Jan 22, 2009

Majlis Persandingan Pengantin

Salam

Ingin bertanya kepada panelis-panelis Al Ahkam sekalian, maklumlah sekarang ni kan ke musim orang membuat kenduri kahwin.

Persoalannya ialah wajarkah kita menghadiri kenduri kahwin yang di dalam aturcara majlisnya ada tertera majlis persandingan. Walaupun kita tidak "menonton" majlis persandingan tersebut, tetapi bukankah kita sama-sama meraikan majlis yang ada unsur-unsur maksiat?
Apakah pandangan syara' di dalam hal ini?
Wassalam
_________________
g@y@t

Salam

Ulama’ khilaf dalam hukum memenuhi jemputan walimah. Mazhab syafi’I mengatakan ianya wajib. Kewajiban ini gugur jika terdapat alasan yg kukuh utk tidak menghadirinya. Namun, Sheikhul Islam Ibn Taimiyyah mengatakan pendapat yg kukuh hukumnya sunat sahaja. Dalil yg mengatakan wajib adalah hadis yg diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yg bermaksud,

“Apabila kamu diundang menghadiri walimah, maka hendaklah kamu datang.”

Dalam hadis lain pula;

Abu Hurairah berkata, “Seburuk2 jamuan adalah jamuan walimah yg mana hanya org kaya yg dijemput sedangkan orang miskin disisihkan. Dan barangsiapa yg tidak memenuhi jemputan walimah telah menderhakai Allah dan Rasul-Nya.”[HR muslim]

Ulama’ juga telah menggariskan, sekiranya majlis itu dicampuri dgn perkara maksiat, maka gugurlah kewajiban tersebut. Ibn Mas’ud telah berkata, “Sekiranya hanya orang kaya yg dijemput dan org miskin tidak, kami telah diarahkam supaya tidak memenuhi jemputan itu.” Ibn Bataal berkata pula, “Sekiranya tuan rumah membezakan antara org kaya dan miskin melalui pengsiangan tempat duduk, itu tidaklah mengapa. Ibn Umar berbuat demikian.”[Fathul Baari 9/245]

Dalam persoalan sdr, upacara persandingan yg disertakan dgn adat lain mmglah perkara yg telah diketahui umum akan bid’ahnya. Ttp bagaimana hukum menghadirinya. Berdasarkan fiqh syafi’I, maksiat menggugurkan kewajiban utk menghadiri majlis walimah. Maka, tidaklah wajib utk sdr mnghadirinya. Ttp, perlu juga kita mengambil kira faktor lain. Antaranya, adakah ketidak hadiran kita boleh membawa kpd pepecahan atau pertelingkahan antara sahabat/keluarga. Saya berpendapat, sdr penuhilah jumputan itu. Ttp janganlah pergi ketika upacara persandingan itu diadakan. Ini utk menolak mudharat yg mungkin akan wujud. WA.

Wassalam

RUJUKAN

400 Soal Jawab Nikah Kahwin
Hj Said hj Ibrahim

The Fiqh of Marriage in the Light of the Sunnah
Dr Saalih ibn Ghaanim al-Sadlaan
Translated by Jamal al-Din M.Zarabozo
_________________
thtl

Wassalam
Tahqeeq hadis:
Quote:
“Apabila kamu diundang menghadiri walimah, maka hendaklah kamu datang.”


Matannya secara penuh ialah: " Jika kalian diundang ke walimah, sambutlah sambutlah undangan itu (samaada urs (perkahwinan atau yg lainnya). Barangsiapa yg tidak mmenuhi undangan itu ia telah derhaka/membantah Allah dan rasul-Nya." (Muslim:4/152 dari Ibn Umar ra)

Matan yg lain:

"apabila salah seorang dari kamu dijemput ke kenduri walimah, mka sambutlah. Jika ia tidak sedang berpuasa, makanlah dam jika ia sedang berpuasa, berdo'alah."
(Muslim:4/153 dari Abu Hurayra ra)
Juga dari versi Muslim dan Imam Ahmad (3/392) " apabila salah seorang kamu diundang makan, sambutlah, kalau suka hendaklah ia makan, jika tidak suka tinggalkan."

Spt yg dijelaskan oleh Ust G, madzhab Syafi'iy menetapkan ia wajib, yg rajih bahkan ia adalah ketetapan jumhur. Dalam kitab Iqna' misalnya: yang sangat wajib (fardhu 'ain) ialah bila yg mengundang itu menyebut nama atau menulis secara nyata orang yg diundang (hari ini guna kad2 jemputan). alMuhaddith alAlbani (adabul Zafaf) mendokong hukum wajib berdasarkan dalil yg qat'iy itu.

Hadis #2:
Quote:
Abu Hurairah berkata, “Seburuk2 jamuan adalah jamuan walimah yg mana hanya org kaya yg dijemput sedangkan orang miskin disisihkan. Dan barangsiapa yg tidak memenuhi jemputan walimah telah menderhakai Allah dan Rasul-Nya.”[HR muslim]

tahqeeq:
Muslim (4/154), albaihaqee (7/262). Berkata alBukhari (alSahih: 9/201) dan beliau menilainya hadis mauquf (tidak sampai pada RasuluLlah saw hanya pada sahabat). Tapi alhafidz Ibn Hajar (syarah sahih alBukhari: 9/245) menyatakan hadis ini marfu', begitu juga tahqeeq AlAlbani dalam alIrwa' (1947)

Isu: Majlis walimah yg ada adat persandingan
Quote:
Ttp janganlah pergi ketika upacara persandingan itu diadakan

Persandingan pada hari ini ada banyak jenis. ada persandingan secara tertutup, ada yg dilakukan di mana pengantinnya bertudung. Bukan makna semua persandingan itu ditegah. WA

0 comments:

Post a Comment