Bapa saya sentiasa berada disampingnya dan meredhai apa jua yang berlaku. Tetapi sebagai manusia biasa, kadang-kadang saya tak tahan dengan tohmahan orang termasuk keluarga mertua saya yang masih percaya ibu saya susah nak mati kerana ada memakai susuk atau mengamalkan ajaran sesat. Bagi saya, tuduhan itu tidak berasas, dan saya amat kesal kenapa tuduhan itu dilemparkan ketika ibu saya tak berupaya membela diri. Saya ingin bertanya pendapat tuan dalam hal ini. Tidakkah setiap umat yang lahir di dunia ini telah tertulis ajal mautnya dan tiada kuasa yang dapat menhalang apabila masanya telah tiba…Tetapi kenapa masyarakat Melayu masih tidak dapat menerima apabila mereka mengatakan seseorang itu susah nak mati kerana amalan sesatnya atau ada makhluk halus yang menhalang. Ibu saya tidak pernah kelihatan ganjil seperti menjerit-jerit atau sebagainya. Pernah satu ketika dia kelihatan nazak, tetapi apabila saya periksa keadaannya pada ketika itu, sebenarnya paras gula dalam badannya yang terlalu kurang dan keadaannya dapat dipulihkan sejurus selepas itu. Tapi orang sekeliling berpendapat ibu susah nak menemui ajal. Patutkan saya membiarkan saja? Sebagai seorang anak, apakah yang wajar saya lakukan?
**********************
Salam
Saya sungguh bersimpati dgn ibu saudara. Pada pendapat saya masyarakat kini dimomokkan dgn kisah2 pelik ketika sedang menghadapi sakaratul maut. Tgk sajalah dlm kisah mastika, majalah murahan di pasaran. Majalah ini mendidik kita bersangka buruk walau ada kalanya ada kisah memberi taulan. Tapi hakikatnya matlamat tidak menghalalkan cara (Al-Ghayah La Tubarriru La Wasilah). Seorang mukmin mestilah bersangka baik terhadap mukmin yg lain. Inilah anjuran Al-Quran dan As-sunnah
Dan ingatlah firman Allah SWT:
يَا اَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا اجْتَنِبُوْا كَثِيْرًا مِنَ الظَّنِّ اِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ اِثْمٌ وَلاَ تَجَسَّسُوْا وَلاَيَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا اَيُحِبُّ اَحَدُكُمْ اَنْ يَاْكُلَ لَحْمَ اَخِيْهِ مَيِّتًا فَكَرِهْتُمُوْهُ وَاتَّقُوْا اللهَ اِنَّ اللهَ تَوَّابٌ رَّحِيْمٌ
"Hai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah. Sesunguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang". (Surah Al-Hujurat :Ayat 12)
عَنْ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ قَالَ : وَلاَ تَظُنُّ بِكَلِمَةٍ خَرَجَتْ مِنْ اَخِيْكَ الْمُؤْمِنِ اِلاَّ خَيْرًا.
Umar bin Al-Khatab R.A berkata: "Janganlah kamu berprasangka (buruk) dengan kalimah yang keluar dari (mulut) saudara kamu yang mukmin kecuali yang baik" (Tafsir Ibn Kathir)
عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ : رَاَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَطُوْفُ بِالْكَعْبَةِ يَقُوْلُ : والَّذِى نَفْسِ مُحَمَّد بِيَدِهِ لَحُرمَةُ الْمُؤْمِنِ اَعْظَمُ عِنْدَ اللهِ مِنْكَ مَالهُ وَدَمهُ وَاَنْ يَظُنَّ بِهِ اِلاَّ خَيْرًا. رواه ابن ماجه.
"Dari Abdullah bin Umar berkata: Aku melihat Rasulullah S.A.W sedang tawaf di Kaabah lalu bersabda: Demi jiwa Muhammad yang di tanganNya, sesungguhnya kehormatan seseorang mukmin lebih besar di sisi Allah dari engkau (Kaabah) wangnya dan darahnya sehinggalah dia berprangsangka sesamanya yang baik”. (Hadith Riwayat Ibn Majah)
عَنْ اَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اِيَّاكُمْ وَالظَّنِّ فَاِنَّ الظَّنَّ اَكْذَبُ الْحَدِيْثِ
Dari Abi Hurairah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W: "Aku peringatkan kamu dari prasangka (buruk) sesungguhnya prasangka itu adalah bisikan yang paling bohong" (Hadith Riwayat Bukhari)
Apakah boleh dijadikan sandaran bahawa mereka yg sukar menghadapi sebenarnya melakukan dosa? Professor Dr Abdul Hayei Sukor pernah ditanyakan soal ini, beliau menjawab, “Ada juga orang kafir mati dlm keadaan tersenyum. Jadi apakah dibolehkan kita mengatakan org kafir itu beriman hanya kerana dia mati dlm keadaan tersenyum?”
حدثنا محمد بن رافع حدثنا عبد الرزاق أخبرنا معمر عن همام بن منبه قال هذا ما حدثنا أبو هريرة عن رسول الله صلى الله عليه وسلم فذكر أحاديث منها وقال رسول الله صلى الله عليه وسلم لا يتمنى أحدكم الموت ولا يدع به من قبل أن يأتيه إنه إذا مات أحدكم انقطع عمله وإنه لا يزيد المؤمن عمره إلا خيرا
Dari Abu Hurairah r.a katanya, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Janganlah kamu bercita-cita supaya cepat mati dan janganlah kamu berdoa supaya mati sebelum kematian itu sendiri datang kepadamu. Sesungguhnya apabila kamu mati, akan terputuslah segala amalan kamu. Sebaliknya apabila dipanjangkan umur seorang mukmin bererti bertambahlah kebaikannya" (Sahih Muslim)
Dan ingatlah wahai saudara, firman Allah S.W.T:
فَإِذَا جَآءَ أَجَلُهُمْ لاَ يَسْتَـَخِرُونَ سَاعَةً وَلاَ يَسْتَقْدِمُونَ
“Apabila seorang itu sudah sampai ajalnya, ia tidak boleh dilewatkan atau dicepatkan walaupun sesaat.”(Surah An-nahl Ayat 61)
Ajal dan maut bukan kita menentukan. Bila dah sampai waktunya, tidak akan dipercepatkan atau diperlambatkan walau sesaat.
Di kala kesulitan begini,
حدثنا زهير بن حرب حدثنا إسمعيل يعني ابن علية عن عبد العزيز عن أنس قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لا يتمنين أحدكم الموت لضر نزل به فإن كان لا بد متمنيا فليقل اللهم أحيني ما كانت الحياة خيرا لي وتوفني إذا كانت الوفاة خيرا لي
Dari Anas r.a katanya bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Janganlah kamu bercita-cita supaya cepat mati kerana ditimpa sesuatu kesulitan. Sekiranya dia berada dalam keadaan yang mengharuskan dia berbuat demikian, bolehlah dia berkata: Ya Allah, hidupkanlah aku sekiranya hidup itu lebih baik bagiku. Akan tetapi sekiranya mati itu lebih baik bagiku, matikanlah aku." (Sahih Muslim)
Wallahua'lam.
0 comments:
Post a Comment