Jan 11, 2009

Aurat Sesama Wanita Pusat Sampai Lutut

assalamu'alaikum.

merujuk pada link berikut: (link - lihat di bawah sekali)

sejak kecil saya menganggap aurat sesama wanita islam ialah dari pusat hingga lutut. saya tak ingat siapa yg ajar. mungkin di sekolah. tapi sekarang saya tak jumpe nas yg menyokong pengetahuan ini..

persoalan saya, pada tafsiran ayat "kecuali yg (biasa) nampak dari padanya" AQ 24:31 ...
bagaimana dengan wanita-wanita islam yg memang biasa mendedahkan lebih daripada macam yg telah disebutkan (leher,rambut,etc)? misalnya mereka memang biasa memakai mini skirt di depan ahli keluarga dan kawan-kawan. adakah dikira telah membuka aurat?

saya pernah bercakap dengan salah seorang drpd mereka, kerana menyangka dia telah membuka auratnya kepada saya. lalu dia meragui perlunya tutup misalnya peha, sesama wanita islam. jawapan "ini bukanlah tabi'at wanita Islam" pula seolah merujuk kepada kebiasaan. saya berharap mendapat kepastian dalam hal ini....

terima kasih.
-------
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Quote:
sejak kecil saya menganggap aurat sesama wanita islam ialah dari pusat hingga lutut. saya tak ingat siapa yg ajar. mungkin di sekolah. tapi sekarang saya tak jumpe nas yg menyokong pengetahuan ini..

Tidak benar kenyataan bahawa aurat wanita di hadapan wanita atau di hadapan mahram ialah antara pusat dan lutut.

Yang benar ialah, yang dinaskan dalam Quran:

ولا يبدين زينتهن إلا لبعولتهن أو آبائهن أو آباء بعولتهن أو أبنائهن أو أبناء بعولتهن أو إخوانهن أو بني إخوانهن أو بني أخواتهن أو نسائهن أو ما ملكت أيمانهن أو التابعين غير أولي الإربة من الرجال

Maksudnya: Dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. (Al-Nur:31).

Imam Baghawi mengatakan: Yang dimaksudkan dengan perhiasan di sini ialah: perhiasan yang tersembunyi, yakni: gelang kaki, inai di kaki, gelang di pergelangan tangan, anting-anting dan kalung. (Tafsir Baghawi 6/34)

Kesimpulan, yang halal didedahkan kepada mahram dan kepada wanita ialah anggota-anggota yang boleh diletakkan perhiasan padanya secara ghalib. Contohnya:

- tengkuk kerana ia boleh diletakkan perhiasan iaitu kalung.
- lengan kerana ia boleh diletakkan perhiasan iaitu gelang.
- kaki kerana ia boleh diletakkan perhiasan iaitu inai.
- betis kerana ia boleh diletakkan gelang kaki.
- kepala kerana ia boleh diletakkan perhiasan iaitu anting-anting di telinganya dan lain-lain.

Manakala anggota yang tidak ada perhiasan, maka tidak boleh didedahkan seperti: dada, paha, perut, dan yang seumpamanya. Anggota-anggota itu hanya khas untuk suami sahaja. (Fatawa Syeikh Masyhur Ali Salman)

Quote:
persoalan saya, pada tafsiran ayat "kecuali yg (biasa) nampak dari padanya" AQ 24:31 ...
bagaimana dengan wanita-wanita islam yg memang biasa mendedahkan lebih daripada macam yg telah disebutkan (leher,rambut,etc)? misalnya mereka memang biasa memakai mini skirt di depan ahli keluarga dan kawan-kawan. adakah dikira telah membuka aurat? saya pernah bercakap dengan salah seorang drpd mereka, kerana menyangka dia telah membuka auratnya kepada saya. lalu dia meragui perlunya tutup misalnya peha, sesama wanita islam. jawapan "ini bukanlah tabi'at wanita Islam" pula seolah merujuk kepada kebiasaan. saya berharap mendapat kepastian dalam hal ini....

Apabila syarak telah mengharamkan membuka aurat, maka ia tidak boleh dikecualikan dengan alasan adat kebiasaan. Kerana setiap adat yang menyalahi syarak adalah adat yang tidak muktabar. Syarak mengiktibar adat sebagai sandaran hukum dalam perkara yang tidak menyalahi nas syarak. (Syarah Qawaed, Al-Zarqa' 1/218)
===========

Assalamu'alaikum wbr..

Firman Allah Ta'ala dalam surah an Nuur:24 ayat 31.

"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahanpandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkanperhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan
hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlahmenampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayahmereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau
putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka,atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudaraperempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang
mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyaikeinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengertitentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar
diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamusekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.

merujuk pada ayat quran di atas, boleh tak sesiapa terangkan tentangaurat wanita di hadapan orang2 yang disebutkan bermula ayat "kecualikepada suami mereka etc...

secara khususnya telah dikategorikan: di hadapan sesama perempuanmuslim, di hadapan lelaki mahram, kanak2, suami etc. Ada yang katabahagian tubuh yang perlu ditutup bagi seorang perempuan muslim
dengan lelaki mahram adalah sama macam aurat antara perempuan denganperempuan ataupun aurat lelaki sesama lelaki. Tapi saya takconvinced sebab tak jumpe dalil lagi.

Jadi, boleh tak explain in detail tentang perkara ni...saya dahulukan dengan, jazakumullah khairan kathera..
_________________

Wassalam

Prolog: Saja kita lewatkan menjawab soalan akh mujahid kerana dia adalah pelajar UIAM. Pertamanya, dia boleh cari sendiri kerana berada di gedung ilmu. keduanya: ia masalah khilafiah.

Apa yang mujahid musykilkan itu ada dalam kitab Tafsir bila sampai pada ayat, "kecuali yang (biasa) nampak dari padanya." AQT 24:31

Yang terkedepan ialah Tafsir Ibn Abbas sebab inilah tafsir yang pertama di kalangan kaum salaf selepas Nabi SAW. Ibn Abbas ialah yang membahagikan aurat perempuan kepada aurat zahir dan batin (ikut ayat 31 ini) dan aurat dalam rumah vs aurat luar rumah, ayat 59, al-Ahzab.

Ibn Abbas kata, perhiasan zahir yang boleh nampak kepada semua orang ialah apa yang biasa nampak pada tangan, wajah dan cincin perempuan.

Yang batin, yakni yang boleh ditonton oleh kaum keluarga muhrim ialah perhiasan batin, termasuklah leher, rambut, lengan, dada, betis dan sebarang perhiasan yang ada pada anggota tersebut spt kalung dan rantai leher pada dada wanita.

Jadi dalam surah al-Nuur, al-Q sebut perhiasan zahir dan batin, dalam surah al-Ahzab, AQ sebut pasal pakaian dalam rumah dan luar rumah, dan Ibn Abbas sebagai pakar tafsir menjelaskan maksud dua ayat ini. Jadi tidak benar, bahawa mahram boleh melihat payu dara perempuan dalam rumah kerana ia kelazimannya wanita masih berpakaian lengkap dalam rumah cuma pakaiannya ialah bukan jilbab, memadai T-Shirt sahaja. Atau tidak benar, bahawa wanita Islam boleh pakai mini skirt dalam rumah mendedahkan pahanya. Ini bukanlah tabi'at wanita Islam. sekian



0 comments:

Post a Comment