Feb 24, 2009

Jatuhkah Talak Dalam Keadaan Amat Marah

Assalamualaikum ustaz.
Saya mempunyai kemusykilan mengenai talak. Kawan baik saya telah terlepas cakap kepada isterinya semasa marah. Dia katakan “akan jatuh talak awak jika saya menghubungi dia (kawan perempuannya)”.
Persoalannya:
1. Jatuhkah talak jika suami itu menghubungi kawan perempuanya itu?

2. Adakah dia boleh menarik semula kata-katanya supaya tidak jatuh talak jika dia hubungi kawannya itu?

3. Jika boleh, bagaimna caranya?

4. Jika kawan perempuannya yang menghubungi dia adakah kata-katanya ini terpakai dalam hukum?

5. Bolehkah dia berjumpa kawannya itu sebab dia cuma mengatakan menghubungi sahaja?

***********************
Ust Alamghiri Alfikrah.net

Salam..
Dalam keadaan marah (terlalu beremosi), lafaz talak tersebut tidak dikira. Maka ia tidak jatuh secara umumnya.

Insya Allah boleh baca di dalam Nail al-Authar - al-Syaukani atau Fiqh al-Sunnah karya Sayyid Sabiq.
Hadisnya sebut:

 وعن عائشة قالت : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول  لا طلاق ، ولا عتاق في إغلاق } رواه أحمد وأبو داود وابن ماجه
Daripada Aisyah yang menceriatakan: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tidak jatuh talak, tidak merdeka hamba dalam keadaan tertutup (terlalu beremosi) - riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Ibn Majah.

Dalam hal seseorang yang sedang 'tertutup akal fikirannya' ketika itu dan ulama menyatkan al-Ighlaq dalam hal ini bermaksud marah, dipaksa, mental dan sama sepertinya yang tidak ada yang mampu mengawal sikap tersebut kecuali dirinya sendiri.

Jadi sebahagian ulama mengatakan hal tersebut termasuk juga dalam keadaan terlalu marah dan tidak mampu mengawal kemarahannya, maka apa yang dinyatakannya kepada isterinya ketika itu, tidak boleh diambil kira.

Ulama juga membahagikan kepada tiga peringkat marah:

1- Marah sampai hilang akal. Baling kerusi meja, menjerit terlolong sampai mengganggu jiran dan sebagainya. Ini tidak jatuh talak. Sebab akalnya tidak berfungsi dengan baik.

2- Kemarahan tidak terkawal tapi tidak terlalu emosi. Marah dengan penyesalan dan sebagainya. Jatuh talak ketika ini. Mungkin yang di atas tadi dalam kategori ini.

3- Marah biasa yang terkawal dan mempunyai niat. Maka jatuh talaknya.

Wallahu a'lam.
_________________
Fikri Alamghiri
Tasfiyah wa Tarbiyah

13 comments:

Anonymous said...

salam

saya ingin tanya, adakah jatuh talak sekiranya seorang lelaki dipaksa melafazkan taklik oleh isteri dan keluarga sebelah isterinya?
adakah taklik sah walaupun dibuat secara paksa dan bukan atas kerelaan sendiri?

Admin said...

tidak sah kerana syarat talak adalah niat diikuti dengan lafaz.

lafaz talak perlu dibuat di hadapan pendaftar nikah-cerai-rujuk dan menurunkan tandatangan.

Anonymous said...

salam. saya ada beberapa soalan. Mohon dijawab.

1. Suami berkata jika 'ahahhaa' lagi,jatuh talak tp si isteri fikirkan hnya yg disebut dan 'ehehe/haha' shj sehingga suami kata 'ketawa'. jatuhkah talak?

2. Dlm bergaduh,suami marah dan dlm keadaan yg beremosi. suami ada mengatakan 'jika ... jatuh talak'. Jatuhkah talak sekiranya apa yg dikatakan Jika itu dilakukan?

Mohon dibalas.
Salam.

Anonymous said...

Salam. Saya ingin bertanya,
Suami saya seorang yang panas baran. Sekiranya suami ada mengatakan jatuh talak beberapa kali tetapi semuanya di dalam keadaan kami yang bergaduh dan dia sedang marah. Adakah talak2 itu dikira?

Sgt mohon dibalas.

Anonymous said...

Assalamualaikum.
Saya ada pertanyaan dan sangat memerlukan jawapan daripada ustaz.

Sekiranya suami ada melafazkan cerai semasa isteri mengandung dan telah rujuk kembali, tetapi kerana marah si suami melafazkan cerai sekali lagi dan si isteri masih mengandung. Boleh kah rujuk kembali?
Berapa talaq yang dikira?

Assalamualaikum.

sexy said...

soalan oleh anonymous 1.
taklik ke talak? jika taklik, ada tertulis di surat nikah kan? jika isteri mengadu kepada mahkamah syariah, bicara.bla.bala.bla jatuhla talaknya.
jika dimaksudkan talak, tidak jatuh jika dipaksa.(BETULKAN SAYA JIKA SAYA SILAP)

kasihan/malang/ada hikmahnya dapat suami macam itu... suami yang baik akan berusaha untuk mengubah sikap baran, tidak mempermainkan/ bergurau dengan perkataan cerai. jika berlaku rujuklah kepada pejabat kadi/ pendaftar/ mahkamah agar terpelihara hubungan & keturunan. manalah tau bergurau punya bergurau, jatuh talak. ingat masih suami isteri rupanya dah talak 3. tup!tup mengandung.. panjang ceritanya.

Anonymous said...

Soalan :

Saya ingin bertanya..

Pada tahun 2010..tidak ingat akan tariknya suami pernah berkata :

"Akan jatuh talak sekiranya abang telefon perempuan itu"

Kemuadia suami telah sms perempuan itu dan katakan dia tidak akan berhubung lagi kerana akan jatuh talak.

Pada tahun 2011 bulan Februari

Terdapat miss call pada telefon bimbit suami, dan suami call kembali, nombor itu adalah milik perempuan itu. (ini secara tidak sengaja)..

Kemudian selang beberapa hari, suami telefon perempuan itu kerana tidak ingat langsung tentang talak.

(Adakah jatuh talak yang ketika itu isteri sedang mengandung?)

Kemuadian, adakah kira rujuk jika suami ada mencium isteri serta pegang isteri tanpa bersetubuh dalam tempoh mengandung?

* untuk makluman suami isteri ini baru teringat tentang hal talak setelah isteri melahirkan anak.

Mohon jawapan.

Anonymous said...

suami sy telah melafazkan perkataan cerai aku ceraikan kau dalam keadaan terlalu marah(terlalu beremosi) sambil menumbuk dinding hingga tangannye bengkak.lebih kurang dalam 5mnt pada waktu yang sama, dia mengulang kembali perkataan aku ceraikan kau.sewaktu perkara ini berlaku saya mengandung 9 bulan.saya musykil disini adakah jatuh talak 2 krn dia mengulang perkataan sama pada waktu yang sama.


mohon dijawab masalah saya ni

no nama said...

Disini saya bukan nak cari siapa betul dan siapa salah,saya nak cakap tentang hak saya kerana talak itu hak saya bkn hak isteri saya.. pada masa kejadian ni saya dgn isteri saya bergaduh dan lepas brgaduh isteri saya blik kerumah mak bapa dia, pd keesokannya saya telifon isteri utk memujuk isteri pulang ke rumah tapi isteri saya tak nak blik,,saya rasa tertekan sgt pd masa tu sbab anak dan isteri saya tak ada,,oleh krn saya dah buntu sgt masa tu saya brtaklik pd dia “ kalau awak tak blik dlm masa 2 hari saya akan cerai talak 2”dgn niat utk menguji ketaatan dan kesetiaannya..slepas saya brtaklik macam tu saya risau kalau-kalau isteri saya berkeras hati tak nak blik jg,jd oleh krana saya risau sgt kalau taklik saya tu akan brlaku saya ambik keputusan utk pegi kerumah mertua saya dgn niat utk ambik anak dan isteri saya,,ptg tu saya pegi kerumah mertua saya tapi saya tak brjaya bawa anak dan isteri saya blik kerumah,ke esokkan harinya saya pegi lg kerumah mertua saya sampai sje dirumah mertua saya isteri saya pggil saya msuk ke bilik sampai dibilik isteri saya memaksa saya baca taklik yang dia buat tapi saya menolaknya dan saya berkata pd nya “tolonglah jgn paksa saya mcm ni tolonglah jgn desak saya mcm ni,awak tau tak ape yg awak buat” oleh krn saya tak tahan dgn desakan isteri saya,saya lari keluar dri bilik dan pegi ke ruang tamu,tp isteri saya masih paksa saya lagi dan desak saya baca taklik yg dia buat dan mengugut saya “ kalau abg tak nak baca saya tak nak ikut abg blik” kalau isteri saya tak nak blik saya risau kemungkinan taklik saya tu akan brlaku.dia cuba ambil kesempatan keatas taklik yang saya buat tu.. Jadi oleh krn saya nak slamatkan rumah tangga saya ,saya tiada pilihan slain saya terpaksa baca tanpa kerelaan hati saya dan saya rasa teraniaya dan terhina masa saya baca taklik isteri saya tu… dia tak taat dgn saya mcm mana saya nak taat dgn dia,sedangkan saya bertaklik suruh dia blik berbincang dgn saya tu pun dia tak nak,dia tak taat pd saya dia tak setia pd saya mcm mana saya nak taat pd dia,,dia dah langgar janji dia pd saya..
Saya nak Tanya ustaz adakah jatuh talak kalau saya dipaksa macam ni sekali?

Anonymous said...

subahanallah...

Anonymous said...

assalamualaikum ustaz,saya ingin bertanya.suami saya pernah melafazkan aku ceraikan kau sebanyak 3 kali dalam waktu dan hari yg berbeza,ketika itu kami bertengkar da dia dalam keadaan yg sangat marah,apakah lafaz itu diambil kira? saya mohon penjelasan ustaz....

Anonymous said...

assalamualaikum...saya musykil dengan hubungan sy dan suami ketika ini..adakah jatuh talak setelah suami menghantar sms kpd sy beginni-->>kau lepaskan susuan anak,aku nak ceraikan kau..saya musykil kerna dia mngatakan nak...
harap dibalas segera

Anonymous said...

Apa kah jatuh talak sekiranya saya dlm keadaan marah mengatakan kpd isteri saya 'kalau kau keluar dri rumah ni aku ceraikan kau'!. Niat utk mengugut..bukan niat betul2 nk ceraikan... mohon penjelasan ustaz...

Post a Comment