Dec 22, 2008

Hukum Yang Dibenar Memukul Isteri

Assalamu'alaikum Warah MatuLlah,

1- Bilamanakah suami halal memukul isteri?. (mohon berikan contoh.)
2- Bilamanakah suami haram memukul isteri?. (mohon berikan contoh.)
3- Bagaimanakah cara memukul? Bagaimanakah pukulan yang ditegah/haram ?
JazaKaLlah


وعليكم السلام و رحمة الله وبركاتهم

Jwb:

1. Bila berlaku nusyuz (derhaka) atau isteri meninggalkan kewajipan agama spt solat, menjaga anak, puasa, mandi hadas, dan seumpamanya (Imam Muhd Abduh, tafsir alManar, ayat anNisaa':34)

2. Haram memukul isteri jika isteri melakukan kesalahan hudud spt zina (kerana yg layak menghukum ialah pemerintah), atau pukulan yg berunsur dera, siksaan, balas dendam, unsur penghinaan, menindas dan unsur memaksa isteri (Tafsir fi Zilal)

3. Maksud keharusan memukul isteri ialah pukulan yg tidak berkesan (kpd fizikalnya) (Hasan alBasri), juga bermaksud pukulan yg tidak melukai (Musnad Imam Ahmad) atau pukulan yg tidak menyakitkan (Ibn Majah dan Termidzi) dan pukulan yg tidak ada unsur dera dan siksa (Fi Zilal)

Peringatan:

a. Nabi saw tidak pernah memukul mana-mana isterinya, dan banyak pula riwayat di mana Nabi saw mencela orang yg suka memukul isterinya. Dalam riwayat Ibn Sa''ad dan alBaihaqee dari Ummi Kalsom ra," orang2 yg baik dikalangan kamu tidak akan memukul isterinya." WaLlahu a'alam

0 comments:

Post a Comment