Dec 22, 2008

Perkahwinan Dengan Ahlul Kitab

Assalamuallaikum wbt

didalam website beralamat url ini http://islamlib.com/WAWANCARA/zainun%20kawin2.html

membincangkan mengenai perkahwinan antara orang Islam & ahli Kitab. Bersandarkan hujah yang dikemukakan oleh Muhammad Abduh, Dr Zainun Kamal mengatakan bahawa perkahwinan antara ahli kitab dibolehkan. Harap panel boleh memberi pandangan dari jawapan yang diberikan oleh Dr Zainun. Apakah pandangan yang rajih perlu diikuti?


Jawab:

Kita sudahpun menjelaskan sebelum ini (misalnya SJ-1785, SJ-1789) mengenai perselisihan fuqaha' mengenai siapakah ahlil Kitab. Pendapat Syaikh Abduh dan Imam Ridha itu adalah salah satu pendapat dalam tafsiran ahlil Kitab itu.
Untuk mengetahui pendapat siapakah yg paling rajih, hendaklah kita meneliti analisa mujtahid Prof alImam Dr Abdallah Yusof alQardhawi (Fatawa Mu'asirat) yg berpendapat istilah ahlil kitab itu masih valid dan tidak dimansuhkan oleh alQur'an. Ini bermakna ahlil Kitab itu masih ujud. Mengenai perbedzaan fuqaha' mengenai pendetailan siapakah ahlil kitab hingga memasukkan kaum Hindu, Shinto dan sebagainya tidak menjadi masalah kerana Islam meletakkan syarat2 yg ketat sebelum orang Islam ingin memperisterikan mereka, antaranya, Islam adalah agama yg memerintah negara itu dan wanita ahlil Kitab itu menjadi minoriti dalam negara Islam (Ini bermakna jika orang Islam berada dalam negara yg majoritinya ahlil Kitab, maka kita tidak boleh mengahwininya kerana pengaruh agama mereka lebih kuat terhadap anak pasangan antara-agama itu) dan Wanita ahlil Kitab itu disyaratkan wanita yg mulia dan suci dan teguh berpegang kepada agamanya, dan beberapa syarat lain.

Tambahan:
Perkahwinan antara agama juga mestilah mengikut peraturan sesebuah negara umat Islam, misalnya Malaysia tidak mengiktiraf perkahwinan antara agama (baik Kristian atau yahudi), maka sudah tentu perkahwinan antara agama tidak sah dan tidak boleh didaftarkan oleh pendaftar nikah-cerai-rujuk negeri2 persekutuan. WaLlahu a'alam

0 comments:

Post a Comment