Dec 22, 2008

Pandangan 2 Menteri Tentang Poligami

Salam
Nak terima pandangan ustaz
masalah hangat/hot issue dimana dua menteri memberi pandangan masing2 apa pandang ustaz. Saya tak pasti adakah pihak yang bertanggungjawap memberi komen dengan masalah ini. Saya takut nanti masyarakat pening/comfused dengan masalah ini.
Maaf kerana saya tak tahu dalam ruangan ini sesuai untuk pandangan ustaz. Bagi saya kalau boleh semua orang boleh tahu isu begini supaya mereka/saya tidak terima bulat2 kata2 mereka dimana keperibadian mereka dipersoalkan.


Wassalam

Jawab:

Memang benar, isu2 begini boleh memalukan umat Islam

Isu yg sebenarnya ialah:

Pihak Mufti, SS Dato' Mat Jahaya Hussin menjelaskan kedudukan hukum syara' mengenai poligami dalam enakmen Perlis. yaitu seorang suami boleh berkahwin lagi satu tanpa perlu mendapat izin isteri pertama. Izin isteri itu bukan dari hukum syara'. pendapat ini benar.

S1 (merujuk MB Ps) telah menghebahkan kepada awam seolah-olah Perlis akan mengganti selatan Thai sebagai destinasi perkahwinan poligami kerana Perlis tidak mensyaratkan izin isteri pertama.

S2 (Mentri Wanita) mentafsirkan Perlis akan menjadi tempat kahwin rahsia (senyap-senyap) sebagaimana Thailand.
selepas itu NGO campur tangan termasuk SI (sisters in Islam) dan NCWO (Majlis pertubuhan wanita kebangsaan). Mereka mewakili wanita menyuarakan kebimbangan hak2 dan keadilan isteri pertama.

SS tuan Mufti Ps, akhirnya menjelaskan kekeliruan yg ditimbulkan oleh S1, sebenarnya Perlis tidak akan menikahkan 100% lelaki yg ingin menikah satu lagi di Perlis, bahkan akan menyiasat latarbelakang dan kemampuan suami tersebut. Cuma kelebihan nya jika lelaki itu cukup syarat, izin isteri pertama tidak perlu.
Kita sudah menjelaskan pada ruangan Diskusi umum dari pendapat Qardhawi, bahawa walaupun syara' membenarkan poligami tanpa izin isteri pertama, sepatutnya suami menyatakan hasrat kepada isteri pertama. Budaya takut isteri atau perlu mendpaat izin isteri jika cukup syarat itu ganjil dan tidak cocok dgn Islam. Suami berhak penuh untuk mengenepikan bantahan isterinya tapi sekurang-kurangnya respect (penghormatan) kpd isteri itu ditunaikan dgn dibawa berbincang hati ke hati.
Kenapa isu poligami ini tidak menjadi masalah di Asia Barat ? Ini kerana soal budaya dan tradisi. Di Malaysia, negeri yg boleh kata poligami ini sudah menjadi spara adat ialah negeri Kelantan. Bagi kebanyakan negeri lain, poligami masih sensitif. WA

0 comments:

Post a Comment