Jan 21, 2009

Anak Tiri Dan Mencium Mayat

Assalamulaikum,

Ustaz....

1) Apakah hukumnya hubungan saya dengan anak tiri Lelaki?
Adakah batal air sembahyang sekiranya bersentuhan...(anak tiri lelaki saya kini berusia 15 tahun).

2) Apabila seorang suami meninggal dunia mengapa isteri tidak dibenarkan menyentuh atau menciumnya buat kali terakhir ?

3) Saya ingin mempelajari dan mendalami agama Allah dengan lebih mendalam lagi...saya kurang disegi agama dan amat memerlukan bimbingan..apakah ustaz boleh memberikan sedikit cadangan.

dari saya
Isteri and Insan yang memerlukan bimbingan.

**************
Salam

Soalan 2

Banyak hadith menyebut tentang keharusan mencium mayat sbg tanda kasih sayang.

Dari Aishah R.A bahawa aku telah melihat Rasulullah S.A.W mencium Uthman bin Maz’un apabila beliau meninggal dan aku telah melihat linangan air mata baginda S.A.W (Hadith riwayat Abu Dawood)

Dari Ibn Abbas R.A bahawa Abu Bakr R.A telah mencium dahi Rasulullah S.A.W apabila baginda wafat (Hadith riwayat Bukhari)

Dari Aishah R.A bahawa Abu Bakr R.A telah mencium Rasulullah S.A.W apabila baginda wafat. (Hadith riwayat Tirmizi dan Ibn Majah)

Perbuatan melarang wanita mencium mayat suaminya hanyalah budaya orang melayu, takut2 terbatal wudhu’ si mayyit.

Dari Umm Attiya R.A bahawa baginda S.A.W ketika anak perempuannya meninggal, baginda berkata: “Mandikanlah dari bahagian kanan dan bahagian anggota wudhu’.” (Sahih Bukhari dan Ibn Majah)

Mayat diangkat hukum wudhu'nya. Ada khilaf di kalangan fuqaha sekiranya najis atau air kencing keluar selepas memandikannya, apakah perlu membasuh pada bahagian itu sahaja ataupun keseluruhannya. Jadi tidak timbul samada mayyit itu batal wudhu' ataupun tidak.

Rujukan:
Fiqhus Sunnah, Sayyid Sabiq
_________________
Wassalam

Tahqeeq:

Tambahan dan Rumusan:

1. Spt Link yg dipaparkan oleh Ust Gayat

2. Harus mencium mayat dan utk mengelakkan khilaf ciumlah mayat itu sebaiknya dia meninggal. Jika isteri berada di sisi mayat ketika dia menghembuskan nafas yg terakhir, sebelum mayat itu dimandi dan dikafankan, sebelum orang banyak datang, boleh saja menciumnya.

3. Belajar agama spt juga bidang lain ada dua sistem: sistem formal (kolej dan universiti, IPT dan IPTS), boleh buat part-time atau full-time dan selalunya IPT spt Akademi Islam UM, UIAM, UKM ada menawarkan kursus2 pendek dan Diploma secara PJJ.

Jalan kedua: informal, melalui jama'ah-jama'ah Islam, kuliah2 mingguan di mesjid berdekatan anda, biasanya ada kuliah Maghrib yg meliputi tafsir, Fiqh, Tasawuf dan sebagainya.

Masadepan: mungkin melalui On-Line, internet., spt yg anda dapati sekarang melalui Ahkam. Mungkin di masa depan, banyak lagi laman web seperti ini akan muncul menawarkan pelbagai pakej ilmu.

Disamping itu anda hendaklah membina library rumah secara bertahap. Beli buku agama dua-tiga naskhah sebulan. WA

0 comments:

Post a Comment