingga sampai kepada had musafir, maka mestilah ditemani mahram, atau sekurang-kurangnya ditemani wanita-wanita kepercayaan.
- Maka alasan bahawa ia urusan kerja tidak memadai untuk mengharuskan wanita bermusafir tanpa ditemani mahram. Kerana urusan kerja bukanlah satu perkara darurat. Apatah lagi jika hanya ditemani lelaki ajnabi, yang menimbulkan pelbagai fitnah kepada wanita dan lelaki itu.
- Ketetapan hukum syarak ini dilihat amat relevan dalam suasana kita menyaksikan perkembangan jenayah hari ini semakin meningkat, terutama kes rogol dan cabul.
Sekian
0 comments:
Post a Comment