Jan 21, 2009

Memilih Bulan Untuk Berkahwin

Assalamualaikum....

Mohon pandangan dari pihak panelis tentang adakah hadis hadis nabi or nas yang menunjukkan adanya bulan bulan tertentu yang sesuai untuk kita melakukan majlis perkahwinan/pernikahan? kedua bagaimana dengan kepercayaan sesetengah orang bahawa bulan muharram dan safar tidak sesuai untuk diadakan majlis perkahwinan atas alasan ianya bulan yang haram untuk berperang.

wassalam

***************
Salam

Bulan Muharram mengikut pandangan Islam adalah salah satu bulan haram yang empat, iaitu bulan Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Dalam empat bulan ini dilarang melancarkan peperangan kecuali darurat yang tidak dapat dielakkan. Firman ALLAH:


إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ وَقَاتِلُوا الْمُشْرِكِينَ كَافَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَافَّةً وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ

“Sesungguhnya bulan-bulan di sisi hukum ALLAH ialah dua belas bulan (yang telah ditetapkan) di dalam kitab ALLAH semasa ia menciptakan langit dan bumi di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya)." (Surah At-Taubah: ayat 36)


وَقَالَ اِبْن عَبَّاس
الْآيَة فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسكُمْ فِي كُلّهنَّ ثُمَّ اِخْتَصَّ مِنْ ذَلِكَ أَرْبَعَة أَشْهُر فَجَعَلَهُنَّ حَرَامًا وَعَظَّمَ حُرُمَاتهنَّ وَجَعَلَ الذَّنْب فِيهِنَّ أَعْظَم وَالْعَمَل الصَّالِح وَالْأَجْر أَعْظَم

Berkata Ibn Abbas: “…tentang ayat (Jgn kamu menzalimi diri kamu dlmnya), Dlm ke semua bulan, Allah telah memilih 4 bulan dan menjadikannya suci, menegaskan kesuciannya, berbuat dosa dlmnya adalah kesilapan yang besar dan mereka yang berbuat baik dlmnya akan digandakan kebaikannya.” (Tafsir Al-Quranul `Azim Li Ibn Katheer)

Jadi mengikut maksud ayat ini segala kerja yang baik dan amalan kebajikan tiada halangannya untuk dibuat pada bulan Muharram, begitulah juga dengan bulan Rejab, Zulkaedah dan Zulhijjah, hanya maksiat dan kezaliman saja yang dilarang lebih keras pada bulan-bulan yang lainnya. Perkahwinan mengikut pandangan Islam adalah satu amalan kebajikan bukannya amalan kezaliman dan maksiat, oleh itu tiada larangan dalam Islam untuk membuat kenduri kahwin dalam bulan Muharram.

Soal memilih ketika seperti hari baik, bulan baik dan waktu yang baik untuk melangsungkan suatu pekerjaan maka tiadalah dalam ajaran Islam yang sebenarnya. Bersempena baik dan bersempena jahat dilarang dalam Islam, yang dikehendakinya ialah kita berserah kepada ALLAH kerana tiada siapa yang tahu perkara yang tersembunyi dalam Iradat ALLAH, qadha dan qadar-Nya .

Al-Qardhawi dlm Fatwa Al-Mua'sirah ditanya adakah perkahwinan dlm bulan muharram dicela atau dikeji:

"Perkara ini tiada asas dalam agama. Bulan muharram adalah salah satu bulan yang diharamkan berperang. Terdapat juga banyak kelebihan bulan muharram spt yang disebut dlm hadith tentang kelebihan berpuasa dlm bulan muharram. Jgnlah kamu mengikuti kaum fatimi di mesir yang menjadi bulan muharram sebagai bulan bersedih (kerana peristiwa pembunuhan cucu Rasulullah S.A.W). Dlm islam, perkahwinan dibenarkan pada mana-mana bulan atau hari. Berbahagialah mereka yang berkahwin kerana perkahwinan itu adalah tuntutan agama."

Wassalam
_________________
Wa'alaikumusaalam

Alhamdulillah. JKK Ustaz Zayed. Didalam Islam memang tidak ada penetapan hari atau bulan bagi seseorang itu melangsungkan perkahwinan. Mempercayai mana-mana bulan yang mendatang kesialan atau kecelakaan adalah merupakan amalan orang-orang jahiliyah, dan ia adalah perbuatan yang syirik! Dari Ibn Mas’ud bahawa Nabi saw bersabda :

الطيرة من الشرك

"Tiyarah (mempercayai petanda yg mendatangkan keburukan) adalah sejenis syirik" - [hadith riwayat Al-Tirmudzi, al-Siyar #1539, dikelaskan sebagai sahih oleh Syeikh Al-Albani]

Pada zaman Nabi saw, orang-orang Arab mengatakan bahawa berkahwin didalam bukan Shawaal akan menyebabkan 'bad omen' atau tatayyur [color="#800000" size="3"](التطيّر) ataupun mendatangkan petanda yang buruk. Nabi saw telah berkahwin dengan A'isyah ra. sepertimana yang diperkata oleh Urwah ibn Zubayr (hadith riwayat Muslim #1423] pada bulan Syawwal bagi membukti kepercayaan orang-orang Arab akan 'kesialan' itu adalah palsu semata-mata.

Sesuai atau tidak sesuai sesuatu perkara yang bukan dari ruang lingkup ibadat secara khusus, mestilah didasarkan dengan Nas yang menegah perbuatan tersebut. Jika tidak terdapat nas pengharamam tersebut, maka kesesuaian itu bolehlah diukur dengan apa-apa faktor selagi mana ia tidak melibatkan perkara-perkara yang haram atau bercanggah dengan syara', contohnya seperti memilih tarikh cuti sekolah dan cuti umum hari Sabtu, tarikh yang Tok Qadi mempunyai kelapangan atau pun ingin melangsung perkahwinan pada bulan Syawwal kerana ingin mengikut sunnah Nabi saw [Al-Nawawi, Sharh Muslim : 9/209, Ibn Al-Qayyim, Miftaah Daar al-Sa’aadah, 2/261] dimana baginda berkahwin dgn A'isyah dsb...

Soal-Jawab ini pernah kami bincangkan didalam url dibawah ini :-

SJ-2592 : PENETAPAN HARI PERKAHWINAN : BID'AHKAH IA ?

Adalah diharapkan maklumat diatas ini sedikit sebanyak dapat membantu. Wallahu 'alam.

wassalam

6 comments:

mario said...

INSYA ALLAH,,dengan izin-Nya...kami akna melansungkan perkhwinan kami pada 5 & 6 muharram.. adakah ianya sesuai?

saila said...

askum... ingin saya bertanya... adakah sesuai untuk melangsungkan akad nikah pada 25 rejab dan majlis perkahwinan pada tarikh 26 rejab?

saila said...

askum... ingin saya bertanya... adakah sesuai untuk melangsungkan akad nikah pada 25 rejab dan majlis perkahwinan pada tarikh 26 rejab?

Admin said...

soalan saila87 telah dijawab di atas... alhamdulillah kerjakanlah perkara yang baik ini dalam bulan rejab.

sila fahami apa maksud "tiyarah adalah sejenis syirik"...

pemaisuri said...

asalamualaikum..tarikh sesuai untuk nikah bulan2 da cadangan x?

pemaisuri said...

asalamualaikum..tarikh sesuai untuk nikah bulan2 da cadangan x?

Post a Comment