Jan 21, 2009

Zihar Ketika Marah

Setahu saya, zihar adalah apabila disertakan dengan perasaan tidak suka (marah, geram, benci dsb) terhadap isteri. Sebagaimana Arab jahiliah yang menziharkan isteri kerana marah, dan menjauhkan diri dari isteri. Kerana itu ada ayat Quran memgatakan penzihar ini menipu diri sendiri.
Sekiranya sebutan kerana sayang, tidak mengapa.
Itulah ilmu yang sampai kepada saya, malah itulah yang diajar di sekolah sekarang ini.
Wallahua'lam.
Wassalam

****************
Salam

Jwb:

Zihar bermaksud “punggung”, orang Utara Semenanjung kata “Pungkok”. Zihar adalah tunggangan kerana punggung perempuan adalah tempat tunggangan lelaki (bila mengadakan hubungan seks). Zihar adalah hukum Arab jahiliyah yg kejam kerana ia menjadikan perempuan itu tergantung, tidak bercerai dan tidak pula disetubuhi oleh suaminya. Islam datang dan memansuhkan talak jahiliyah ini dan perkahwinan itu tetap utuh cuma sebelum mereka ingin jima’ semula, maka hendaklah membayar kaffarat.
Ayat2 yg anda maksudkan itu ialah dari surah alAhzab (Yang demikian itu hanyalah perkataanmu di mulutmu sahaja dan Allah mengatakan yg sebenarnya..)AQ 33:4
Surah alMujadilah (Dan sesungguhnya mereka sungguh-sungguh mengatakan suatu perkataan yg mungkar dan dusta)

Ilmu yg sampai kepada anda itu benar, kerana ungkapan selain Punggung, spt kata, mata adinda macam mata emak, atau masakan adinda macam masakan emak, perangai adinda macam perangai emak, maka itu bukanlah zihar melainkan penghormatan. (Fatawa M Quraishi Shihab, Harian Republika, Mac 2001, Penerbitan Mizan, Jakarta) WA

0 comments:

Post a Comment