Postby hasran »
:salam ,
Ingin bertanya tentang status suci keatas darah nifas yang berhenti 5~7 hari selepas kelahiran? Adakah perlu bersuci dan mengerjakan solat atau perlu tunggu?
:wassalam
**********************************
Postby kamin »
Wa’alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.
Menurut Dr Abdul Karim Zaidan waktu minima nifas tidak ada, dan ini merupakan pandangan ijma' fuqaha'. Dengan ertikata lain, sebaik sahaja tidak keluar lagi darah, maka wanita tersebut boleh mandi dan menunaikan solat. Menurut Dr Abdul Karim Zaidan lagi, pandangan yang rajih didalam hal waktu maksima nifas pula adalah 40 hari sebagaimana hadith dari Ummu Salamah [al-Mufasal, 1/109] :
كَانَتِ النُّفَسَاءُ تَجْلِسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرْبَعِينَ يَوْمًا ..
"Semasa waktu Rasulullah , wanita didalam nifas akan duduk (dikecualikan dari puasa dan solat, dsb) selama 40 hari..." [Riwayat al-Tirmudzi]
Imam al-Tirmudzi didalam komentarnya terhadap hadith ini berkata, telah ijma' ulama dari kalangan sahabat Nabi , taabien, bahawa waktu maksima wanita didalam keadaan nifas tidak perlu menunaikan solat adalah selama 40 hari, melainkan telah bersih sebelum ini,maka hendaklah ia mandi dan bersolat.
Ada juga situasi dimana wanita yang melahirkan anak tidak langsung terdapatnya darah nifas. Ibn Qudamah rh mengatakan bahwa wanita tersebut suci, dan bukan didalam keadaan nifas, kerana nifas adalah darah, dan didalam hal ini tidak wujud darah [al-Mughni, 1/429].
Dalam hal ini, setelah wanita tersebut mandi, dia adalah tergolong dibawah hukum wanita yang suci dari semua aspek, wajib keatasnya solat, berpuasa, dsb.
Disebabkan tiada waktu minima nifas, sebaik sahaja didapati sudah tidak ada darah nifas, maka hendaklah wanita tersebut mandi dan menunaikan solat, dsb. WA.
Sekian, wassalam

5 comments:
salam.bolehkah saya tahu siapa panel yg menjawab segala permasalahan?kalau boleh,sertakan profile di muka hadapan page ini.tkasih.
w'salam
Sila layari blog/site panel fiqh yang diberi dalam sidebar blog:
http://soalsolatumum.blogspot.com/.
WA.
Panel fiqh telah dimasukkan sila lihat dalam sidebar sebelah bawah.
sebahagian jawapan atau artikel yang dipetik adalah dari laman web salafiag dari Indonesia, IslamOnLine.net, sumber salafi dari barat dan lain-lain. Sila rujuk sumber yang diberi.
After lots of searching, I found you and I’m glad my hard wok did not waste. Happy stay on this blog.... Quran Reading
Post a Comment