Dec 23, 2008

Wanita Bermusafir

Salam

1. Apakah pandangan ulama' mengenai hukum wanita yang telah berumahtangga bermusafir untuk tujuan berniaga dan untuk perkara harus syarie' lainnya?

2. Apakah status hadis "kelak akan ada wanita dari kota Hirah yang pergi mengunjungi Baitullah tanpa disertai suami, dengan tidak merasa takut kecuali kepada Allah".

3. Bagaimana memadankan hadis diatas dengan hadis Bukhari yang lain yang melarang wanita bermuasafir tanpa muhrim?

~ jakfar

Salam

Quote:
1. Apakah pandangan ulama' mengenai hukum wanita yang telah berumahtangga bermusafir untuk tujuan berniaga dan untuk perkara harus syarie' lainnya?

Hadis yg menjadi dalil kpd isu ini adalah:

Dari Ibnu Abbas dan lainnya drpd Rasulullah saw, baginda bersabda, "Seorang perempuan janganlah dia bermusafir kecuali ditemani dgn lelaki mahramnya."[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

Berikut petikan jawapan dari Sheikh THTL:

Ulama' Hadis melarang secara mutlak kerana thabit hukum dari hadis ini. Ulama' feqah melihat pada illatnya (sebab larangan) kerana selepas kewafatan Nabi saw, dan suasana di Arabia menjadi aman, maka para wanita termasuk Aisyah ra kembara mengerjakan Haji tanpa muhrim lelaki. Maka ulama' fiqih melihat hadis itu tertakluk pada suasana dan keselamatan perempuan. Jika perjalanan selamat dan bebas dari gangguan binatang buas, penjahat atau jatuh pada syahwat, maka larangan itu diangkat. (Asqalani, Fathul Bari: 7/201
Dr alImam Prof Yusof Abu Abdallah alQaradawi (Kayfa Nata'amalu ma'a asSunnah)/129, sekarang suasana sudah aman, ujud pula rangkaian lebuhraya dan kecanggihan alat pengangkutan: kereta dan kapalterbang, serta rangkaian telekomunikasi (mobile phone), maka perjalanan dalam satu kumpulan lelaki dan perempuan jika aman dari fitnah diharuskan. WA

SJ-2510: safar mar'ah


Quote:
2. Apakah status hadis "kelak akan ada wanita dari kota Hirah yang pergi mengunjungi Baitullah tanpa disertai suami, dengan tidak merasa takut kecuali kepada Allah".
3. Bagaimana memadankan hadis diatas dengan hadis Bukhari yang lain yang melarang wanita bermuasafir tanpa muhrim?


Hadis dimaksudkan di atas adalah hadis marfu' yg diriwayatkan oleh Adi bin Hatim. Hadis ini disahihkan oleh Imam Bukhari.

Ibn Hazm mengatakan bahawa hadis tersebut pada hakikatnya diperkatakan oleh Rasulullah saw utk memberi pujian kpd Islam yang akan tersebar, cahayanya akan menular ke seluruh alam dan kemanan terdapat di atas muka bumi. Ia tidak menerangkan mengenai larangan wanita bermusafir tanpa mahram.

Sekian.

Wassalam

Rujukan
Himpunan Isu-Isu Fiqh Terpilih
Oleh Ustaz Basri Ibrahim

Apakah hukumnya wanita yang keluar bermusafir tanpa ditemani mahram mereka ?

Antara perkara yang menunjukkan keperihatinan syarak berhubung kebebasan wanita dan hak mereka ialah menetapkan disiplin mereka bermusafir. Telah ditegaskan dalam perbincangan yang berkaitan bahawa wanita mempunyai hak sama dengan lelaki dari segi kehidupan sosial. Mereka ada hak berekonomi, berpolitik dan bersosial sebagaimana lelaki.

Namun demi menjaga nilai hidup masyarakat dihormati, Islam telah menggariskan panduan dan peraturan tertentu sesuai dengan tabiat mereka apabila mereka menggunakan hak-hak mereka tersebut.

Salah satu isu penting berkaitan dengan hak wanita dan kebebasan mereka ialah kebebasan bergerak dan bermusafir. Telah dinyatakan dalam perbahasan fiqh bahawa wanita Islam boleh keluar berkerja atau kerana apa-apa keperluan yang lain seperti membeli, berniaga, berubat, menziarah dan sebagainya.

Persoalan yang akan kita bincangkan kali ini ialah hukum wanita bermusafir dan disiplin-disiplinnya.

Pada asalnya perbincangan mengenai perkara ini timbul apabila ulama’ mencari jawapan kepada masalah wanita keluar untuk menunaikan haji. Adakah mereka harus menunaikan haji dalam keadaan ketiadaan mahram. Dalam mengupas persoalan ini ulama’ secara dasarnya merujuk kepada hadis-hadis yang mensyaratkan ia ditemani samada oleh suami atau mahram jika pejalanan itu melebihi 1, 2 hari atau lebih atau jarak qasar solat ?.

Antara hadis-hadis tersebut ialah hadis yang diriwayatkan oleh al Bukhari yang bermaksud: tidak bermusafir seorang wanita kecuali ditemani oleh mahram…al hadis. Dalam hadis lain diriwayat daripada Abu Hurairah menyebut : dalam jarak satu hari satu malam, dan hadis lain yang diriwayatkan oleh as Syaikhan menyebut: jarak perjalanan dua hari dan hadis daripada Ibnu Omar menyebutnya tiga hari. Abu Hanifah mentarjih bahawa tidak wajib ditemani mahram kecuali dalam jarak qasar.

Perbahasan ini dipanjangkan lagi dalam usaha untuk mancari jawapan kepada hukum musafir jika dalam keadaan ketiadaan mahram dan perjalanan safar yang lain (selain haji)yang harus pada sisi syarak?. Untuk menjawap persoalan tersebut ulama’ cuba mencari sebab disebalik arahan yang mensyaratkan musafir dengan ditemani suami atau mahram.

Setelah membuat kajian, ulama’ hampir sependapat bahawa ellah(sebab) kepada arahan tersebut ialah demi untuk menjaga kemulian, maruah dan keselamatan wanita. Sehingga ada ulama’ yang memberi fatwa harus bermusafir sendirian jika didapati perjalanan adalah aman seperti yang dinaqalkan oleh al Karabiisi dan disahkan oleh pengarang al Muhazzab.


Antara nas dan ellah

Dalam kontek perbincangan ini kita boleh menilai pandangan ulama’ dalam hal wanita bermusafir tanpa mahram terbahagi antara mereka yang berpegang dengan nas dan mereka yang berpegang dengan ellah.

Kita dapati ada dikalangan mereka yang mengharamkan wanita musafir tanpa mahram dalam apa keadaan sekali pun kerana berpegang kepada nas-nas hadis, ada yang mengecualikan wanita tua, ada yang mengecualikan jika ditemani wanita yang dipercayai dan ada yang mengecualikan jika keadaan perjalanan aman.

Antara dalil yang menyokong keharusan wanita bermusafir tanpa mahram jika keadaan perjalanan aman dan terdapat orang yang dipercayai ialah:

Pertama: Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dalam sahihnya bahawa Omar r.a mengizinkan isteri-isteri nabi s.a.w. musafir menunaikan haji mereka yang terakhir dan mengutuskan bersama mereka Othman bin Affan dan Abd.Rahman binAuf. Mereka semua setuju dengan cara tersebut dan tidak ada bantahan daripada mana-mana sahabat yang lain, maka ia dianggap ijmak.

Kedua:Hadis yang diriwayatkan oleh as Syaikhan diriwayatkan daripada Adi bin Hatim, Rasulullah s.a.w telah menceritakan kepadanya tentang masa depan Islam, penguasaannya yang luas dan menaranya yang tinggi di atas muka bumi. Antara lain baginda bersabda:hampir akan keluar wanita berkenderaan dari al Hirah(di Iraq), menuju ke Baitullah tanpa ditemani suaminya dan ia tidak takut kecuali Allah…hingga akhir. Perkhabaran ini bukan sahaja menunjukkan ia akan berlaku tetapi juga menunjukkan keharusannya, kerana ia disebut dalam suasana bangga.

Ini disokong lagi dengan kaedah: Asal dalam perkara adat dan muamalat ialah dilihat pada ellah dan tujuan berlainan dengan ibadat yang asalnya adalah taabbud.
Dan kaedah: Perkara yang haram kerana zat/dirinya diharusakan dengan sebab terpaksa(dhorurah)dan perkara yang diharamkan kerana tujuan mengelakkan dari berlaku kejadian yang buruk(saddu azzariah) diharuskan kerana ada keperluan.

Kesimpulan

Tidak syak lagi bahawa pengharaman wanita bermusafir tanpa mahram adalah bertujuan untuk mengelakkan dari berlaku perkara yang tidak baik(sassu azzariah). Dan sebagai tambahan kita semua tahu bahawa musafir pada hari ini tidak sama dengan musafir pada masa-masa silam yang dikelilingi dengan bahaya apabila terpaksa melalui tanah kosong yang panjang, terdedah kepada pencuri, perompak dan sebagainya.

Bahkan musafir hari ini dilakukan dengan cara menaiki alat pengangkutan yang pada adatnya memuat ramai penumpang seperti bas, kapal laut dan kapal terbang. Keadaan ini boleh dipercayai aman, kebimbangan tidak begitu tinggi, kerana wanita tidak bersendiran dimana-mana tempat. Kerana itu tidak ada halangan wanita musafir pada hari ini dalam suasana yang menunjukkan keamanan dan ketenteraman.

----------
Wassalam
Jawapan Syaikh kami, [email]G@y@t[/email] itu sudah memadai, cuma kita kena juga melihat perkembangan jenayah di Malaysia yg semakin meningkat terutama kes rogol. Ada terdapat peningkatan kes rogol di lebuhraya terhadap wanita yg memandu sendirian dan juga wanita kemungkinan dicolek dari kawasan parking. WA

0 comments:

Post a Comment