Soalan saya,
Seorang wanita yang telah berkahwin dan tidak mempunya tetapi telah mempunyai hubungan sulit dengan suami orang dan hampir melakukan zina tetapi tersedar kesilapannya dan bertaubat segera. Suami wanita ini tidak mengetahuinya dan wanita ini telah menyesal dan meninggalkan suami orang tersebut untuk memperbaiki semula rumahtangga. Jika wanita itu memberitahu kisahnya kepada suaminya nescaya penceraian mungkin berlaku. Apakah jalan terbaik untuk wanita ini.
Wa'alaikumussalam
Alhamdulilah. Kami akan cuba menjawab dengan kadar kemampuan yang terhad.
a. Jalan yang terbaik telah pun diambil, iaitu Bertaubat. Bila mana anak Adam melakukan dosa kepada Allah swt dan ianya bertaubat dengan Taubat nasuha (yang bersungguh-sungguh), maka Allah swt akan mengampunkan dosa-dosanya, Insyaallah.
Firman Allah swt :
قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ
"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. " - [al-Zumar :53]
وَهُوَ الَّذِي يَقْبَلُ التَّوْبَةَ عَنْ عِبَادِهِ وَيَعْفُو عَنِ السَّيِّئَاتِ وَيَعْلَمُ مَا تَفْعَلُونَ
"Dan Dialah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hambaNya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan) dan Dia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan." - [al-Shoora :25]
Nasihatkan wanita itu agar memperbanyakkan amal-amal kebaikan, dan sesungguhnya amal-amal ini akan menghapuskan dosa-dosa, sebagaimana yang di riwayatkan oleh Abdullah bin Mas'ud, kata beliau :
جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي لَقِيتُ امْرَأَةً فِي الْبُسْتَانِ فَضَمَمْتُهَا إِلَيَّ وَبَاشَرْتُهَا وَقَبَّلْتُهَا وَفَعَلْتُ بِهَا كُلَّ شَيْءٍ غَيْرَ أَنِّي لَمْ أُجَامِعْهَا قَالَ فَسَكَتَ عَنْهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَنَزَلَتْ هَذِهِ الْآيَةُ : ( إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ذَلِكَ ذِكْرَى لِلذَّاكِرِينَ ) ، قَالَ فَدَعَاهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَرَأَهَا عَلَيْهِ فَقَالَ عُمَرُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَلَهُ خَاصَّةً أَمْ لِلنَّاسِ كَافَّةً فَقَالَ : " بَلْ لِلنَّاسِ كَافَّةً . "
"Seorang lelaki telah datang kepada Nabi saw dan berkata : 'Ya Rasulullah, Aku telah berjumpa dengan seorang wanita di taman lantas menariknya dekat padaku, memeluknya, menciumnya dan aku telah melakukan semuanya selain dari berzina'. Nabi saw diam dan turunlah ayat, '(Sesungguhnya kebaikkan akan memadamkan kejahatan, itulah peringatan bagi orang-orang yang beringat)'. Maka Nabi saw memanggil beliau dan membaca kepadanya. Maka Umar (r.a.) berkata :'Ya Rasulullah, Apakah ia dikhaskan kepada Kamu atau untuk manusia keseluruhannya, Maka Nabi berkata :'Bahkan untuk seluruh manusia'" - Riwayat Imam Ahmad.Perbanyakkan memohon do'a kepada Allah. Diriwayatkan oleh 2 shahih, Nabi saw bersabda :
إذا أذنب عبدٌ ذنباً فقال أي رب أذنبت ذنباً فاغفر لي ، فقال : علم عبدي أن له رباً يغفر الذنب ويأخذ به ، قد غفرت لعبدي ..
"Jika seseorang hamba melakukan dosa, maka dia berkata ,'Ya Tuhanku, aku telah melakukan dosa, ampunilah aku', maka dia berkata 'Hambaku tahu bahawa dia adalah Tuhan yang mengampunkan dosa atau mengazabnya, maka aku telah mengampunkan hambaku' - (Riwayat al-Bukhaari #6953; Muslim #4953).b. Apakah perlu wanita tersebut memberitahu suaminya? Jika dilihat dari segi psikologipun, sudah tentu mendedahkan perbuatan yang lampau (sebelum bertaubat) akan mengakibatkan resiko yang tinggi dan ia boleh membawa perceraian. Seorang ulama pernah mengatakan bahawa: "Seorang Islam itu tidak perlu menceritakan dosanya kepada sesiapa" (لا يلزم المسلم أن يبوح بذنبه لأحدٍ بل لا يستحب له ذلك ).
Ada riwayat mengatakan bahawa seorang lelaki yang telah masuk Islam datang kepada Abu Bakar dan memberitahu bahawa dia telah melakukan zina. Beliau berkata ,"Bertaubatlah kepada Allah dan tutupkan dirimu dan tutupan Allah". Kemudian dia telah pergi ke Umar (فقال : فتب إلى الله واستتر بستر الله ثم أتى عمر كذلك ..) - lihat Fath al-Baari, 12/125.
Al-Haafiz Ibn Hajar didalam Fath al-Baari, 12/124, 125 berkata:
ويؤخد من قضيته – أي : ماعز عندما أقرَّ بالزنى - أنه يستحب لمن وقع في مثل قضيته أن يتوب إلى الله تعالى ويستر نفسه ولا يذكر ذلك لأحدٍ ، كما أشار به أبو بكر وعمر على " ماعز " ، وأن مَن اطَّلع على ذلك يستر عليه بما ذكرنا ولا يفضحه ولا يرفعه إلى الإمام كما قال صلى الله عليه وسلم في هذه القصة " لو سترتَه بثوبك لكان خيراً لك " ، وبهذا جزم الشافعي رضي الله عنه فقال : أُحبُّ لمن أصاب ذنباً فستره الله عليه أن يستره على نفسه ويتوب ، واحتج بقصة ماعز مع أبي بكر وعمر .
Apa yang difahamkan didalam kes Maa'iz aialah apabila beliau membuat pengakuan berzina - sesungguhnya adalah mustahab bagi sesiapa yang terlibat didalam kes dosa yang sebegini bertaubat kepada Allah dan menyembunyikan dosanya dan tidak memberitahu sesiapa. Dia hendaklah tidak mendedahkan perkara ini atau merujuk kepada pemerintah, sebagaimana Nabi saw bersabda didalam cerita ini :"Jika seseorang melakukan dosa dan Allah menyembunyikan baginya, Aku lebih gemar menyembunyikannya dan menyuruhnya bertaubat", dan baginda merujuk kepada dalil kisah Maa'iz dengan Abu Bakar dan Umar.Seseorang suami juga tidak dibenarkan mengorek cerita-cerita yang lalu, malah ia wajib menutup barang yang Allah sembunyikan, khasnya setalah ia bertaubat dari melakukannya. Di riwayatkan oleh abdullah bin Umar bahawa Rasulullah saw bersabda :
عن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : " اجتنبوا هذه القاذورات التي نهى الله عنها فمن ألَمَّ بشيء منها فليستتر بستر الله وليتب إلى الله فإنه من يُبد لنا صفحته نُقم عليه كتاب الله تعالى عز وجل "
"Elakkan perkara dosa-dosa yang Allah larang, dan barangsiapa yang melakukannya maka biarkan ia menutupkannya dengan tutupan Allah dan bertaubatlah kepada Allah, bagi mereka yang mengkhabarkan kepada kita mengenai dosanya, kami akan melaksanakan (menghukumnya) dengan Kitab Allah keatasnya". - Riwayat Al-Hakim didalam Al-Mustadrak (4/425), Al-Baihaqi 8/330. Hadith dikelaskan sebagai sahih oelh Al-Albani didalam Sahih al-Jaami' 149.Kesimpulannya apabila wanita tesebut telah Taubat Nasuha (benar-benar taubat),maka hendaklah melakukan amalan-amalan yang soleh dan tidak mendedahkan dosanya kepada orang lain. Bak kata pepatah "Buang yang keruh, ambil yang jenih". Berdo'a kepada Allah swt agar memberi keampunan dan kekuatan kepadanya agar tidak kembali melakukan dosa-dosa yang terkeji dan terkutuk itu.
Wallahu 'alam
-wassalam-
0 comments:
Post a Comment