satu kemusykilan - bagaimana hukumnya bagi lafaz talak yang diucapkan semasa si isteri hamil? Bilakah dikira jatuh talaknya? Bagaimana dengan iddahnya?
******************
Salam
Dibolehkan talak ketika si isteri hamil dan ia jatuh setelah ia melafazkan talak. Dalilnya:
Rasulullah saw bersabda, “Suruhlah ia(ibn Umar ra) agar merujuknya(isterinya). Kemudian hendaklah ia mentalakkannya jika telah suci atau hamil.”[HR Muslim, Nasa’I dan lain2]
Ikrimah menerangkan bahawa Ibn Abbas berkata, “Talak ada empat macam, 2 halal dan 2 haram. Adapun talak2 yg halal ialah mentalakkan isteri dalam keadaan suci yg belum disetubuhi atau mentalakkan isteri dalam keadaan yg telah nyata hamilnya……”[HR Ad-Daraquthny]
Adapun mengenai habisnya waktu iddah ialah setelah melahirkan anak kandungannya. Dalil:
“Dan perempuan-perempuan yang hamil, waktu iddah mereka itu ialah sampai mereka melahirkan kandungannya.”[65:4]
Sekian. WA.
Wassalam
Fiqh sunnah
Sayyid Sabiq
Koleksi Hadis2 Hukum
Tm Hasbi
_________________
Salam
Sekadar tambahan apa yg ditulis oleh Tuan Guru Kami [email]G@Y@T.[/email]
وَاللَّائِي يَئِسْنَ مِنَ الْمَحِيضِ مِنْ نِسَائِكُمْ إِنِ ارْتَبْتُمْ فَعِدَّتُهُنَّ ثَلَاثَةُ أَشْهُرٍ وَاللَّائِي لَمْ يَحِضْنَ وَأُولَاتُ الْأَحْمَالِ أَجَلُهُنَّ أَنْ يَضَعْنَ حَمْلَهُنَّ وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مِنْ أَمْرِهِ يُسْرًا
“Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh idah mereka) maka idahnya ialah tiga bulan dan (demikian) juga idah perempuan-perempuan yang tidak berhaid. Dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh idahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya dan (ingatlah), sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya.” (Surah At-Talaaq: ayat 4)
وَقَوْله تَعَالَى " وَأُولَات الْأَحْمَال أَجَلهنَّ أَنْ يَضَعْنَ حَمْلَهُنَّ " يَقُول تَعَالَى وَمَنْ كَانَتْ حَامِلًا فَعِدَّتُهَا بِوَضْعِهِ وَلَوْ كَانَ بَعْد الطَّلَاق أَوْ الْمَوْت بِفَوَاقِ نَاقَة فِي قَوْل جُمْهُور الْعُلَمَاء مِنْ السَّلَف وَالْخَلَف كَمَا هُوَ نَصُّ هَذِهِ الْآيَة الْكَرِيمَة وَكَمَا وَرَدَتْ بِهِ السُّنَّةُ النَّبَوِيَّة
Firman Allah: “[وَأُوْلَـتُ الاٌّحْمَالِ أَجَلُهُنَّ أَن يَضَعْنَ حَمْلَهُنَّ] Dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh idahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya..” Firman Allah: perempuan mengandung iddah mereka tamat apabila dia selamat melahirkan anak sama bercerai hidup atau kematian suami, ini menurut pendapat majoriti ulama salaf mahupun khalaf. Ini adalah bersandarkan ayat ini dan diriwayatkan dalam sunnah an-nabawiyyah.
وَقَالَ الْبُخَارِيّ ثَنَا سَعِيد بْن حَفْص ثَنَا شَيْبَان عَنْ يَحْيَى قَالَ أَخْبَرَنِي أَبُو سَلَمَة قَالَ : جَاءَ رَجُل إِلَى اِبْن عَبَّاس وَأَبُو هُرَيْرَة جَالِس فَقَالَ أَفْتِنِي فِي اِمْرَأَة وُلِدَتْ بَعْد زَوْجهَا بِأَرْبَعِينَ لَيْلَة فَقَالَ اِبْن عَبَّاس آخِر الْأَجَلَيْنِ قُلْت أَنَا " وَأُولَات الْأَحْمَال أَجَلهنَّ أَنْ يَضَعْنَ حَمْلهنَّ " قَالَ أَبُو هُرَيْرَة أَنَا مَعَ اِبْن أَخِي - يَعْنِي أَبَا سَلَمَة - فَأَرْسَلَ اِبْن عَبَّاس غُلَامه كُرَيْبًا إِلَى أَمِّ سَلَمَة يَسْأَلهَا قَالَتْ : قُتِلَ زَوْج سُبَيْعَة الْأَسْلَمِيَّة وَهِيَ حُبْلَى فَوَضَعَتْ بَعْد مَوْته بِأَرْبَعِينَ لَيْلَة فَخُطِبَتْ فَأَنْكَحَهَا رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَكَانَ أَبُو السَّنَابِل فِيمَنْ خَطَبَهَا هَكَذَا أَوْرَدَ الْبُخَارِيّ هَذَا الْحَدِيث هَاهُنَا مُخْتَصَرًا وَقَدْ رَوَاهُ هُوَ وَمُسْلِم وَأَصْحَاب الْكُتُب مُطَوَّلًا مِنْ وُجُوه أُخَر
Berkata Imam Bukhari meriwayatkan dari Said bin Hafs dari Syaiban dari Yahya berkata bahawa diriwayatkan dari Abu Salamah berkata bahawa, “Seorang lelaki datang kepada Ibn Abbas ketika Abu hurairah sedang duduk bersama dgnnya dan berkata, ‘berikanlah aku jawapan tentang seorang wanita yang melahirkan bayi 40 hari selepas kematian suaminya. Ibnu Abbas berkata sehingga habis 2 haid. Lalu aku membacakan ayat [وَأُوْلَـتُ الاٌّحْمَالِ أَجَلُهُنَّ أَن يَضَعْنَ حَمْلَهُنَّ] (Dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh idahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya.)
Abu Hurairah berkata, “Aku bersetuju dgn saudaraku (Yakni Aba Salamah).” Kmdn Ibn Abbas menghantar Kurayb kepada Umm Salamah utk bertanyakan ia. Dia menjawab, “Suami Subay’ah Al-Aslamiyyah dibunuh semasa dia mengandung dan dia melahirkan anak 40 hari selepas kematian suaminya. Kmdn dia menerima pinangan dan Rasulullah S.A.W mengahwinkan beliau dgn seseorang. Abu As-Sanabil adalah salah seorang yang ingin mengahwini beliau.” ( Imam Bukhari meriwayatkan hadith ini dgn pendek manakala Imam Muslim dan imam hadith lain meriwayatkannya dgn matan yang panjang).
وَقَالَ الْإِمَام أَحْمَد : ثَنَا حَمَّاد بْن أُسَامَة أَنَا هِشَام عَنْ أَبِيهِ عَنْ الْمِسْوَر بْن مَخْرَمَة أَنَّ سُبَيْعَة الْأَسْلَمِيَّة تُوُفِّيَ عَنْهَا زَوْجهَا وَهِيَ حَامِل فَلَمْ تَمْكُث إِلَّا لَيَالِي حَتَّى وَضَعَتْ فَلَمَّا تَعَلَّتْ مِنْ نِفَاسهَا خُطِبَتْ فَاسْتَأْذَنَتْ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي النِّكَاح فَأَذِنَ لَهَا أَنْ تُنْكَح فَنُكِحَتْ وَرَوَاهُ الْبُخَارِيّ فِي صَحِيحه وَمُسْلِم وَأَبُو دَاوُد وَالنَّسَائِيّ وَابْن مَاجَهْ مِنْ طُرُق عَنْهَا
Berkata Imam Ahmad meriwayatkan dari Hammad bin Usamah berkata Hisham dari Abih dari Al-Miswar bin Makhramah berkata, “Subay’ah Al-Aslamiyyah melahirkan anak selepas kematian suaminya. Apabila dia telah habis tempoh nifas, dia telah dipinang. Jadi, dia memohon kebenaran dari Rasulullah S.A.W utk berkahwin dan baginda S.A.W membenarkan ia berkahwin.” (Riwayat Bukhari ia adalah sahih, Muslim, Abu Daud, An-nasaie, Ibn Majah dgn jalan(rantaian) yang berbeza)
كَمَا قَالَ مُسْلِم بْن الْحَجَّاج حَدَّثَنِي أَبُو الطَّاهِر أَنَا اِبْن وَهْب حَدَّثَنِي يُونُس بْن يَزِيد عَنْ اِبْن شِهَاب حَدَّثَنِي عُبَيْد اللَّه بْن عَبْد اللَّه بْن عُتْبَة أَنَّ أَبَاهُ كَتَبَ إِلَى عُمَر بْن عَبْد اللَّه بْن الْأَرْقَم الزُّهْرِيّ يَأْمُرهُ أَنْ يَدْخُل عَلَى سُبَيْعَة بِنْت الْحَارِث الْأَسْلَمِيَّة فَيَسْأَلُهَا عَنْ حَدِيثهَا وَعَمَّا قَالَ لَهَا رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِين اِسْتَفْتَتْهُ ؟ فَكَتَبَ عُمَر بْن عَبْد اللَّه يُخْبِرهُ أَنَّ سُبَيْعَة أَخْبَرَتْهُ أَنَّهَا كَانَتْ تَحْت سَعْد بْن خَوْلَة وَكَانَ مِمَّنْ شَهِدَ بَدْرًا فَتُوُفِّيَ عَنْهَا فِي حَجَّة الْوَدَاع وَهِيَ حَامِل فَلَمْ تَنْشَب أَنْ وَضَعَتْ حَمْلَهَا بَعْد وَفَاته فَلَمَّا تَعَلَّتْ مِنْ نِفَاسهَا تَجَمَّلَتْ لِلْخُطَّابِ فَدَخَلَ عَلَيْهَا أَبُو السَّنَابِل بْن بَعْكَك فَقَالَ لَهَا مَالِي أَرَاك مُتَجَمِّلَة ؟ لَعَلَّك تَرْجِينَ النِّكَاح إِنَّك وَاَللَّه مَا أَنْتِ بِنَاكِحٍ حَتَّى تَمُرَّ عَلَيْك أَرْبَعَة أَشْهُر وَعَشْر . قَالَتْ سُبَيْعَة فَلَمَّا قَالَ لِي ذَلِكَ جَمَعْت عَلَيَّ ثِيَابِي حِين أَمْسَيْت فَأَتَيْت رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَأَلْته عَنْ ذَلِكَ فَأَفْتَانِي بِأَنِّي قَدْ حَلَلْت حِين وَضَعْت حَمْلِي وَأَمَرَنِي بِالتَّزْوِيجِ إِنْ بَدَا لِي هَذَا لَفْظ مُسْلِم وَرَوَاهُ الْبُخَارِيّ مُخْتَصَرًا
Muslim bin Al-Hajjaj meriwayatkan dari Abu Tahir telah berkata Ibn Wahb meriwayatkan dari Yunus bin Yazid dari Ibn Syihab meriwayatkan dari Ubaidillah bin Abdullah bin Uthbah telah berkata bahawa bapanya menulis kpd `Umar bin `Abdullah bin Al-Arqam Az-Zuhri memintanya pergi berjumpa kepada Subay`ah bint Al-Harith Al-Aslamiyyah utk bertanyakan soalan dan apa yg diperkatakan oleh rasulullah S.A.W apabila dia meminta jawapan dari baginda. Umar bin Abdullah menulis kpd `Ubaydullah bin `Abdullah bin `Utbah memberitahunya bahawa Subay`ah telah berkahwin dgn Sa`d bin Khawlah dan dia adalah seorang yang terlibat dlm perang badar. Dia telah mati ketika hajjatul wada’ ketika dia masih mengandung. Selepas kematiannya (suaminya), dia melahirkan anak. Apabila habis tempoh nifas, dia telah menghiasi dirinya utk mereka yang hendak meminangnya. Abu As-Sanabil bin Ba`kak telah datang kpdnya dan berkata, “Mengapakah aku melihat kau menghiasi dirimu? Adakah engkau berhajat utk berkahwin semula, demi Allah engkau tidak boleh berkahwin sehingga 4 bulan 10 hari telah habis.” Subay’ah berkata, “Apabila dia berkata demikian, maka aku mempersiapkan diriku pada petangnya dan pergi berjumpa Rasulullah S.A.W dan meminta fatwa (jawapan) baginda. Baginda S.A.W telah memberikan jawapan hukum dan aku telah dibenarkan berkahwin selepas melahirkan anak berkata bahawa aku boleh berkahwin mengikut kehendakku.” (Lafaz Imam muslim dan bukhari dlm bentuk yang ringkas)
Wassalam
_________________
Assalamu'alaikum
Alhamdulillah. Terima kasih kpd Ustaz Gayat diatas respon di atas, dan Terima kasih kepada Ustaz Zayed didalam memperjelaskan permasalahan ini dgn panjang lebar. JKK.
Kes talaq keatas wanita yang hamil tidak ada pertikaiannya dikalangan ulama'. Mereka boleh ditalaq dan 'Iddanya adalah sehingga anak dilahirkan. Walaubagaimanapun, persoalan jenis ini sangat popular dikalangan orang Islam. Sheikh Abdul Aziz bin Baaz (Fataawa al-Talaaq, 1/45-46) didalam memberi komentar terhadap isu ini berkata :
هذه المسألة تتردد بين بعض العامة ، فبعض العوام يظن أن الحامل لا يقع عليها طلاق ، ولا أدري من أين جاءهم هذا الظن ، فهو لا أصل له في كلام العلماء ، بل الذي عليه أهل العلم قاطبة أن الحامل يقع عليها الطلاق ، وهذا عليه إجماع بين أهل العلم وليس فيه خلاف
"Masalah ini adalah biasa dikalangan setengah orang. Ada yang beranggapan bahawa wanita hamil tidak boleh diceraikan dengan talaq. Dan tidaklah saya ketahui dari mana datang pandangan (dzan) ini, Tidaklah ada basis/asas perkataan tersebut dari kalangan ulama'. Bahkan, jumhur ulama berpandangan bahawa Wanita Hamil boleh diceraikan dengan Talaq. Ini adalah persetujuan jumhur ulama' dan tidak ada khilaf didalamnya"
wallahu'alam, wassalam
1 comments:
Info bermakna.
http://www.mamaiqram.com/2015/11/05/endometriosis/
Post a Comment