assalamualaikum.. 8)
berkenaan soalan sebelum ini... maaf kerana tidak diterangkan apakah itu 'tayam'.. menurut pembacaan saya ialah apabila seorang lelaki itu menanam sesuatu objek kecil di kemalauannya...( kenapa ? ) ...supaya ia kelihatan berbonjol sedikit dan ( kononnya ) akan memberi kepuasan kepada isteri sewaktu bersetubuh..
mungkin macam susuk...tapi kalau ikutkan proses yang pernah diberitahu oleh orang ramai... senang jer ... carilah objek seperti bebola basikal ker...kepala berus gigi ker... dan tanam jer sendirii kat kemaluan tuh ( mak aih )...tak perlu bomoh... tak perlu jin-jin...gitulah saya dengar...
soalan ini timbul apabila saya ditanya berkenaan perkara tersebut ? apakah hukumnya...
saya rancang nak jawab begini jer..."Adakah Allah menciptakan manusia ni penuh dgn serba kekurangan?hinggakan kite terpaksa mengubahnya demi utk kepuasan hati kita sendiri?"...
entahlah ...saya pun tak pasti... apa agaknya pandangan dari al-ahkam sendiri..?
wassalam
***********************
thtl
Wassalam
Jawab:
Jawapan anda itu adalah firasat yg benar. Ini kerana lekuk itu tidak perlu kerana kemaluan atau zakar lelaki memang sudah berlekuk dan berkepala spt panah.
Adapun menanam objek spt bebola kpd zakar itu sudah tentu kemungkinan akan memberi mudharat kepada zakar.
Ia juga petanda ramai lelaki yg masih jahil mengenai ilmu seksualiti. Ini kerana ilmu ini dianggap TABOO dalam Islam, maka kebanyakan ilmuan mengelakkan diri dari membicarakan bab ini.
Namun hari ini, masyarakat sudah didedahkan dengan ilmu ini saban hari di dada Akhbar ada ruangan soaljawab mengenai seksualiti.
Apa yg pasti kenikmatan hubungan seks yg murni ialah bukan saiz dan bentuk zakar itu, melainkan sunnah dan teknik lovemaking atau teknik jimak yg natural dan loving. Kitab2 Fiqih banyak membicarakan hal ini dan bagaimana Nabi saw menjelaskan harus/sunnahnya merangsang pasangan masing2 dgn guarauan dan cumbuan, bukan semata-mata fokus kepada penggunaan zakar sahaja.
Dalam masyarakat pula, myth atau metos ialah pada aprosidiak atau medikasi atau teknik yg terlalu fokus kepada kemaluan lelaki. Maka banyak sekali berlaku penipuan, pembaziran dan khurafat dalam hal ini.
Begitu juga teknik atau operasi tayam ini adalah suatu yg perlu dilihat dan dikaji dari sudut perubatan. Pertamanya kita kena lihat dari segi side-effect kepada lelaki dan keduanya: apakah benar ia betul2 mendatangkan manfa'at dan benar2 menggembirakan perempuan. Selagi belum ada kajian saintifik, maka nasihat kami, anggaplah ia suatu myth dan mainan jalanan atau cakap2 kedai kopi sahaja. sekian
th
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment